BAB 36

Mystery & Detective Completed 11024

PAGI - PAGI lagi Melaynie sudah mula menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

Wajah kusutnya dibiarkan sahaja.

Alah... Buat apa nak melawa! Dalam rumah aje kot! Bukan nya dia nak ke mana - mana pun! Kelas hari ni pun, pensyarah batalkan!

Nak keluar, si Harith pulak ada hal!

Jadi, jalan terbaiknya... Stay aje dekat rumah!

Boleh lah dia sambung tarik selimut balik nanti! Hahaha!

Bau semerbak masakan dari arah dapur mula menusuk ke dalam hidung nya.

Jam di dinding di kerling!

Pukul 8 pagi!

Aik! Tak pergi kerja ke abang Fad ni! Siap buat sarapan lagi!

Dalam kehairanan, langkah nya mula di atur menuju ke arah dapur.

Alang - alang si Fadri ni ada dekat dapur sekarang, boleh lah dia bodek sikit abangnya ini! Hahaha!!

Sengih nakalnya mula kelihatan sebelum kakinya mula me langkah menuju ke arah tubuh abang nya yang sedang sibuk menggoreng nasi di atas dapur.

"Abang Fad..." Seru Melaynie dengan suara manjanya.

"Boleh tak... Laynie mintak duit sikit... Laynie ada nak beli barang petang ni... " Pinta Laynie dengan suara manjanya.

Lengan sasa milik abangnya di paut dengan manja sekali.

Tingkah lelaki yang sedang menggoreng nasi itu terhenti bila terasa lengannya di paut manja.

" Laynie nak beli apa? " Suara garau itu mula bersuara.

Tersungging senyuman di bibir nya sebelum menjawab,

"Laynie nak beli..." Belum pun ayat nya dihabiskan, dahinya mula berkerut.

Eh? Kenapa suara abang Fad lain macam ni?

Abang Fad sakit tekak ke?

"Laynie nak beli apa?" Suara garau itu bergema lagi.

Jantung Melaynie mula tidak sekata iramanya saat telinganya menangkap suara yang agak familiar itu!

Kenapa aku dengar suara lelaki tu?

Takkan lah...

Pantas kepalanya di dongak menghadap orang yang di sangka 'abangnya' tadi.

Kan... Nah!!!

Hampir tersembur biji matanya bila wajah tanpa riak milik Darrel menghiasi pandangan mata nya kini!!

"A... Aw.. Awak??" Soal Melaynie dengan nada tersekat.

Darrel??

Dia buat apa dekat sini??

"Laynie... Apa yang kau dah buat tu??" Suara keras milik Fadri mengejutkan dia yang sedang ralit memandang wajah Darrel tadi.

Pantas wajah nya di paling ke arah wajah Fadri yang sudah tajam menikam memandang dirinya.

Sejenak dia ber fikir sebelum matanya membulat kembali.

Pandangan nya kembali di tala ke arah dirinya dengan Darrel saat ini.

Menyerbu naik darah di muka bila melihat pakaian yang dikenakan pagi ini!

T - shirt putih sedikit sendat bersama seluar pendek hitam paras paha!

Yang tak boleh tahan nya...

Tangan dia siap paut manja di lengan Darrel ini!

Oh my good!!!

Apa yang kau dah buat ni, Laynie!!!!

Omg... Laynie dah malu selautan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience