"KEPUTUSAN DAH KELUAR!" Jerit Bob di muka pintu pejabat.
"Forensik dah dapat kesan kualiti gambar tu," Ujar Bob lagi sambil menayangkan fail dan pen drive dihadapan ketiga - tiga sahabatnya ini.
"Okay.. Jom kita tengok," Fadri mengalih alih bersuara. Wadi dan Darrel juga tidak terkecuali untuk melihat serta.
Di ruang pejabat yang sunyi sebelum ini, suasana bertukar tegang dengan kehadiran Bob yang kelihatan bersemangat. Fail dan pen drive yang diacah-acahnya kelihatan seakan membawa jawapan kepada persoalan besar yang mereka hadapi.
Fadri mengambil fail itu daripada tangan Bob, meneliti isi kandungannya sebelum melontarkan pandangan kepada rakan-rakannya yang lain.
“Wadi, Darrel, kita tengok sama-sama,” katanya sambil menyambungkan pen drive tersebut ke laptop di atas meja.
Skrin laptop memaparkan imej yang diperbesarkan dengan resolusi tinggi. Gambar tersebut kelihatan kabur pada mulanya, tetapi perisian forensik berjaya meningkatkan kualitinya sehingga beberapa butiran kecil kini jelas kelihatan.
"Ini... Gambar lelaki tu yang kita tengok dalam cctv semalam!" Wadu berkata dengan nada teruja sambil menunjuk pada gambar seorang lelaki yang sudah kelihatan terang.
"Tapi.. Lelaki ni.." Ayat Darrel tergantung sebelum dia memandang ke arah Fadri. Dan kebetulan pula Fadri turut memandang wajahnya.
"Harith?"Bisik kedua - duanya perlahan. Kenapa wajah rakan Melaynie ini ada di dalam cctv ini?
" Korang kenal ke lelaki ni? " Soal Wadi bila dilihat wajah Fadri dan Darrel berubah riak melihat gambar lelaki ini.
Fadri tidak membalas soalan Wadi itu. Begitu juga dengan Darrel.
"Jom,ikut aku!" Ajak Fadri tiba - tiba. Dia mencapai jaketnya di kerusi sebelum melangkah keluar dari pejabat itu dengan di ikuti oleh Darrel. Wadi dan Bob mengikuti juga langkah lelaki itu walaupun hatinya tertanya - tanya dengan reaksi Fadri tadi.
Bagi Fadri pula, dia harus tahu apa yang berlaku sebenarnya! Dan ini juga berkaitan dengan keselamatan adiknya, Melaynie!
PERHATIAN MEREKA Semua beralih pada pintu masuk bilik kuliah bila tiba - tiba pengetua mereka meluru masuk. Lelaki separuh abad yang berperut gendut itu mula membisikkan sesuatu pada pensyarah yang sedang memberi penerangan pada paran pelajarnya. Pensyarah lelaki itu mengangguk faham sebelum tubuhnya tegak memandang semua para pelajarnya.
"Harith... Ada tetamu yang hendak jumpa kamu di ruang menunggu..." Nama Harith meniti bibir pensyarah itu.
"Saya ke, Profesor?" Soal Harith sambil menunjukkan dirinya sendiri. Melaynie yang berada di sebelah sudah memandang pelik.
"Ya, kamu lah.. Sila ikut pengetua ke ruang menunggu sekarang.." Arah pensyarah itu lagi.
"Baik, prof.." Balas Harith sebelum bangun dan terus menuju ke arah pengetua yang wajahnya kelihatan tegang sekali.
Situasi di ruang bilik kuliah itu bertukar tegang seketika apabila Harith melangkah keluar dengan langkah yang sedikit berat, dikerumuni pelbagai tanda tanya dalam fikirannya. Melaynie memerhati dengan wajah yang penuh kebimbangan. Apakah yang sedang berlaku?
Dia tidak dapat menahan rasa ingin tahunya. Setelah beberapa saat yang menyesakkan, Melaynie berbisik pada rakannya yang duduk di sebelah.
"Kau rasa apa yang berlaku, ya? Harith tak pernah dipanggil secara tiba-tiba macam ni," katanya perlahan, matanya masih tertumpu ke arah pintu yang baru sahaja ditutup rapat oleh pengetua dan Harith.
Rakannya, Mariam, hanya mengangkat bahu, sama keliru seperti Melaynie. Namun, jauh di dalam hati, Melaynie merasakan sesuatu yang besar sedang terjadi. Dia menggigit bibir bawahnya, cuba menenangkan hati yang mula dilanda kegelisahan. Harith adalah salah seorang rakan baiknya, malah seperti abang kandung yang sentiasa melindunginya di kampus.
Di ruang menunggu, Harith melangkah masuk dengan perlahan. Jantungnya berdegup pantas, tidak pasti siapa atau apa yang menantinya. Saat dia masuk, matanya tertancap pada kelibat empat orang lelaki berpakaian santai yang berdiri dengan postur tegas sekali. Salah satu nya adalah abang Melaynie sendiri!
"Encik Harith.. Kalau tidak keberatan.. Boleh ikut kami ke balai?" Pelawa Fadri dengan nada tegas sekali. Darrel di sebelah sudah memandang lelaki itu dengan pandangan tajam sekali.
"Kalau boleh saya tahu.. Kenapa saya dibawa ke balai?" Soal Harith dengan nada setenang mungkin.
"Ada sesuatu yang syak tentang awak.. Jadi kalau tidak keberatan.. Sila ikut kami ke balai, ya."
"Encik Faizal. Saya minta maaf sekali lagi.. Kami terpaksa untuk membawa Encik Harith ke balai.. Boleh kami membawanya sekarang?" Fadri berpaling menghadap pengetua itu pula.
"Sure.. Silakan," Encik Faizal, selaku pengetua kolej itu memberi keizinan.
"Dan saya akan hubungi waris Encik Harith nanti... Sila.." Fadri memberi laluan kepada Harith untuk mengikuti langkah mereka keluar dari ruang menunggu itu.
Dalam situasi yang tegang itu, Harith menelan liur, cuba menenangkan dirinya. Perasaan gelisah semakin menebal, namun dia sedaya upaya menjaga riak wajahnya agar tidak kelihatan tertekan. Mata Darrel yang tajam, seperti hendak menembus jiwanya, membuatkan Harith hampir kehilangan kata-kata.
"Baiklah," kata Harith akhirnya, memecah keheningan yang mendebarkan.
"Saya akan ikut."
Fadri memberi anggukan kecil, lalu mengarahkan rakan-rakannya untuk bersiap sedia. Empat lelaki itu menyusun langkah, mengapit Harith dari setiap sudut seperti seorang pesalah yang sudah dijatuhkan hukuman. Suasana ruang menunggu bertukar tegang, meskipun tiada sebarang kata-kata lagi yang diucapkan.
Sementara itu, Encik Faizal memandang Harith dengan pandangan yang sukar dibaca. Ada sedikit rasa simpati terpancar dari wajahnya, namun dia tahu ini bukan dalam kawalannya lagi.
Sebaik sahaja mereka meninggalkan ruang menunggu, Melaynie muncul dari salah satu koridor. Dia tergamam melihat Harith dikelilingi oleh empat lelaki tersebut. Dengan serta-merta, hatinya diselubungi pelbagai soalan.
Matanya tajam menikam pada susuk tubuh yang membawa Harith pergi itu.
"Abang Fad, Darrel? Apa dah berlaku ni?" Bisik Melaynie perlahan. Dia ingin melangkah ke arah tersebut, tetapi niatnya di matikan bila melihat kelibat pengetua mereka keluar dari ruang menunggu.
Melaynie tidak menyedari yang mata helang milik salah seorang pensyarah bernama Sir Hardie turut memandang ke arah yang sama. Tidak lama kemudian, tersungging senyuman sinis di bibir lelaki itu sebelum berlalu dari situ dengan lagak nya yang tenang.
Entah mengapa.. Senyuman sinis yang dipamerkan oleh pensyarah ini mengandungi sesuatu yang sukar di gambar kan!
Siapakah dia ini dan kenapa senyuman sinisnya bergayut di bibir saat Harith di bawa pergi oleh Fadri dan pasukannya?
Aduh... Suspen betullah dengan si Hardie ni...
Share this novel