BAB 39

Mystery & Detective Completed 11024

IMBAS KEMBALI...

TIGA TAHUN LALU...

"Ma... Fad nak keluar ambik nenek dekat stesen bas... Mama nak ikut tak?" Soal Fadri sebaik sahaja sampai di ruang dapur.

Kelihatan Puan Elda sedang sibuk menyiapkan bahan masakan untuk makan malam mereka nanti...

"Tak... Kamu pergilah..."

"Babah mana, Ma... Tak nampak pun..." Kelibat bapa nya dicari.

"Babah ada dekat luar tu... Tengok pokok herba dia lah tu..." Omel Puan Elda lagi.

Fadri hanya tersengih mendengar omelan mamanya...

Mereka sudah sedia maklum dengan hobi Encik Yusra yang satu itu...

Sengihan terhenti bila teringatkan akan sesuatu!

"Laynie mana?" Soal Fadri lagi.

Matanya kembali meliar mencari kelibat adiknya pula.

Sejak dia pulang dari balai tengahari tengahari tadi...

Kelibat adiknya langsung tak kelihatan.

"Laynie keluar pagi tadi... Jumpa kawan katanya..." Balas Puan Elda. Tangan nya lincah mengacau adunan yang mahu di masak nanti.

"Jumpa kawan? Amboi... Dah pandai dah dia sekarang keluar rumah..." Sampuk Fadri tiba - tiba.

Perihal mengambil Nek Esah di perhentian bas dilupakan seketika... Fokus nya hanya pada perihal adiknya sekarang...

Wah! Bukan main lagi si Laynie sekarang... Kerap betul keluar rumah....

"Hish... Kamu ni Fad... Biarlah... Dia pun nak release tension jugak... Dia kan baru habis SPM..." Tukas Puan Elda.

"Tapi Ma..."

"Hai Ma... Hai abang Fad..."

Tak jadi Fadri mahu menyambung ayatnya bila suara ceria milik Melaynie muncul di ruang dapur itu.

"Balik dah pun dia..." Suara tegas milik Fadri terus mematikan senyuman ceria Melaynie dan diganti pula dengan wajah cemberut adiknya itu.

"Fad..."

Tegur Puan Elda bila melihat reaksi Fad pada adiknya.

"Dah... Fad pergi dulu... Nanti lama pulak Nenek tunggu dekat stesen bas tu..." Ujar Fadri.

Malas dia mahu berlama di situ...

Cakap lebih karang... Si adik ada back up kuat!

Baik dia blah dulu!

"Yelah... Bawak kereta elok - elok..." Pesan Puan Elda pada anak lelakinya.

Fadri hanya membuat tanda okay sahaja sebelum tubuh nya mula menghilang di pintu utama.

"Yang kamu ni pulak... Kenapa tercegat lagi dekat sini... Pergi naik atas mandi..." Giliran Melaynie pula mendapat dari Puan Elda.

Tadi cakap back up kuat!

Last - last mendapat jugak... Hahaha!

Melaynie hanya membuat muka sahaja sebelum dia melangkah laju menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

Tergeleng kepala Puan Elda melihat perihal anak bongsu nya ini...

Dia kembali menyambung kerjanya tadi...

Sekali lagi pekerjaannya terganggu bila suara Encik Yusra memanggil dirinya...

"KAMU NI Fad... Buat susah - susah aje ambik nenek dekat stesen bas ni... Nenek boleh aje naik teksi ke rumah mama dan babah kamu... Bukannya jauh pun stesen bas ni nak ke rumah mama dan babah kamu tu..."

Sebaik sahaja mereka berdua berada dalam perut kereta, mulut Nek Esah mula membebel...

Fadri hanya menyengih sahaja mendengar bebelan nenek kesayangan nya ini...

"Alah Nek... Buat apa cakap macam tu... Kebetulan Fad cuti hari ni... Tu yang Fad boleh ambik nenek dekat sini..." Balas Fad.

Tali pinggang dipakai... Gear di masuk sebelum kereta mula bergerak keluar dari kawasan stesen bas itu.

"Nenek bukan apa... Nenek tak nak susahkan kamu semua... Asalkan nenek nak datang rumah korang... Mesti korang akan ambik... Biarlah nenek berdikari sendiri pulak..."Jawab Nek Esah pula.

Baginya...

Biarlah dia buat sendiri dari menyusahkan anak dan cucunya ini...

Bukan apa...

Buatnya anak dan cucu nya ini ada kerja hendak di buat... Tak ke nanti menyusahkan mereka pula...

"Dah Nek... Tak payah cakap macam tu lagi... Sekarang... Waktu kita nak happy... Cepat.. Bagitau Fad... Nenek nak pergi mana nak beli barang untuk mama dan babah..." Putus Fad laju sebelum Nek Esah melarat lagi nanti.

"Pandai ya kamu nak tukar siaran..." Perli Nek Esah.

Fad hanya sengih tayang gigi sahaja.

Itu sahaja modal si Fad bila kena bebel dengan Nek Esah!

Belum sempat Nek Esah menjawab, telefon pintar milik Fadri berdering menandakan panggilan masuk.

Fad pantas menyumbat Earbuds ke lubang telinganya...

Ikon hijau di skrin dileret laju.

"Helo Rel... Ada apa?"

"Aku dah otw ke rumah kau ni... Kau ada dekat rumah tak tu..."

Suara Darrel, sahabat Fadri di talian sebelah mula bergema bertanya.

"Aku kat luar ni... Jemput nenek aku dekat stesen bas... Kau nak terus gerak ke rumah aku ke... Kalau nak gerak... Gerak lah dulu... Aku lambat lagi ni..."Ujar Fadri.

"Takpe lah... Aku tunggu kau ajelah... Segan pulak aku tiba - tiba tercongok depan pintu rumah kau nanti..." Balas Darrel.

Terbahak - bahak Fadri mendengar ayat sahabatnya itu. Nek Esah di sebelah sudah menjeling hairan melihat tingkah cucu lelakinya ini.

"Aduhai... Skema betul lah kau ni, Rel... Kau pergi lah dulu... Mama dan babah aku ada aje dekat rumah tu... Kau tak payah segan sangat lah dengan diorang... Bukan nya kau tak kenal mama dan babah aku tu... Lain lah adik aku si Laynie tu... Kau belum pernah lagi jumpa dia... Kau tengok dia pun dalam gambar aje... Jumpa depan - depan tak pernah lagi... " Bahan Fadri selamba pada sahabatnya itu.

" Yelah... Aku terus ajelah ke rumah kau... Tapi kau jangan lama - lama dekat luar tu... Mati kutu pulak aku kalau takde kau nanti... " Dalam mengiakan ayat rakannya, sempat lagi dia membahan Fadri.

"Yelah... Dahlah... Aku tengah drive ni... Apa - apa hal... Kau call aje aku nanti... Okay... Ciao dulu..."

Belum sempat member di talian sebelah menjawab, Fadri sudah pun memutuskan panggilan nya.

"Siapa telefon tadi tu?"

"Tadi... Ooo.. Darrel... Member satu balai dengan Fad... Alah Nek Esah pun kenal dia... Ingat tak... Waktu Fad habis kursus dekat Pulapol dulu... Budak lelaki tinggi yang berdiri tepi Fad waktu tu..." Fad mula menggali kisah perkenalannya dengan Darrel kepada Nek Esah.

Dahi Nek Esah mula berkerut memikir ayat cucu lelakinya sebelum wjah nya mula berubah sinar.

"Oh ya... Nenek baru teringat... Budak lelaki yang handsome tu kan..."

Hampir meletus ketawa Fadri bila mendengar ayat yang keluar dari mulut neneknya itu.

"Amboi Nek... Puji lebih nampaknya!" Usik Fadri.

Nek Esah hanya menggeleng kepala sahaja dengan tingkah usikan cucu lelakinya ini.

"Dah... Jangan nak mengarut... Cepat bagi signal... Kita dah nak sampai tu..." Putus Nek Esah bila tempat yang hendak dituju sudah berada di hadapan mereka.

Fadri hanya mengikuti arahan neneknya sebelum kereta yang dipandu membelok ke arah tempat yang dituju.

Haih... Lama dah tak update... Kita update pulak kali ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience