MATA MELAYNIE MASIH fokus pada skrin komputer ribanya hingga tidak menyedari kelibat D yang sudah tercongok di belakang.
Aplikasi Instagram di buka.
Nama seseorang di taip pada ruang carian.
Butang carian di tekan.
Profil yang terpapar di skrin di tatap satu persatu dan di scroll hingga ke bawah sekali.
Mengeluh kecewa dia bila profil orang yang dicari langsung tiada dalam carian tersebut.
"Awak cari apa dekat IG ni? Cari profil saya eh!" Sergah D dari belakang Melaynie sehingga membuatkan gadis itu hampir melompat dari kerusi yang didudukinya.
"Boleh tak lain kali bila masuk tu bagitau dulu... Ini tak... Bagi terkejut orang aje kerja nya!" Bebel Melaynie sambil mengurut dadanya yang masih terkejut dek sergahan D tadi.
"Alah awak ni pun! Itu pun nak terkejut jugak ke?" Perli D selamba sebelum punggungnya di labuh pada sisi katil Melaynie.
Kecil besar kecil besar sahaja Melaynie pandang wajah si D saat ini!
Mendengus kasar Melaynie sebelum berpaling semula menghadap skrin komputer riba nya.
" Awak cari dekat situ buat apa... Belum tentu profil saya ada dekat situ..." Ujar D lagi.
Menjuling mata Melaynie mendengar ayat D ini.
"At least ada jugak usaha saya nak cari identiti awak kan!" Sembur Melaynie semula.
Merubah terus wajah D bila kena sembur dengan Melaynie!
Padan muka kena sembur! Orang dah baik cari identiti kau, kau pulak banyak cekadak! Kan dah mendapat dengan minah mulut longkang ni!
" Ada yang awak pernah ingat tak apa yang terjadi dalam hidup awak? Kot - kot ada yang terlintas dalam fikiran awak ke..." Soal Melaynie cuba untuk menggali memori D.
Terkelip - kelip mata D memandang siling bilik sebelum kepalanya di geleng perlahan.
Sepintas lalu pun langsung tidak singgah di minda nya tentang masa lalu...
Melaynie mengeluh untuk sekian kalinya.
Payah kalau macam ini!
Satu klu pun langsung tiada dalam ingatan lelaki ini!
Kepala yang tidak gatal di garu kasar!
D juga turut terdiam melihat wajah lesu Melaynie ini.
Rasa bersalah mula menyelinap di dalam hati bila dia tidak mampu melakukan apa - apa untuk membantu Melaynie dalam mencari identiti dirinya.
Sejenak Melaynie berfikir sebelum dia teringat akan sesuatu!
"Esok awak ikut saya... Ada perkara penting yang perlu saya pastikan..."
Dahi D mula berkerut tanda tidak mengerti.
"Perkara apa nya?"
"Adalah... Nanti awak akan tahu jugak.." Ujar Melaynie bersama senyuman manisnya.
Berderup hati D melihat senyuman manis gadis ini!
Dia terpana seketika sebelum dia kepala di geleng laju!
Sedar D, sedar!
Kembalikan diri kau ke alam nyata!
Jangan nak terpana sangat!
Tapi apa perkara penting yang hendak di buat oleh si Melaynie ni esok?
Haih... Suspens pulak dia jadinya!
Share this novel
d itu darrel , koma, n melaynie boleh nmpk D yg msih dlm koma? gitu ke?