BERLARI FADRI MENUJU KE arah wad yang menempatkan adiknya. Darrel juga turut berlari mengikuti langkah sahabatnya itu.
Segala pandangan staff hospital dan juga orang ramai di situ tidak di hiraukan. Yang penting sekarang, dia harus cepat sampai di pintu wad.
WAJAH FADRI BERUBAH KERUH saat mendengar penjelasan dari anggota pihak Azlan.
"Kami dah check cctv berdekatan... Ini gambar nya.." Anggota bawahan Azlan itu memberi telefon bimbit nya pada Fadri dan Darrel. Dia sempat menangkap layar skrin cctv menggunakan telefon nya tadi. Secara keseluruhan cctv akan di ambil alih anggota yang berkaitan.
"Harith.." Deram Fadri dengan matanya yang sudah mula merah menyala.
"Dapat cam tak laluan mana dia bawak lari Melaynie?" Soal Fadri pada anggota bawahan Azlan itu.
"Kami agak dia bawak lari Cik Melaynie menggunakan tangga kecemasan sebab hanya kawasan situ saja yang takde cctv.."
"Shit!!" Tanpa sedar, Fadri menyumpah perlahan. Rambut dan mukanya di raup kasar. Hatinya sudah tidak tentu arah mengenangkan keadaan adiknya sekarang.
"Dan ni.." Sesuatu berbentuk panjang yang berada dalam plastik di hulur ke arah Fadri. Pantas Fadri merampas benda itu.
"Picagari?" Fadri menggenggam erat plastik berisi picagari itu. Nafasnya terasa semakin berat, dan jantungnya berdegup kencang. Dia menatap Darrel yang juga kelihatan tegang.
"Ada kesan bahan dalam ni?" Suaranya serak menahan amarah yang kian membara.
Anggota bawahan Azlan mengangguk.
"Kami belum dapat keputusan ujian penuh, tapi ada kemungkinan ianya mengandungi ubat pelali atau sesuatu yang boleh melemahkan tubuh."
Fadri sudah mengeluh keras. Dia mula mundar mandir sebelum satu hentakan kuat kedengaran. Fadri menumbuk dinding di sebelahnya, bibirnya mengetap rapat.
"Harith sial! Apa yang dia nak buat dengan adik aku?!"
Darrel mencuba meredakan ketegangan dengan menghalang tindakan sahabatnya itu.
"Hei.. Hei.. Calm down bro.. Jangan macam ni... Aku yakin adik kau akan selamat... Kalau dia guna laluan kecemasan, mungkin ada saksi yang nampak atau—"
Sebuah deringan telefon memotong kata-kata Darrel. Anggota Bawahan Azlan yang menyiasat terus menjawab, wajahnya berubah serius. Selesai menjawab menjawab panggilan telefon itu, dia kembali menatap Fadri dan Darrel.
"Kami dapat petunjuk baru. Ada seseorang nampak seorang lelaki berpakaian serba hitam mencurigakan masuk ke dalam sebuah kereta sedan hitam di belakang bangunan hospital."
Fadri serta-merta menoleh. Wajah nya yang keruh tanpa berubah sedikit bila mendengar berita itu.
"Dapat nombor pendaftaran van tu?"
"Sebahagiannya saja. Kami dah hantar ke unit pemantauan lalu lintas untuk kesan laluan terakhir kereta sedan hitam itu." Beritahu anggota bawahan azlan itu lagi. Fadri hanya mengangguk lemah mendengar penjelasan lelaki itu. Belum pun reda dengan panggilan dari pihak anggota bawahan Azlan, getaran telefon pintar milik Darrel mula kedengaran. Pantas Darrel menyeluk poket sebelum ikon hijau di gesek.
"Helo.." Suara garau Darrel mula menjawab.
"Rel, kau dengan Fad kena datang rumah Sir Hardie sekarang... Ada sesuatu yang korang patut tengok!" Suara garau bercampur cemas milik Wadi bergema di talian sebelah.
"Baiklah.. Aku dengan Fad akan pergi ke sana.." Tanpa banyak soal, Darrel pantas bersetuju. Dia tahu, kalau dah suara Wadi berubah sedikit cemas begitu mesti ada sesuatu yang patut dia dan Fad campur tangan!
Fadri yang mendengar perbualan Darrel hanya memandang kosong sahaja.
"Kita kena pergi ke tempat Bob dengan Wadi sekarang.. Ada sesuatu diorang nak kita tengok!" Ujar Darrel pada Fadri. Fadri hanya mengangguk mengerti sahaja. Dalam fikiran nya sekarang adalah perihal adiknya.
TIDAK BERSUARA DARREL dan Fadri saat pihak Forensik mula mengumpul rangka manusia satu persatu di atas plastik hitam.
Rupanya ini yang di maksudkan oleh Wadi melalui panggilan telefon tadi.
Suasana di lokasi kejadian terasa berat. Bau tanah basah bercampur dengan bau kematian yang lama tersembunyi di dasar bumi. Darrel dan Fadri hanya berdiri kaku, memerhati tanpa suara ketika pasukan forensik mengumpulkan rangka-rangka manusia satu persatu di atas plastik hitam.
Fadri menggenggam penumbuknya erat. Degupan jantungnya terasa begitu kuat di dadanya, seakan ingin keluar. Dia tidak perlu bertanya lebih lanjut. Ini yang dimaksudkan oleh Wadi dalam panggilan telefon tadi—sesuatu yang gelap, sesuatu yang tidak seharusnya terbongkar.
Darrel menghela nafas panjang. Matanya tajam meneliti setiap tulang yang dikeluarkan dari tanah, cuba menafsir berapa lama mayat-mayat ini terbenam di sini.
"Berapa lama agaknya mereka terbenam dalam ini?" Soal Darrel dengan suara yang agak perlahan. Mereka tidak menyangka yang Sir Hardie bertindak sekejam ini!
"Ada sesuatu yang lebih ekstrem dari yang ini... Korang patut tengok," Sekali lagi Wadi memberitahu kedua - dua sahabatnya ini. Dan seperti yang di jangka, Fadri dan Darrel sudah berubah riak! Kedua - dua nya mula mengikuti langkah Wadi menuju ke suatu tempat yang agak tersorok dari kawasan rangka manusia yang di temui tadi..
Sekali lagi mulut Fadri dan Darrel melopong melihat potret mereka memenuhi kawasan dinding itu. Bukan potret mereka sahaja, potret mendiang orang tua Fadri juga ada di situ. Termasuk potret Melaynie juga!
"Apa benda semua ni?" Soal Fadri dengan suara yang berubah perlahan. Tiba - tiba bulu roma nya meremang melihat potret - potret mereka di ambil secara haram! Betul - betul psikopat!
"Aku dah selidik tadi.. Besar kemungkinan rangka manusia yang ditemui tadi adalah orang yang berada di gambar ini.." Wadi menunjukkan sebahagian potret yang di lekatkan pada dinding itu.
"Dan ni.." Satu diari yang tergenggam erat di tangannya di hulurkan ke arah Darrel.
"Dalam diari ini menceritakan segala - galanya... Bagaimana Sir Hardie, si psikopat itu membunuh mangsa - mangsanya.."
Fadri dan Darrel masih membelek helaian demi helaian diari itu.
"Dan semua yang di bunuh nya adalah berkaitan dengan sesuatu yang tak patut dilihat oleh mangsa - mangsanya.."
Darrel meraup wajahnya, cuba menghadam maklumat yang baru diterima. Fadri di sebelahnya masih membolak-balik helaian diari itu, matanya tajam membaca setiap baris tulisan yang bercerita tentang pembunuhan yang dilakukan oleh Sir Hardie.
"Apa maksud kau dengan 'tak patut dilihat'?" suara Darrel sedikit bergetar.
Wadi menghela nafas panjang sebelum menjawab,
"Aku tak pasti sepenuhnya, tapi dari apa yang aku baca, mangsa-mangsa ni semua nampak sesuatu yang Sir Hardie cuba sembunyikan. Sesuatu yang boleh menghancurkan dia kalau perkara tu terbongkar."
Fadri berhenti membaca dan mengangkat kepalanya.
"Jadi, ini bukan sekadar pembunuhan rawak? Ada pola di sebaliknya?"
Wadi mengangguk perlahan.
"Ya.. Jika mangsa - mangsa nya yang melihat sesuatu yang tak patut di lihat, begini lah keadaan nya.." Jelas Wadi lagi.
Fadri mengeluh lagi. Mungkin mendiang ibu bapanya telah melihat 'sesuatu yang tak patut di lihat'.. Sebab itulah mereka menjadi mangsa kejam Sir Hardie.
"Aku jumpa sesuatu.." Suara Bob yang hampir berteriak mematikan perbualan mereka. Muncul Bob bersama sebuah kertas dan sebuah diari di tangan! Diari lagi! Berapa banyak lah rahsia yang si psikopat Hardie ini simpan!
"Diari apa tu?" Soal Darrel.
"Diari pasal penyakit Harith.."
"Yang pasti... Si psikopat tu dah buat sesuatu dekat Harith sampai budak tu jadi kemurungan..."
"Dan Sir Hardie melakukan sesuatu yang kejam pada seorang budak perempuan... Ini dia budak perempuan tu.." Gambar seorang gadis remaja di yang berada dalam diari itu di hulur ke arah ketiga - tiga sahabatnya.
"Eh, ini bukan ke gambar salah sorang budak perempuan yang berada dekat dinding ni?" Giliran Darrel pula bersuara.
Hatinya mula terdetik sesuatu!
Jangan - jangan 'Sesuatu yang tidak sepatut nya dilihat' ada kaitan dengan budak perempuan ini?
Sejenak dua wajah pelajar perempuan dalam kendalian kes mereka terlintas di ruang minda.
"Korang check balik kes dua budak perempuan kendalian kita... Cari apa - apa petunjuk yang dapat kita bongkar... Aku yakin.. Dua budak tu pun ada kaitan dengan semua ni.." Arah Fadri.
Kesemua mereka mengangguk mengerti sebelum mereka semua bergegas kembali ke posisi masing - masing.
Dan Fadri pula masih mengenangkan keselamatan adiknya ketika ini.
Sabar Melaynie! Abang Fad akan selamatkan Laynie!
Cepat Fad... Selamtkan Laynie... Kita tak tahu yang Harith itu jahat atau tak...
Share this novel