SLASSSSHHH!!
Terpejam mata Fadri saat fail berwarna hitam itu melayang ke arah wajahnya.
"Apa benda ni, Fadri? Apa benda ni?" Jerkah Tuan Jadin Falak atau mesra di panggil Tuan Jadin kepada Fadri. Dia adalah salah satu atasan Fadri and the geng dan merangkap ketua mereka dalam mengendali kes berprofil tinggi!
Melorot tajam matanya memandang wajah Fadri yang sedang menunduk di hadapan nya ini.
"Kau tau tak... Kes ni dah hampir dua minggu terjadi... Tapi apa yang korang buat... Langsung takde perkembangan tau tak!" Jerkah Tuan Jadin lagi.
"Maafkan kami semua Tuan... Kami janji... Kami akan buat yang terbaik..." Itu sahaja yang dapat di jawab oleh Fadri ketika ini.
Selebihnya... Otak nya sudah buntu mahu menjawab soalan di hadapan lelaki ini...
Padahal...
Di antara mereka berempat... Dia yang paling suka membantah apa yang Tuan Jadin kemukakan... Tapi kali ini... Hanya tundukkan sahaja pada lelaki ini...
"Aku tak nak janji korang! Yang aku nak... Selesaikan kes ni cepat... Itu yang aku nak!" Suara lantang Tuan Jadin bergema lagi.
Bukan di dalam ruang pejabat ini sahaja bergema suara singa Tuan Jadin... Sampai keluar suara singanya memarahi Team yang diketuai oleh Fadri...
Naik cuak muka Bob dan Wadi saat mendengar suara singa ketua mereka itu...
Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum kembali menatap ke arah pintu pejabat Tuan Jadin yang tertutup rapat.
"Kau tau tak, Fadri... Kes ni dah buat semua orang gelisah tau tak! Pembunuh yang membunuh kedua - dua mangsa ni belum dapat di tangkap! Kau rasa... Apa pandangan pihak luar pada kalau kita lembab nak selesaikan kes ni... Diorang akan pandang serong dekat kita Fadri! " Amuk Tuan Jadin lagi.
Hatinya yang sedia panas dengan berpuluh - puluh panggilan yang di buat dari pihak luar ke balai mereka semakin panas bila kes yang sepatutnya dapat diselesaikan secara cepat menjadi semakin perlahan.
Fadri masih lagi seperti tadi...
Hanya mendiamkan diri sahaja...
"Dah... Aku dah tak larat nak bazir kan air liur aku ceramah kan kau lagi... Dah keluar..." Halau Tuan Jadin selamba pada anak buahnya. Fadri menunduk hormat pada ketua nya sebelum berpaling dan terus melangkah pergi dari situ...
"Sebelum itu... Aku nak pesan sesuatu... Jangan bertindak terburu - buru dalam kes ni... Kalau kau bertindak terburu - buru... Padah yang akan menyusul faham!" Pesan dari ketuanya membuatkan langkah Fadri terhenti.
Dia kembali berpaling ke belakang.
"Apa maksud Tuan ni?" Soal Fadri dengan kerutan di dahinya.
Tuan Jadin hanya tersenyum sinis sebelum memberi isyarat Fadri untuk keluar dari ruang pejabatnya.
Fadri yang mahu tahu soal itu lebih lanjut tidak kesampaian bila melihat pandangan tajam si bapak singa ini menikam wajahnya.
Sekali lagi Fadri menunduk hormat sebelum dia bergegas keluar dari pejabat ketuanya ini.
Nafas di hela keras bila kelibat Fadri sudah menghilang.
Dia termenung sejenak sambil memikirkan sesuatu.
Getaran telefon pintarnya di atas meja yang menandakan notifikasi mesej masuk menyentak lamunannya.
Telefon pintar itu di capai.
Aplikasi WhatsApp di buka.
Mesej dari Tuan Duan.
"Kau ada masa petang ni... Aku nak jumpa kau... Ada sesuatu yang aku nak bagitau kau" - Tuan Duan -
"Okay... Jumpa di tempat biasa" - Jadin -
Telefon di tutup sebelum dia kembali menyambung menungannya.
"KAU OKAY tak ni bro?" Soal Bob dengan nada teragak - agak.
Fadri yang mendengar soalan rakannya itu hanya mengangguk perlahan sahaja.
"Kitorang minta maaf dekat kau Fad sebab tak cari bukti dengan betul - betul... Tak pasal - pasal kau kena maki percuma aje dengan bapak singa tu!" Ujar Wadi dengan riak bersalah.
Yelah... Disebabkan team diorang kekurangan bukti... Tak memasal Fadri yang menjadi mangsa amukan si singa jadian itu!
Perbualan mereka terhenti seketika bila derap langkah seorang pegawai bawahan berhenti di ruang kerja mereka.
"Tuan Fadri... Ada seorang wanita yang ingin berjumpa dengan tuan..." Pegawai bawahan yang berpangkat konstabel itu menyampai kan pesan pada Fadri.
Tercelik terus mata Fadri saat telinganya mendengar pesanan pegawai yang berpangkat konstabel ini.
"Seorang wanita... Siapa?"
"Saya tidak pasti tuan... Tapi wanita itu memberitahu saya yang dia ingin berjumpa tuan berkaitan dengan kes pembunuhan pelajar perempuan dua minggu lepas..." Ujar anggota itu lagi.
Hampir terlompat kedua - duanya sahabatnya ini bila Fadri secara tiba - tiba bangun mendadak dari tempat duduknya.
"Dekat mana dia sekarang?" Soal Fadri kurang sabar.
"Dia ada di ruang menunggu..."
Tanpa sempat pegawai itu mahu menghabiskan ayatnya, Fadri sudah menonong keluar dari ruang kerjanya. Langkah nya di atur laju menuju ke ruang menunggu.
"Terima kasih, konstabel Santi..." Ucap Wadi sebelum dia dan Bob bergegas mengikuti langkah Fadri yang sudah pun menjauhi di hadapan.
Haih... Mamat dingin ni!! Tak menyempat langsung! Dahlah galah panjang! Rungut Bob.
Tapi kan... Siapa perempuan yang nak sangat berjumpa dengan Fadri bersama team nya ni?
Adakah dia salah seorang saksi dalam kes pembunuhan dua pelajar perempuan yang di kendali oleh pasukan Fadri ini?
Hmm... Suspen jugak ni...
Share this novel