BAB 34

Mystery & Detective Completed 11024

SERBA TAK kena Melaynie bila kelibat Darrel berada di rumah nya ini!

Dan paling memeningkan kepala nya, Fadri dengan sengaja meninggalkan si Darrel di rumah ini bersama dirinya. Alasan Fadri, tak elok membawa Darrel bersama yang masih dalam tempoh tidak sihat ke pasaraya untuk membeli barang dapur!

Ceh! Alasan tak masuk akal sungguh!

Penyudahnya, macam dah diserang garuda suasana rumah sekarang bila di tinggal berdua dengan si Darrel ni!

MELAYNIE MENJENGUK KEPALA nya keluar rumah...

Jam handphone di kerling!

Aduhai! Mana pulak abangnya pergi ni!

Kata tadi sekejap aje nak beli barang... Ni dah nak dekat sejam... Masih lagi tak muncul - muncul!

Tu perihal si Fadri! Ni perihal si Darrel pulak! Dari tadi langsung tak nampak kelibat mamat beku tu!

Dia sengaja meninggalkan si Darrel terkontang - kanting sendirian diruang tamu tadi!

Malas nak beramah - tamah!

Karang di cop pulak perempuan tak tahu! Terhegeh - hegeh padahal orang tak sudi pun!

Serik dah dia dengan kejadian tahun lepas!

Dah... Skip pasal tu!

Kelibat Darrel di cari lagi!

Mungkin ada dekat bilik kerja Fadri kot! Kalau betul ada dekat situ, syukur lah!

Tak perlu lagi nak cari kelibat mamat tu!

Tanpa memeriksa bilik kerja abangnya, Melaynie pamtas menaiki anak tangga dan terus menuju ke arah bilik nya.

Tombol pintu bilik di pulas dan...

"Arghh!!"

Terjerit kecil Melaynie bila melihat kelibat Darrel berada di dalam sebaik sahaja pintu biliknya di buka dari luar.

"Apa yang awak buat dekat bilik saya ini!!" Hampir melengking suara Melaynie menyoal bila melihat Darrel dengan selambanya berdiri tegak di tengah - tengah biliknya itu.

Darrel tidak menjawab soalan gadis itu sebaliknya hanya berdiri tegak sahaja sambil matanya melilau melihat persekitaran bilik gadis ini.

"Tak berubah sikit pun bilik ni!" Komen nya selamba.

Hampir jatuh rahang Melaynie mendengar komen lelaki itu.

"Encik Darrel! Tolong keluar dari bilik saya sekarang... Tak manis lah main terjah masuk bilik anak dara orang macam ni!" Pinta Melaynie dengan suara yang di kawal sebaik mungkin!

Darrel tak mengendahkan arahan Melaynie. Dia masih lagi mengitari bilik gadis itu lagi!

" Not bad jugak kau ni rupanya... Pandai jugak kau kemas bilik kau! Kalau dulu... Macam sarang tikus aku tengok!"

Darah mula menyerbu naik ke muka Melaynie bila di perli sebegitu oleh Darrel ini! Mamat ni karang! Ada jugak makan kaki ni karang!

"Encik Darrel! Saya bagi awak last warning! Tolong keluar dari bilik saya... Sekarang!!" Tanpa di tahan, suara Melaynie mula naik seoktaf.

Darrel hanya tersenyum sinis sahaja mendengar nada suara Melaynie itu. Dia berpaling sebelum melangkah perlahan menuju ke arah Melaynie yang masih berdiri tegak di tepi pintu.

Wjaah tegang si gadis di perhati sebelum dia bersuara.

"Calm down... Jangan tegang sangat muka tu! Nanti cepat tua!" Perli Darrel lagi!

"Oh ya! Sorry sebab terjah masuk bila kau macam ni... Tapi... Adilkan jugakkan sebab kau tiba - tiba peluk aku dekat hospital duku... Jadi sekarang kita... Seri... 1-1..." Ujar Darrel bersama senyuman sinis nya lagi sebelum melangkah keluar dari bilik gadis ini.

Wajah tegang Melaynie bertambah tegang bila ayat Darrel singgah di telinganya!

Sekali lagi darah menyerbu naik ke muka bila terkenangkan peristiwa setahun lepas!

Arghhh!!!

Sakitnya hati!!!

Tak guna punya hantu rayau!!!

Seri... 1-1

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience