BAB 27

Mystery & Detective Completed 11024

"EXPLAIN DEKAT abang Fad sekarang!"

Bergema rumah papan milik Nek Esah dengan suara lantang milik Fadri.

"Kenapa Laynie buat macam tu, hah? Kenapa Laynie... Kenapa?" Soal Fadri pagi bertubi - tubi.

Matanya mencerlang tajam ke arah adiknya yang masih menikus di atas kerusi rotan sejak dari tadi.

"Fad, Laynie.. Apa yang kecoh - kecoh ni... Dari tangga bawah lagi Nek Esah boleh dengar suara kamu tu... Ada apa ni?" Nek Esah muncul dari pintu utama rumah sebelum Terkocoh - kocoh berjalan ke arah kedua - dua beradik yang berada di ruang tamu itu. Jelas sekali di mata tuanya suasana di ruang tamu itu kelihatan tegang sekali.

Pagi tadi, elok aje budak berdua keluar rumah untuk ke hospital. Alih - alih, balik tengahari ni pula dah jadi tegang semula...

"Nenek tanyalah dia sendiri apa yang dia dah buat dekat hospital tadi.." Tangan Fadri menunjuk ke arah adiknya sebelum dia bercekak pinggang membelakangi Melaynie dan Nek Esah.

Mendengar ayat Fadri, perlahan - lahan Nek Esah mendekati cucu perempuan nya dan terus duduk di sebelah Melaynie yang masih menunduk sejak dari tadi.

"Laynie... Apa yang Laynie dah buat abang Fad marah Laynie macam ni... Cuba bagitau nenek... Apa yang Laynie dah buat..." Soal Nek Esah dengan nada lembut.

Dia takkan sesekali guna nada keras seperti si Fadri ni gunakan sekarang...

Melaynie masih lagi menikus tanpa mahu berniat membalas soalan neneknya.

" Dah nenek tanya tu... Jawab ajelah... Kenapa susah sangat nak bagitau ni hah..." Berapi Fadri bertanya pada adiknya.

Mahu tak berapi bila teringat akan kelakuan adiknya memeluk tubuh Darrel tadi... Di khalayak ramai pulak tu! Mana tak berapinya...

Dia yang jadi penjaga Melaynie sejak mereka hilang tempat bergantung pun tak pernah mengajar adiknya begitu...

"Fad... Cuba bawak bertenang dulu... Jangan ikut emosi sangat... Kalau macam ni... Sampai bila - bila pun... Kita tak tahu cerita sebenar..."

"Nak bertenang macam mana lagi... Kalau nenek nak tahu apa yang Laynie dah buat dekat hospital tadi... Fad akan bagitau... Laynie pergi peluk tubuh lelaki nek... Laynie pergi peluk tubuh si Arrel tu..."

"Hah? Apa? Laynie pergi peluk si Arrel?" Membuntang biji mata Nek Esah bila telinganya mendengar ayat yang keluar dari mulut cucu lelakinya ini.

Melaynie peluk Darrel? Apa dah jadi ni?

"Laynie... Betul ke apa yang abang Fad cakap tu?" Tanya Nek untuk kepastian. Mana lah tahu telinga tuanya salah dengar ke apa...

Nak tak nak, Melaynie mengiakan juga apa yang terjadi pagi tadi.

Mengeluh keras Nek Esah bila melihat anggukan Melaynie itu.

" Laynie... Apa yang Laynie dah buat ni... "Seru Nek Esah perlahan.

Menggeleng perlahan kepalanya bila mengetahui kisah itu...

Apa yang merasuk fikiran cucu perempuan nya ini sehingga sanggup memeluk lelaki yang tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka...

"Fad tak kira jugak... Esok pagi... Laynie pergi hospital dan minta maaf dekat Arrel..." Putus Fadri sebelum bergegas berlalu dari situ.

Malas dia mahu berlama - lama dekat situ...

Amarahnya semakin berapi ini harus di sejukkan dulu...

Nanti... Tak memasal meletup dekat sini pulak nanti!

Laynie yang mendengar kata putus abangnya hanya membungkam sahaja di tempat duduknya...

Dia pun sejujur nya masih keliru lagi dengan keadaan itu... Tapi bila melihat amarah abang nya serta wajah tegang neneknya...

Nak tak nak, esok pagi... Dia harus datang ke hospital untuk meminta maaf kepada sahabat abangnya itu...

Dan dia ingin memastikan siapa Darrel sebenarnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience