BAB 42

Mystery & Detective Completed 11024

BERUBAH RIAK wajah Darrel bila melihat kelibat Harith di ruang tamu rumah Fadri ini.

"Eh, Rith... Baru sampai ke?" Sapa Fadri bila sebaik sahaja sampai di sisi anak muda itu.

Harith yang menyedari kelibat abang Melaynie itu pantas bangun dari tempat duduknya lalu menyalami tangan Fadri serta Darrel.

Darrel terpaksa juga menghulurkan tangannya walaupun hati nya membantah dan menyampah!

"Baru sampai, Abang Fad... Ni tengah tunggu Laynie... Kitorang ada study group petang ni dekat library..." Jawab Harith bersama senyuman mesranya.

Naik meluat Darrel mendengar ayat manis si Harith ini!

Study group konon! Padahal nak menggendeng anak dara orang! Tak malu betul!

Fadri mengangguk mengerti dengan penjelasan sahabat adiknya ini.

Dia kembali mengerling ke arah sahabat nya yang kelat wajah nya.

Fadri hanya menggeleng kepala sahaja dengan riak sahabatnya ini...

Dari dulu lagi memang wajah Darrel cemberut begitu! Payah nak senyum!

Tak payah nak hairan sangat!

Padahal Fadri tak tahu yang Darrel cemberut macam tu sebab gara - gara budak yang berada di depan mereka sekarang!

Senyuman Harith makin melebar bila melihat kelibat Melaynie turun dari tingkat atas.

"Abang Fad... Kitorang pergi dulu..." Melaynie meminta izin pada abangnya.

Darrel pula hanya di kerling sekilas sahaja.

Malas nak menyapa lelaki muka beku tu! Asyik nak cemberut saja muka!

"Yelah... Pergi elok - elok... Jangan nak melencong ke tempat lain pulak nanti..." Pesan Fadri bila melihat kedua - dua nya sudah mahu beredar.

Serentak kedua - dua nya mengangguk mengangguk mengerti sebelum beredar dari situ.

Makin berbulu mata Darrel melihat kemesraan antara Melaynie dengan Harith itu!

Haih! Ada jugak yang kena dengan dia ni karang! Dengus Darrel kasar sebelum berlalu ke dapur dengan hati yang membara!

Baik dia sejuk kan hatinya dengan air kosong sebelum larva apinya meletup!

Hahaha... Kena palau dengan Laynie si Darrel...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience