SILAUAN LAMPU KENDERAAN DAN JUGA siren kereta polis membuatkan Sir Hardie pantas menoleh ke hadapan.
"Lepaskan senjata anda sekarang!" Kedengaran suara Darrel memberi arahan pada Sir Hardie. Melaynie pula sudah tidak mampu untuk mendengar apa - apa lagi. Darah yang membuak keluar dari bekas luka tembakan Sir Hardie tadi semakin banyak sehingga memenuhi pakaian hospital yang dipakai.
Sir Hardie tidak mengendahkan arahan Darrel sebalik muncul pistol masih lagi di tala ke arah Melaynie. Picu sudah mahu di tarik tetapi tidak kesampaian bila satu das tembakan yang lepaskan oleh Fadri tepat mengenai lengannya.
Dia jatuh terlentang ke belakang sebelum senjata api yang berada di tangan di terlepas.
Darrel dan yang lain terus berlari laju menuju ke arah Sir hardie sebelum di tangan si psikopat itu di gari ke belakang. Terjerit kesakitan sir Hardie bila tangan yang terkena tembakan tadi di perlakukan kasar sebegitu.
Fadri pula pantas menghampiri ke arah adiknya yang tersungkur kembali ke atas tanah.
"Adik! Laynie!" Tubuh kecil gadis itu pantas di paut ke dalam dakapan. Wajah nya semakin cemas melihat luka yang di alami oleh adiknya itu.
"Harith, abang Fad... Harith.." Sebut Melaynie perlahan sebelum dia terkulai tidak sedarkan diri dalam dakapan abangnya.
Tanpa bertangguh, tubuh kecil molek milik Melaynie di gendong dan terus menuju ke arah pasukan paramedik yang baru sampai.
"Adik... Bukak mata adik... Please... Bukak mata..." Tak putus - putus Fadri memanggil adiknya. Pasukan paramedik bertungkus lumus melakukan penyelamatan kecemasan pada Melaynie. Fadri di beri kebenaran untuk mengikuti Melaynie sebelum siren ambulans kendalian pasukan paramedik meninggalkan kawasan tersebut.
Sir Hardie sudah dibawa ke balai melalui kereta peronda polis dengan di temani oleh Wadi. Manakala Darrel dan Bob berada di tempat kejadian.
"Tuan!!" Anggota bawahan Darrel mula menyeru nama lelaki itu.
"Kami temui satu tubuh manusia dengan kesan tikaman dan juga luka tembakan di dalam sana.." Beritahu anggota bawahan itu.
Darrel mengangguk mengerti sebelum berjalan laju menuju ke arah kawasan itu dengan di ekori oleh Bob dari belakang.
KEDUA - DUA NYA SUDAH TERKELU MELIHAT tubuh Harith yang sudah tidak bernyawa di situ. Pasukan Forensik sedang sibuk membuat tugas masing - masing. Darrel memeriksa keadaan mayat Harith itu. Tiga kesan tikaman bahagian abdomen dan satu di bahagian belakang. Dan kesan tembakan di dada sebelah kiri dan kanan lelaki itu.
"Kami anggarkan yang mangsa ini meninggal di sebabkan pendarahan yang teruk..." Salah satu anggota Forensik mula bersuara.
"Kalau dia tak di tembak mati, mungkin dapat di selamatkan.." Ujar ahli Forensik itu lagi.
Darrel dan Bob hanya mampu mengeluh sahaja mendengar ulasan ahli Forensik itu. Ahli Forensik yang berbual dengan mereka berdua tadi kembali melakukan tugasnya bila salah satu rakannya mula menggamit ke arahnya.
Tubuh kaku Harith di perhati lagi buat kali terakhir sebelum tubuh kaku itu di bawa pergi oleh anggota polis.
Tak sangka, begitu sekali pengakhiran lelaki ini.
Setelah usai dengan semuanya, dia bergegas menuju ke hospital Manakala Bob pula terus mengekori land rover yang membawa MAYAT Harith.
WAJAH LESU DAN CEMAS FADRI terpapar di ruang mata sebaik sahaja dia sampai di hospital. Kelihatan lelaki itu gelisah sekali. Rambut dan mukanya di raup perlahan.
"Fad.."
Seru Darrel sebaik sahaja sampai di sisi rakannya.
"Melaynie macam mana?" Soal Darrel pada sahabatnya ini.
"Dia masih dekat dalam.." Ujar dengan Fad dengan suara yang tidak bermaya. Wajah bimbangnya masih lagi bergayut.
"Kau sabar okay... Laynie takkan apa - apa..." Pujuk Darrel sambil mengusap bahu rakannya. Fadri tidak menjawab. Matanya masih lagi terpaku pada pintu bilik pembedahan di hadapan.
HAMPIR 3 JAM, BARULAH operasi pembedahan yang dilakukan pada Melaynie di hentikan. Fadri bergegas bangun sebaik sahaja pintu bilik pembedahan di buka. Darrel dan kedua - dua orang tuanya turut menghampiri doktor yang merawat Melaynie itu. Ooo... Tuan Duan dan Puan Erny juga turut berada di situ.
"Macam mana keadaan adik saya, doktor?" Tanpa bertangguh, Fadri terus menyoal pada inti patinya.
"Adik encik tiada apa - apa.. Peluru langsung tidak kena pada organ dalaman ...Cuma ada sedikit pendarahan pada tisu lembut dan saraf luar. Mujur juga dia cepat dibawa ke hospital. Kalau lambat sedikit saja, mungkin keadaannya jadi lebih teruk," jelas doktor itu dengan wajah tenang namun serius.
Fadri menghela nafas lega. Dia hampir terduduk kalau tidak disambut oleh Darrel di sisi.
"Syukur... syukur sangat..." Puan Erny menekup mulutnya, air mata syukur mengalir perlahan di pipi.
"Jadi, bila kami boleh tengok dia?" soal Tuan Duan pula, nadanya tenang tapi jelas kedengaran getaran kerisauan di sebaliknya.
"Buat masa sekarang, dia masih belum sedar sepenuhnya. Kami akan pindahkan dia ke wad pemulihan sekejap lagi. Mungkin Encik dan Puan boleh tengok dia selepas itu," balas doktor.
Darrel menepuk bahu Fadri perlahan.
"Yang penting, dia selamat. Kita tunggu dia sedar nanti."
Fadri hanya mengangguk, namun hatinya masih diselubungi resah. Dia tahu, walaupun tubuh Melaynie terselamat… namun luka yang tak kelihatan mungkin akan lebih parah daripada yang disangka.
SETELAH MEMASTIKAN adiknya telah di letakkan di wad pemulihan, Fadri kembali terpunduk lemah di ruang menunggu. Puan Erny dan Tuan Duan sudah di hantar oleh pemandu yang di upah oleh Darrel. Sementara Darrel pula berada di kafeteria untuk membeli sedikit makanan dan minuman.
"NAH..." Botol berisi air mineral dan juga sebungkus roti di hulur ke pada Fadri. Fadri menyambut kedua - duanya dan terus di letakkan di sisinya. Dia masih tidak ada selera mahu menikmati makanan ringan itu.
"Aku tak tahu macam mana reaksi Laynie kalau dia sedar nanti.." Keluh Fadri.
Ya.. Fikirannya sekarang serabut dengan sebarang kemungkinan akan terjadi kalau Melaynie tahu yang Harith sudah tiada.
Darrel tidak menjawab. Dia hanya membatu sahaja. Sejujur nya, dia pun turut risau dengan kemungkinan ini nanti.
"Tapi aku tak sangka, Harith sanggup korban kan nyawa nya untuk selamtkan adik aku.. Sebab tulah Laynie sayang sangat dekat dia.." Tersengih sinis Fadri saat mengingati memori itu. Tetapi tidak pada Darrel.
Hatinya bagai di tusuk dengan belati bila Fadri menyebut soal Harith dengan Melaynie. Aura cemburunya mula menguasai hatinya. Walaupun lelaki itu sudah tiada, tetapi kebaikan yang di lakukan oleh lelaki itu di saat akhirnya membuatkan rasa sakit mula mencengkam hatinya.
"Kau duduk dulu lah... Aku nak ke tandas kejap..." Ujar Darrel sebelum berlalu pergi menuju ke arah tandas.
Darrel hanya memerhati sahaja kelibat Fadri yang sudah menghilang sebelum keluhan di lepaskan.
Melaynie... Melaynie...
Nama gadis itu mula bergaung di hatinya.
Akar cinta mula memutik di hati...
Share this novel