BAB 55

Mystery & Detective Completed 11024

HARDIE BERJALAN SANTAI MENUJU KE KELAS. Para pelajar yang mengucap salam pada dirinya di balas dengan senyuman yang sungguh gembira. Langkahnya semakin laju diatur menuju ke kelas. Senyuman ceria nya masih lagi bergayut di bibir.

"ADA lagi sesiapa kehadiran dia yang saya tak ambil lagi?" Soal Sir Hardie sambil memandang para pelajarnya satu persatu. Kemudian, matanya tertumpu pada dua tempat kosong yang tidak bertuan.

"Melaynie dengan Harith tak hadir ke hari ni?" Soal lelaki itu pada wakil kelas yang bernama Naim.

"Melaynie tak hadir sebab dia ada kecemasan... Nenek dia baru meninggal dunia semalam... Mungkin dia akan ambil cuti lama... Kalau Harith... Errr.. Saya tak pasti Sir... Takde info berkaitan ketidakhadiran dia..." Beritahu wakil kelas itu dengan terperinci sekali.

Sir Hardie mengangguk mengerti dengan penjelasan wakil kelas itu sebelum menyuruh Naim untuk kembali duduk di tempat nya semula.

" Baiklah... Kalau pasal Melaynie dengan Harith nanti... Saya akan bertemu dengan mereka berdua... Sekarang.. Kita sambung pelajaran apa yang kita pelajari semalam.." Kelas yang riuh seperti pasar tadi kembali senyap bila Sir Hardie sudah mulakan pembelajaran nya. Dalam sedang Sir Hardie mula menyediakan bahan untuk pembelajaran, sesetengah pelajar yang berada di dalam kelas itu mem fokuskan pandangan masing - masing ke arah kedua - dua tempat duduk itu. Kalau Melaynie, mereka tak hairan sangat! Dia ada alasan kukuh untuk tidak hadir ke kolej. Tapi Harith ni! Hujan takde, ribut takde! Tiba - tiba tidak hadir ke kolej! Kalau pihak disiplin tahu, silap - silap kena tindakan nanti! Naya aje! Mereka semua mengeluh perlahan sebelum kembali fokus pada pembelajaran di hadapan.

Mereka di dalam kelas ini tak patut khuatir kan Harith. Yang patut mereka khuatir kan sekarang adalah pensyarah mereka ini, Sir Hardie!

Apa agaknya reaksi mereka kalau mereka tahu pensyarah mereka ini bukan pensyarah yang mereka sangka kan sekarang?

Yang pasti, senyuman sinis milik Sir Hardie mula bergayut di bibir!

HARITH HANYA duduk berteleku sambil memandang kedua - dua belah tangan nya. Masih terngiang - ngiang suara rayuan Nek Esah bila dia cuba menyakiti wanita separuh abad itu. Tubuhnya menggigil kuat bila dia terkenang akan peristiwa itu. Rambut nya sedia kusut bertambah kusut bila diramas dengan kuat.

"Maafkan aku, Laynie... Maafkan aku... Aku tak patut buat macam tu dekat nenek kau.. Maafkan aku!" Rintih Harith dengan memeluk lutut di satu sudut yang gelap.

Harith menggenggam rambutnya kuat, tubuhnya menggigil dalam sudut gelap bilik itu. Dia masih boleh mendengar suara Nek Esah yang merintih meminta tolong, suara tua itu semakin perlahan sebelum lenyap ditelan api yang marak. Asap pekat menusuk hidungnya, dan kepanasan dari lidah api masih terasa membakar kulit.

Dia tak boleh lupakan saat tangannya sendiri yang menumpahkan minyak ke lantai rumah itu. Jari-jemarinya bergetar ketika dia menyalakan pemetik api—dan dalam sekelip mata, api kecil itu menjilat lantai kayu dengan rakus.

"Buat apa yang aku suruh, Harith.. Itu adalah bayaran untuk kau selamatkan orang yang kau sayang!."

Suara Sir Hardie terngiang-ngiang di telinga, tegas dan tanpa emosi. Dia tak boleh menolak arahan itu. Dia tahu akibatnya jika dia ingkar. Sir Hardie bukan orang yang akan membiarkan sesiapa hidup jika dia gagal dalam tugas.

Nek Esah cuba lari, cuba mencari pintu belakang, tetapi Harith menghalangnya. Matanya memandang tepat ke mata wanita itu—mata yang penuh dengan ketakutan tetapi juga… kekecewaan.

"Nenek kenal kau, Harith…" suara Nek Esah serak.

"Nenek tahu kau bukan orang yang jahat."

Namun, kata-kata itu tak cukup untuk menghentikan kebakaran yang semakin mengganas. Harith sendiri mahu lari, tapi kakinya terasa berat. Dia mahu menolong, tetapi dia juga tahu jika dia selamatkan Nek Esah, nyawanya pula akan menjadi taruhan.

Jadi dia memilih untuk melangkah pergi.

Dan sekarang, dia terduduk dalam bilik gelap ini, berteleku dengan kepala menekup lutut, cuba menahan esakan yang mahu pecah.

"Maafkan aku, Laynie… Maafkan aku…"

Dia tahu Fadri akan mencari jawapan. Dan dia pasti, kumpulan lelaki itu juga akan menggali kebenaran, dan jika mereka tahu dia bertanggungjawab dalam kes ini… dia tidak mampu untuk melarikan diri lagi. Dan dia tak boleh bayangkan bagaimana wajah Melaynie akan berubah kalau gadis itu dapat tahu yang dia adalah penyebab pada kematian nenek gadis itu. Dia tak sanggup melihat kebencian dalam mata gadis itu.

Sedang dia menyalahkan diri sendiri, pintu bilik itu di buka dan terpacul wajah tanpa riak milik Sir Hardie di balik pintu.

"Sudah - sudahlah tu nak meratap orang yang dah takde... Takde faedah pun!" Perli Sir Hardie pada Harith. Tubuhnya di sandar santai pada bingkai pintu dengan mata nya tunak merenung ke arah Harith yang masih berteleku seperti tadi. Kemudian dia melangkah perlahan menuju ke arah Harith sebelum mencangkung di hadapan lelaki itu.

" Kau nak hidup macam ni sampai bila hah, Rith? Kau kena ingat yang kau tu hanya parasit aje... Kau tak payah nak meratap beria sangat... Bukan kau tak pernah buat kerja macam ni... Wake up, bro.. Wake up!" Kepala Harith di tujal sesuka hati. Harith masih seperti tadi. Hanya duduk membatu sahaja.

Sir Hardie mengeluh keras sebelum bangun.

" Tugas kau dah selesai dalam bab ni.. Sekarang, aku nak laksanakan tugas terakhir kau.."

Bahunya ditepuk perlahan, tetapi Harith masih kaku. Matanya kosong, seolah-olah jiwanya telah diragut bersama nyawa Nek Esah. Nafasnya berat, berselang-seli dengan degupan jantung yang tidak teratur.

Sir Hardie mendengus kecil sebelum bersandar ke dinding.

“Jangan cakap kau dah jadi lembik sekarang.”

Harith tidak membalas. Tangannya yang menggeletar di kepal di atas lutut.

Melihat tiada reaksi, Sir Hardie menyeringai sinis.

“Kau tahu, orang yang terlalu banyak berfikir ni selalunya mati dulu.” Dia mendekatkan wajah ke sisi telinga Harith.

“Dan aku tak suka buang masa dengan orang yang dah tak boleh digunakan.”

Nada itu beracun. Ancaman yang tersirat cukup jelas.

Harith menarik nafas panjang, cuba mengumpul kembali kesedarannya. Dia tahu, dia tidak boleh goyah. Tidak di hadapan lelaki ini.

Sir Hardie meluruskan tubuhnya dan berjalan ke arah tingkap. Dia menyelak langsir dan merenung ke luar, seolah-olah sedang menimbang sesuatu.

“Aku nak kau uruskan Melaynie.”

Harith tersentak. Matanya yang tadi kosong kini berubah sedikit.

Sir Hardie menoleh ke arahnya, mengangkat sebelah kening.

“Apa? Ada masalah ke?”

"Apa kau cakap? Uruskan Melaynie? Kau dah gila ke hah?" Jerkah Harith dengan tidak semena - mena ke arah Sir Hardie. Dia sudah bangun dan meluru laju ke arah lelaki itu sebelum kolar kemeja lelaki itu di cekau kasar.

Sir Hardie hanya tergelak sinis melihat reaksi ganas Harith itu. Cekauan yang dibuat oleh Harith langsung tidak berkesan pada dirinya. Tangan Harith yang berada di kolar kemeja nya di pulas laju sebelum tubuh milik lelaki itu ditendang sehingga menyebabkan Harith terpelanting ke arah dinding. Tidak hanya itu, tubuh Harith yang terpelanting tadi sepak dan di pukul bertalu - talu sehingga menyebabkan lelaki itu merengkot kesakitan.

Fuh!! Sir Hardie mengeluh lega bila tubuh Harith menjadi punching bagnya. Sama seperti sebelum ini! Dia meregang kan leher dan tubuh nya sebelum kembali berpaling menghadap Harith yang masih merengkot kesakitan.

"Ingat pesan aku, Harith.. Kalau tak.." Handphone yang berada di tangan sengaja di tayang ke arah Harith. Harith hanya memandang lemah tanpa mampu untuk berbuat apa.

"You will die.." Bibir Sir Hardie membisikkan ayat yang menghiris kan hati Harith sebelum berlalu pergi dari kamar Harith bersama siulan nya. Seperti biasa, siulan yang terbit dari bibir sir Hardie membuatkan Harith sudah keras seperti terkena renjatan elektrik.

Sekali lagi, Harith tidak mampu untuk melawan tindakan kejam lelaki psiko ini! Hanya tangisan yang menjadi peneman dirinya saat ini!

Ma... Sekilas wajah wanita kesayangan nya mula terlayar di ruang mata!

Smpai bila agaknya Harith menjadi boneka Sir hardie...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience