HARI SUDAH MENGINJAK ke waktu malam tetapi Melaynie langsung tidak turun makan.
Sudah berkali - kali kepala nya di dongak ke arah pintu bilik adiknya tetapi hampa bila tiada langsung kelibat adik nya keluar dari bilik itu.
Nafas di hela sebelum dia menaiki anak tangga satu persatu menuju ke arah bilik adiknya.
Dia membatu seketika di hadapan pintu bilik Melaynie sebelum tangan di bawa ke dada pintu.
Tok! Tok!
Ketukan bergema.
"Laynie... Tak nak turun makan ke? Abang Fad ada sediakan makanan kegemaran Laynie tu..." Ujar Fadri dibalik pintu.
Dia menekap telinganya di dada pintu. Tiada tanda - tanda jawapan dari dalam bilik.
Rasa bersalah mula bersarang di dalam hati.
Tombol pintu cuba di pulas tetapi tidak berjaya bila pintu dikunci dari dalam.
" Laynie... Tolong bukak pintu ni... Nanti Laynie lapar macam mana..." Pujuk Fadri lagi.
Sama juga seperti tadi. Tiada sahutan dari dalam.
Fadri mengeluh sebelum bersuara semula.
"Takpe lah kalau macam tu... Kalau Laynie lapar... Abang Fad ada sediakan atas meja tu... Nanti Laynie makan ya..." Ujar Fad sebelum perlahan - lahan berlalu dari bilik adiknya itu.
Sebenarnya, dia berat hati mahu meninggalkan adiknya begitu. Tapi bila Melaynie sudah mula melancarkan pernah dingin dia, jadi terpaksa lah dia mengalah dulu...
Biarlah adiknya itu redakan dulu amarahnya...
Esok... Kita tengok pula macam mana moodnya...
KEESOKANNYA, pagi - pagi lagi Fadri sudah menyediakan sarapan buat dia dan adiknya.
Riuh suasana di dapur pagi itu dengan keletahnya dalam proses membuat sarapan.
"Haa... Dah turun pun adik abang... Meh sini... Kita sarapan sama - sama..." Beria - ria Fadri mengajak Melaynie untuk menyertai dia di meja makan bila perasan akan kelibat adiknya di yang sedang menuruni anak tangga.
"Takpelah... Laynie tak lapar lagi... Lagipun... Dah lewat ni nak pergi sekolah..." Ujar Melaynie dengan nada bersahaja.
Tak jadi Fadri mahu melabuhkan punggungnya di kerusi bila mendengar ayat adiknya itu.
"Ooo... Laynie nak pergi sekolah ke... Biar abang Fad hantarkan..."
Melaynie buat endah tak endah sahaja dengan ayat abang nya sebelum berlalu menuju ke pintu utama.
Tingkahnya itu menjadi tatapan D yang sejak tadi memerhati dari tingkat atas.
Kemudian, mata beralih pada Fadri yang sedang terburu - buru mengekori langkah adiknya dengan bekalan di tangan.
Menggeleng kepala D melihat tingkah kedua - dua beradik ini!
Perbualan nya dengan Melaynie malam tadi mula menjengah ruang mindanya.
IMBAS KEMBALI...
"Awak tak lapar ke Laynie? Sampai bila awak nak mogok macam ni? Tak kesian ke dekat abang awak tu..." Tegur D bila melihat Melaynie kelihatan santai sahaja di atas katil dengan selimut tebal membungkus serta tubuhnya.
Melaynie tidak menyahut.
Dia masih lagi berselubung di dalam selimut tebalnya.
" Melaynie... "Seru D lagi.
Melaynie seperti tadi lagi. Langsung tidak menyahut.
" Melaynie!!! " Nah! Tinggi dah suara si D ni menyeru nama Melaynie gara - gara naik geram dengan tingkah si gadis yang masih lagi dengan lagak keras kepalanya.
Melaynie mendengus sebelum selimut yang menyelubungi tubuhnya di selak kasar.
"Apa awak ni D? Membebel tak habis - habis!" Sembur Melaynie bila tidak tahan dengan mulut D yang asyik menyeru dirinya sejak tadi.
Dijeling tajam wajah D yang berada dekat di sisinya.
"Hei... Saya bukan saja - saja tau nak membebel dekat awak... Tapi... Perangai awak tu... Cubalah hadam sikit apa yang abang awak cuba buat untuk awak tu..." Tegur D lagi.
"Tak perlu pun awak nak masuk campur hal saya dengan dia!" Balas Melaynie semula.
"Memang saya takde hak nak masuk campur hal awak dengan abang awak... Tapi... Ni berkaitan dengan keselamatan awak juga... Cuba lah jangan keras kepala sangat!" Tegur D lagi.
Berasap telinga Melaynie mendengar teguran demi teguran keluar dari mulut si hantu rayau ni!
" Awak tak payah sibuk lah hal saya... Lebih baik awak pergi dari sini! Menyemak aje! " Halau Melaynie selamba sebelum membungkus kembali tubuhnya dengan selimut.
Mengeluh keras D melihat tingkah Melaynie yang keras kepala ini!
"Awak fikirkanlah apa yang saya cakapkan tadi... Selebihnya... Awak nilaikan sendiri... Awak dah besarkan... Boleh fikir mana yang baik, mana yang buruk..." Itu sahaja yang mampu di nasihatkan sebelum dia menghilangkan diri dari bilik Melaynie itu.
IMBASAN PADA HARI SEMALAM terhenti bila bunyi kereta Fadri sudah mula meninggalkan perkarangan rumah.
Haraplah si Melaynie tu hadam apa yang dia cakap kan semalam...
Sejenak dia terfikir perihal tentang Fadri...
Sejak dari awal dia mengenali lelaki itu, Fadri dilihat terlalu melindungi adiknya ini...
Ya... Dia tahu... Mana -mana orang yang pun... Kalau dah berpangkat abang atau saudara lelaki... Mesti akan lindungi dan jaga saudara perempuannya dengan baik selain dari bapa sendiri...
Tapi... Dalam kes Fadri ni lain...
Dia perasan, Melaynie nak kemana - mana pun akan beritahu lelaki itu dahulu... Dan setiap lima minit... Fadri akan menelefon adiknya kecuali di sekolah...
Apa yang Fadri sembunyikan sehingga terlalu menjaga pergerakan adiknya ini...
Arghh!! Kau ni D!
Tak payahlah nak cara hal orang!
Lebih baik kau fokus pada masalah kau yang tiada kesudahan ini!
Bantu Melaynie cari identiti kau lagi baik dari kau sibukkan hal orang!
Share this novel