BAB 24

Mystery & Detective Completed 11024

IMBAS KEMBALI...

DUA TAHUN LALU...

"Lepaskan Laynie, abang Fad... Lepaskan Laynie!!" Jerit Melaynie bila tubuhnya mula di kunci oleh abangnya.

Sebaik sahaja sedar dari kemalangan yang menimpa dirinya tempoh hari, emosi Melaynie mula tidak stabil.

Emosinya semakin tidak terkawal bila menjelang malam.

Tingkah laku nya juga semakin tidak terkawal menyebabkan kuncian Fadri pada tubuh adiknya itu hampir telerai. Tetapi Fadri lebih cekap mengatasi menahan dengan lebih kuat lagi.

"Tolong lepaska Laynie, abang Fad... Tolonglah..." Rayu Melaynie lagi.

"Tak... Abang Fad takkan lepaskan Melaynie macam tu aje... Cukuplah apa yang terjadi dekat mama dan babah... Abang Fad tak nak terjadi sesuatu dekat Laynie pula..." Ujar Fad perlahan.

Tangisan Melaynie makin kuat bila mendengar ayat abangnya itu. Dia mula melorot jatuh ke atas lantai dan secara tidak langsung turut membuat tubuh tegap Fadri mengikuti juga.

" Laynie tak layak hidup abang Fad... Laynie tak layak hidup... Sebab Laynie... Mama dan babah meninggal... Laynie tak layak hidup!!" Raung Melaynie dalam dakapan abangnya.

Rasa bersalah mula kuat mencengkam di dalam hati.

Sepatutnya dia yang mati, bukannya ibu bapa mereka!

" Huiss... Sudah Laynie... Jangan cakap macam tu... Bukan salah Laynie... Semua tu bukan salah Laynie... "Pujuk Fadri.

Ya... Dia tahu isi hati adiknya saat ini!

Melaynie masih lagi menyalahkan dirinya sehingga sanggup mahu mencederakan dirinya...

Tapi itu bukan salah adiknya...

" Laynie yang salah abang Fad... Laynie yang salah... Apa guna Laynie hidup sedangkan mama dan babah yang waktu tu sedang bertarung dengan kematian pun Laynie tak mampu nak selamatkan... Anak jenis apa Laynie ni abang Fad... Anak jenis apa Laynie ni!" Rintih Melaynie lagi.

Fadri yang mendengar rintihan adiknya tidak mampu untuk untuk berkata apa lagi... Hanya dakapan erat sahaja yang mampu dia bagi untuk menenangkan hati adiknya saat ini...

MASA KINI...

FADRI mengeluh perlahan bila kenangan silam itu mula menjengah mindanya...

Ya... Akibat peristiwa itu lah... Segala ingatan Melaynie mengenai kejadian itu sengaja di manipulasi kan...

Dan secara perlahan - lahan otak Melaynie tentang kejadian itu mulai memudar dan ingatan gadis itu mula di pahat dengan mencipta kejadian baru... Dan kejadian baru itulah yang kekal sehingga kini sebelum gadis itu mengalami kemalangan jalan raya 3 bulan lepas...

Dan sekarang...

Segala - galanya mula kembali ke keadaan asal... Dan ingatan asal Melaynie tentang kejadian yang menimpa kedua - dua orang tua mereka bakal pulih sepenuhnya...

Dia menghela nafas nya lagi...

Fadri harus bersiap sedia dari sekarang...

Kerana Melaynie yang dia bakal hadapi ini bukan lagi Melaynie yang dulu...

Melaynie yang dia bakal hadapi ini adalah Melaynie yang sudah berbeza sekali... Melaynie dengan ingatan masa silam dan bukan lagi Melaynie yang dia manipulasi ingatannya dahulu...

Fadri mengeluh lagi...

Wajah dan rambut diraup untuk sekian kalinya!

Melaynie dah mula ingat tentang kejadian masa silamnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience