BAB 16

Mystery & Detective Completed 11024

"MAMA!!! BABAH!!" Jerit Melaynie.

Dia tidak berdaya mahu menyelamatkan kedua - dua nya bila api semakin marak menjilat serata rumah.

Malah, tubuh kedua - duanya sudah dilihat tidak berkutik langsung. Kedua - dua tubuh orang tuanya juga dilihat penuh dengan darah merah!

Telinganya mula menangkap derap langkah seseorang mendekati dirinya.

"Mari keluar dari sini! Bahaya!"

Serasa tubuh kecil nya di tarik kasar sebelum di gendong dari rumah itu.

Melaynie mendongak untuk melihat wajah orang yang menyelamatkan dirinya tadi.

Belum sempat wajah lelaki itu di lihat teliti,

Buk!!

Satu pukulan hingga di belakang kepala lelaki itu menyebabkan mereka berdua tersungkur di atas tanah.

RING!!! RING!!!

Terbuka luas mata Melaynie bila bunyi jam penggera mula kedengaran.

Dia bingkas bangun dan terus duduk bersila di atas di katil.

Nafasnya tercungap - cungap!

Terasa basah belakang bajunya saat ini! Malah, serata mukanya juga penuh berkeringat!

Dia mula memikir sejenak.

Mimpi?

Ya... Sejak dua tiga hari ni, dia asyik mimpi kan benda yang sama!

Seolah - olah dia turut berada di situ waktu itu!

Apa yang sebenarnya terjadi?

Kenapa mimpi itu kerap di alami?

"BARANG SEMUA Dah siap ke? Ada yang tertinggal tak?" Soal Fadri sekali kepada adiknya sebelum menutup bonet kereta.

Melaynie menggeleng kepala tanda tiada barang yang tertinggal dan semua barang sudah siap di letakkan di dalam bonet kereta.

"Okay..." Jawab Fadri sebelum menutup bonet kereta.

Selesai bab barang, kedua - dua nya terus meloloskan diri ke dalam perut kereta.

Hari ini, mereka dua beradik dalam perjalanan pulang ke kampung halaman arwah ibu mereka.

Senang cerita, Kampung nenek mereka, Nek Esah!

Nek Esahkan ibu kepada arwah mama mereka, Puan Elda...

Dan arwah Puan Elda pula adalah satu - satunya anak kepada Nek Esah...

Nek Esah langsung tiada anak yang lain... Hanya pada Fadri dan Melaynie sahaja keluarga yang wanita separuh abad itu ada setelah kematian Puan Elda dan Encik Yusra...

Puan Elda dan Encik Yusra merupakan pasangan guru dan pensyarah di salah sebuah sekolah menengah dan institusi pengajian di bandar besar...

Skip dulu pasal kisah keluarga mereka ni!

Sekarang fokus pada perjalanan kedua beradik ini...

Dari tadi, wajah tidak bermaya Melaynie asyik menjadi tatapan abangnya...

Walaupun kes perang dingin mereka sudah berlalu minggu lepas dan sudah berbaik semula, wajah muram gadis ini masih lagi membuatnya risau.

"Adik..." Panggil Fadri.

Melaynie tidak menyedari panggilan abangnya itu. Dia masih lagi ralit memandang keluar tingkap.

Bukan Fadri seorang sahaja yang menyedari perubahan Melaynie ini, D juga turut perasan akan perubahan gadis itu.

"Adik..." Sekali lagi Fadri memanggil adiknya.

Seperti tadi juga, Melaynie masih lagi melamun memandang luar tingkap. Telinganya langsung tidak dengar akan panggilan abangnya itu.

"Melaynie!"

Tersentak Melaynie bila Fadri menyeru namanya dengan sedikit keras.

Pandangan nya pantas di kalih menghadap Fadri.

"Abang Fad panggil Laynie ke tadi?" Tanya Melaynie blur.

Menepuk dahi D melihat tingkah Melaynie yang sedikit bengong itu.

"Laynie dah kenapa ni? Ada masalah ke? Dari tadi abang Fad panggil langsung tak jawab..." Tegur Fadri.

Wajah Melaynie yang berada di sebelah di kerling sekilas sebelum kembali fokus pada pemanduan nya.

Menggeleng laju kepala Melaynie bila di soal begitu.

" Laynie takde apa - apa pun... Laynie okay aje... "Dalih Melaynie.

" Yeke takde apa - apa? Abang Fad perhati tadi Laynie melamun jauh aje... Laynie ada masalah ke..." Soal Fadri prihatin.

Yelah... Mana tahu ada masalah dekat sekolah ke... Boleh lah dia pergi sekolah untuk settlekan...

"Betul... Laynie okay aje..." Putus Laynie yakin.

"Okay... Kalau Laynie dah kata macam tu..."

Dah adiknya berkata begitu, dia mengiyakan saja... Walaupun dalam hati masih lagi risau dengan keadaan Melaynie itu!

Takpelah... Bagi adiknya masa dulu...

Kalau Melaynie dah bersedia bercerita nanti, barulah dia akan tolong!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience