MELAYNIE YANG baru sahaja balik dari luar terjerit kecil melihat D langsung tidak bermaya yang terduduk bersandar pada badan sofa.
"D!!"
Jerit Melaynie sebelum menghampiri lelaki itu.
Di perhati wujud roh D yang kelihatan amat pucat sekali.
Itu adalah tindakan refleks yang terjadi bila jasad tiba - tiba mengalami kejutan, automatik wujud roh pun terkena tempiasnya.
"Apa dah jadi ni, D?" Soal Melaynie bila melihat wujud roh D mulai memudar. Sekejap terang, sekejap menghilang.
"Dada saya... Dada saya sakit sangat, Laynie..." Adu D dengan suara yang lemah. Tangannya masih menekan dadanya yang masih lagi terasa senak.
Pandangan nya masih lagi kabur tetapi tidak lah sekabur tadi...
"ARGHH!!!" D mengerang kesakitan bila terasa dadanya mula berdenyut sakit kembali.
Melaynie hanya mampu memandang dengan wajah cemas sahaja...
Untuk menenangkan atau memegang D saat ini amat mustahil kerana bentuk wujud D adalah roh dan bukannya manusia...
Bila terasa lepas dari rasa sakit yang mencengkam tadi, D terus rebah di atas lantai.
Perlahan - lahan bentuk wujud roh D kembali ke keadaan asal seperti sedia kala!
"AWAK BUAT saya risau tau tak, D!" Bebel Melaynie dengan nada yang penuh kerisauan. Matanya masih bergenang dengan air mata.
Kerisauan nya masih tersisa lagi walaupun bentuk wujud D sudah kembali ke keadaan asal.
D hanya tersenyum manis sahaja melihat wajah risau Melaynie ini.
"Saya dah okay lah... Janganlah risau sangat..." Pujuk D.
Ya... Dia sudah kembali pulih semula setelah mengalami kesengsaraan hampir 10 minit tadi.
"Tapi... Apa dah jadi dekat awak sampai awak boleh jadi macam tu tadi?" Tanya Melaynie keliru.
Ya... Dia masih keliru dengan apa yang terjadi pada D sebentar tadi.
D menjungkit bahu tanda tidak tahu juga apa yang terjadi dengan dirinya tadi.
"Saya pun tak tahu, Laynie... Apa yang terjadi dekat saya tadi... Saya rasa macam dada saya tiba - tiba sakit... Lepas tu... Tubuh saya rasa macam tak bermaya... Saya jadi lemah tiba - tiba..." Terang D satu persatu.
Ya... Itu yang berlaku pada dirinya sebentar tadi.
"Pelik... Selama ni... Tak pernah terjadi macam tu..." Ujar Melaynie dengan nada pelik.
Pelik lah...
Selama ni... Tak pernah lagi terjadi macam ni dekat D... Sekarang... Tetiba aje benda ni boleh terjadi pada lelaki ini...
Tiba - tiba dia teringat akan sesuatu!
"Awak ada rasa pelik tak masa awak kena macam tu tadi?" Soal Melaynie tiba - tiba.
"Rasa pelik? Maksudnya?"Soal D kurang mengerti.
Melaynie mengeluh sebelum menyambung ayatnya kembali.
"Tak... Maksud saya... Masa terjadi benda ni tadi... Awak ada rasa sesuatu yang pelik tak... Macam kena rasa renjatan eletrik ke..." Terang Melaynie.
Ya... Dia bertanya pada D ada sebab nya...
Kerana waktu dia melihat D dalam keadaan tidak bermaya tadi... Dia seperti melihat ada arus eletrik berada di serata tubuh D...
Dan dia syak yang kemungkinan...
Lelaki ini mengalami kejutan yang boleh mengakibatkan dia menjadi sakit secara tiba - tiba.
Tapi... Dia tidak tahu apa yang menyebabkan lelaki itu menjadi seperti itu...
"Saya tak rasa ada arus eletrik dekat tubuh saya... Yang saya rasa waktu tu... Dada saya tiba - tiba rasa sakit yang amat sangat..." Itu sahaja yang mampu D beritahu. Selebihnya, dia tidak tahu.
"Takpelah kalau macam tu... Awak rehatlah dulu... Saya nak turun kebawah kejap..." Putus Melaynie sebelum bangun dari tempat duduknya.
Belum sempat dia mahu melangkah ke muka pintu, suara menahan langkahnya.
"Awak tak sembunyikan sesuatu dari saya kan, Laynie?" Soal D curiga. Matanya tajam memandang wajah Melaynie yang kelihatan serba salah itu.
Riak serba salah pantas di kawal sebaik mungkin agar tidak jelas di pandangan mata D.
"Takdelah... Mana saya ada sembunyikan sesuatu dari awak... Selama ni... Ada ke saya sembunyikan sesuatu dari awak... Takde kan..." Pandai Melaynie memutar belit ayat nya.
Pandangan tajam D mula kelihatan kendur dan riak nya pula kelihatan seperti memikirkan sesuatu.
"Dahlah... Saya nak keluar ni... Oh ya, sebelum tu... Saya nak mintak maaf sebab dah berkasar dengan kelmarin... Saya mintak maaf..." Ucap Melaynie sebelum terus keluar dari ruangan biliknya itu tanpa menunggu jawapan dari D.
D nak maafkan ke atau tak kesalahan nya yang bermulut lancang tempoh hari... Terpulang pada lelaki itu...
Asalkan dia dah buat permohonan maaf...
D hanya memandang kelibat Melaynie yang sudah menghilang di balik pintu.
Kata - kata Melaynie tadi masih lagi terngiang - ngiang di telinganya.
Arus elektrik?
Apa kena mengena arus eletrik dengan tindakan refleks yang terjadi pada dirinya tadi?
Adakah Melaynie melihat sesuatu sewaktu dia berada dalam keadaan tidak bermaya tadi?
D mula menggaru kepalanya yang tidak gatal!
Dia mulai kebingungan!
Share this novel