MELAYNIE masih membungkam di tempat duduk belakang.
Hanya suara Fadri dan Darrel sahaja memenuhi ruang kereta saat ini.
Dia pula lebih selesa melemparkan pandangannya keluar tingkap. Malas mahu mengambil kira dengan perbualan kedua - dua lelaki itu.
Hal pagi tadi masih lagi berlegar di fikirannya.
Rasa mahu di sorok mukanya ke dalam beg sandang saat ini bila mengenangkan kejadian pagi tadi. Automatik wajah nya mula memerah.
"Laynie ada nak singgah mana - mana tak sebelum kita ke rumah abang Darrel?" Soal Fadri pada adiknya.
"Takde..." Jawab Melaynie ringkas bersama gelengan.
"Okay... Kalau macam tu... Kita terus ajelah ke mama dan papa kau, Arrel..." Putus Fadri.
Darrel mengangguk mengerti dengan kata putus rakannya.
"Datang rumah orang jangan buat perangai lagi ya... Stay behave okay..." Pesan Fadri siap - siap kepada adiknya.
Berubah terus wajah Melaynie bila di kata begitu pada abangnya.
Hish!! Abang Fad ni! Saja betullah!
Orang dah cuba nak lupakan tentang kejadian pagi tadi... Dia sengaja ingatkan balik!!
"Dengar tak apa yang abang Fad cakap kan ni..."
"Dengar..." Jawab Melaynie acuh tak acuh!
Tersenyum senang Fadri bila mendengar jawapan adiknya itu. Dia kembali fokus pada pemanduannya.
Melaynie pula masih lagi dengan wajah cemberutnya. Kepala sengaja di sandar pada cermin tingkap.
Haih... Nampaknya...
Dia kena hadap juga orang tua Darrel ni nanti!
Dia mengeluh dalam hati...
Tak sedar yang mata tajam milik Darrel mengintai diri nya melalui cermin pandang belakang!
KELIHATAN riuh mulut Tuan Duan dengan Puan Erny bila kelihatan Darrel, Fadri dan Melaynie keluar dari perut kereta.
Fadri sudah awal - awal lagi bersalam dengan Tuan Duan... Manakala Darrel pula sudah menempel di sisi mamanya... Hanya Melaynie sahaja kelihatan teragak - agak dan sedikit segan melihat keakraban abangnya dengan keluarga Darrel ini.
"Ni Melaynie ke?" Soal Puan Erny bila menyedari kelibat Melaynie berdiri di sisi Fadri.
"A'ah... Ya... Ni lah adik saya Melaynie..." Jawab Fadri bagi pihak adiknya. Matanya mula memberi isyarat pada Melaynie untuk menyapa dan bersalam dengan orang tua Darrel.
Melaynie yang menyedari isyarat itu pantas menyalami tangan Puan Erny dan Tuan Duan.
"Dah besar panjang dah dia rupanya... Dulu kecik aje lagi..." Ulas Puan Erny sebelum tangan nya mula naik mengelus wajah comel milik Melaynie.
Naik segan Melaynie bila di puji sebegitu oleh Puan Erny.
Walaupun ingatan nya masih lagi samar - samar terhadap kedua - dua orang tua Darrel ini, tapi dia yakin... Yang kedua - dua pasangan suami isteri ini mengenali arwah kedua orang tua nya dengan lebih dekat...
Kalau tak...
Takkan persahabatan abang Fadri dengan si Darrel ini seakrab ini!
"Hmm..." Tiba - tiba Darrel berdehem.
"Hai... Dah tak nak masuk dalam ke... Takkan nak bercengkarama dekat luar ni pulak..." Perli Darrel perlahan.
Perlian nya itu terus mendapat cubitan Padu dari Puan Erny di perutnya. Mengaduh sakit dia bila cubitan berbisa milik Puan Erny mula mendarat di perutnya.
Tapi tak pada Melaynie...
Wajah nya sudah mula berubah merah saat di perli sebegitu oleh Darrel! Serta merta kejadian pagi tadi mula menyinggah di kepalanya.
"Dah jom kita masuk! Tak payah layan perangai budak tiga suku ni!" Ajak Puan Erny sebelum pantas menarik lengan Melaynie sehingga kan gadis itu terdorong mengikuti langkahnya. Matanya masih lagi menjeling tajam pada wajah tampan anak nya yang masih lagi tersengih sejak tadi.
Melihat Puan Erny sudah menarik Melaynie dalam rumah, mereka - Darrel dan Fadri termasuk Tuan Duan, mula mengatur langkah menuju ke dalam rumah.
SELESAI MENJAMU SELERA tadi, Puan Erny terus mengajak Melaynie ke arah ruang tamu... Manakala Tuan Duan, Darrel dan Fadri pula mengambil angin di halaman rumah.
Kedengaran sayup - sayup suara ketiga - tiga lelaki itu berbual.
Malas mahu mengambil pusing akan perbualan ketiga - tiganya, matanya kembali fokus pada pekerjaan yang di lakukan oleh mama Darrel ini.
Lincah sahaja di lihat tangan Puan Erny menyulam satu huruf di salah satu kemeja milik Darrel.
Tersungging senyuman di bibir mungilnya bila melihat huruf 'D' besar yang di sulam oleh wanita ini.
Serta merta dia teringat akan kenangan dia bersama Darrel dulu.
"Arrel suka kalau Untie sulam huruf besar macam ni dekat lengan kemeja dia... Dia kata... Dah macam 'trademark' dia dah..." Ulas Puan Erny dengan nada gembira.
Melaynie hanya tersenyum sahaja mendengar ulasan wanita ini. Matanya masih lagi tekun melihat kelincahan tangan Puan Erny menyulam huruf pada lengan kemeja itu.
"Puan Erny!! Puan Erny!! Tuan Duan!! Tolong!! Api!!" Jeritan nyaring dari pembantu rumah yang berlari dari ruang dapur mengejutkan mereka yang berada di ruang tamu dan juga di luar rumah.
Bergegas Puan Erny dan Melaynie menuju ke arah dapur dengan di buntuti oleh Tuan Duan, Darrel dan Fadri.
Hampir menjerit nyaring Puan Erny bila melihat ruang dapur telah di jilat api.
Tuan Duan dan Darrel bergegas laju mendapatkan alat pemadam api. Manakala Fadri pula Cuba untuk memadamkan api yang sedang marak dengan kain yang telah di basahkan...
Melaynie yang berada di belakang Puan Erny sudah kaku tidak bergerak.
Sekilas imbasan dirinya yang terperangkap di dalam kepungan api mula menerjah ingatannya saat ini. Nafasnya mula tidak sekata.
"Laynie... Kenapa ni?" Seru Puan Erny bila melihat wajah Melaynie sudah berubah pucat.
"Melaynie!!" Puan Erny masih lagi menyeru nama gadis itu... Tetapi Melaynie masih lagi dalam keadaan kaku seperti tadi...
"Fad... Ketepi.." Suara garau Darrel mula bergema menyuruh Fadri untuk beredar dari situ. Tangannya sudah bersedia dengan muncung pemadam api yang telah di halakan ke arah api yang sedang marak menjilat ruang dapur.
BOMM!!!
Letupan kecil mula kedengaran bila Darrel cuba untuk memadam api yang sedang marak dengan bantuan Fadri dan papanya...
Dan ternyata...
Letupan kecil itu membuatkan nafas Melaynie tak keruan dan akhirnya dia terjelepok tidak sedar kan diri dalam dakapan Puan Erny...
"Melaynie!!!"
Share this novel