WAJAH MELAYNIE yang terbaring lesu di atas katil itu di pandang lembut.
Syukurlah, kecederaan yang dialami oleh adiknya ini tidak serius dan hanya mengalami luka koyakan di luar kepala sahaja. Hanya kesan hentakan sahaja yang membuatkan kepala gadis itu mengalami gegaran kecil. Tetapi itu tidak memudaratkan kesihatan mental Melaynie.
Dan sekali lagi syukur pada Tuhan, sahabatnya, Darrel akhirnya melepasi tahap kritikal dan sekarang sudah sedar dari koma nya yang panjang.
Menitis air mata lelaki nya bila mendapat tahu perkhabaran itu lewat panggilan telefon yang dibuat oleh Tuan Duan ketika dia dalam perjalanan ke hospital yang menempatkan sahabatnya itu.
Dan lelaki pertengahan umur 50 - an itu juga turut menyuruh dirinya untuk berpatah balik ke hospital yang menempatkan adiknya kerana hal berkaitan Darrel akan di uruskan sendiri oleh dirinya.
Dan sekarang, dia sudah pun terpacak di hadapan adiknya.
Tangan kecil Melaynie dicapai lalu di genggam erat.
"Maafkan abang Fad sebab tak jaga Laynie dengan baik... Abang Fad harap... Laynie tak benci kan abang Fad... Cepat sembuh ya sayang..." Ucap Fad perlahan sambil kepala adiknya yang berbalut itu di usap perlahan.
Hanya dia dan adiknya sahaja tinggal.
Nek Esah sudah di suruh pulang awal kerana dia khuatir kan kesihatan nenek nya tidak berapa baik sejak kebelakangan ini.
Wajah adiknya yang pucat itu di renung lagi.
Kisah yang diceritakan oleh Nek Esah sebelum terjadi nya kemalangan ini membuatkan Fadri mengeluh perlahan.
Rasa bersalah mula menghimpit hati.
Dia tiada niat pun mahu merahsiakan perkara itu dari pengetahuan adiknya.
Dia dia merahsiakan perkara itu pun bersebab!
Dan sebab itu, biarlah menjadi rahsianya... Ada masa yang sesuai nanti... Dia akan beritahu sebabnya pada Melaynie...
Dia berharap... Terbitnya hari esok atau hari yang mendatang... Hanya kebahagiaan Melaynie sahaja yang dia mahu kan... Itu sahaja harapannya...
KEESOKAN HARINYA, Fadri terlewat sedikit sampai di hospital gara - gara kereta nya mengalami kerosakan kecil.
Penyudahnya, dia meninggalkan kereta di bengkel dan menaiki teksi menuju ke hospital.
Dan dalam perjalanan ke hospital, pihak hospital menelefon dirinya menyatakan Melaynie sudah mula sedarkan diri.
Alangkah gembiranya bila mengetahui keadaan adiknya.
Dan sekarang, dia sudah tidak sabar mahu menemui adiknya itu.
RASA GEMBIRANYA tadi mulai memudar bila melihat tingkah Melaynie yang langsung tidak mahu menoleh ke arah dirinya. Sebaliknya, membelakangi dirinya pula.
"Adik... Abang ada belikan makanan ringan untuk adik... Abang letak atas meja ni ya.." Ujar Fadri dengan nada prihatin.
Beg plastik yang berisi sedikit barang makanan untuk adiknya dalam perjalanan ke hospital tadi di letakkan di atas meja kecil bersebelahan katil adiknya.
Melaynie tidak menjawab.
Tubuhnya dan wajahnya masih lagi mengiringi membelakangi tubuh abangnya.
"Adik kalau nak apa - apa ke... Abang Fad boleh ambilkan..." Fadri masih lagi berusaha memenangi adiknya untuk berbual dengan nya.
Melaynie masih seperti tadi lagi... Hanya terbaring mengiringi sahaja tanpa mahu berminat dengan perbualan abangnya.
"Adik... Kalau ada masalah... Adik boleh aje bagitau abang Fad... Abang Fad mendengarnya..." Fadri masih lagi berusaha untuk menarik perhatian adiknya.
Dan Melaynie hanya diam membatu sahaja.
Cecehan abangnya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri!
"Takpelah kalau macam tu... Adik rehatlah... Abang Fad keluar dulu... Kalau Laynie nak apa - apa ke... Just panggilkan abang Fad aje... Abang Fad ada aje dekat luar..." Beritahu Fadri sebelum dia perlahan - lahan melangkah keluar dari bilik yang menempatkan adiknya.
Tak guna juga kalau dia masih menceceh di sini sedangkan adiknya diam membatu tanpa berminat mahu berbual dengan dirinya.
Kalau di paksa pun, takut akan memudaratkan tahap kesihatan adiknya pula...
Jadi... Dia membuat keputusan untuk keluar dari situ...
Untuk memberi sedikit ruang kepada adiknya untuk bersendirian...
Share this novel