BAB 43

Mystery & Detective Completed 11024

HAMPIR MENGINJAK senja baru kelibat Melaynie kelihatan di rumah.

Berkerut dahinya bila kenderaan abang nya tidak kelihatan di garaj.

Balik ke balai lah tu!

Tu yang takde kereta! Rumus Melaynie mudah di dalam hati.

Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah sambil menyanyi kecil sehingga tidak menyedari ada sepasang kasut lelaki yang agak terlindung di sebalik rak kasut.

Ah sudah! Kasut lelaki?

Kasut siapa pulak? Takkan kasut si Darrel pulak? Bukan ke dia pun ikut si Fadri keluar? Takkan dia nak stay dalam rumah member dia ni pulak?

Dah... Tak payah fikir! Kita tengok siapa yang tertangkap dengan Melaynie nanti!

"ARGHHHHH!!!" Hampir menjerit nyaring Melaynie bila melihat susuk tubuh Darrel yang sedang berdiri terpacak di hadapannya sebaik sahaja dia membuka pintu bilik nya tadi.

"Awak!!! Kenapa awak dekat sini!!" Soal Melaynie sambil mengurut dadanya.

Hampir luruh jantungnya bila menyedari kelibat si Darrel ini di dalam biliknya. Ini bukan kali pertama si Darrel masuk secara senyap ke dalam biliknya. Dasar hantu rayau!

Darrel hanya mendiamkan diri sahaja tanpa menjawab soalan Melaynie tadi.

Malahan dia dengan selambanya melabuhkan punggungnya di birai katil Melaynie.

Membulat mata Melaynie dengan reaksi selamba si Darrel ini!

"Darrel! Apa yang awak cuba buat ni... Keluar dari bilik saya sekarang!" Marah Melaynie pada Darrel.

Tubuh lelaki yang sedang enak duduk di birai katilnya di tarik laju. Tetapi tarikannya itu tidak berjaya bila Darrel sengaja mengeraskan tubuhnya.

"Darrel... Please tolong keluar dari bilik saya... Nanti abang Fad tengok... Tak ke timbul fitnah..." Sedaya upaya Melaynie mengarah Darrel agar keluar dari biliknya. Tetapi arahan nya itu tidak diendahkan oleh Darrel. Sebaliknya, mata lelaki itu melilau memerhati ruang bilik Melaynie ini.

" Masih lagi macam dulu... Tak berubah langsung..." Darrel bersuara sambil mengenang kisah lalu...

Menjuling mata Melaynie mendengar ayat si Darrel itu.

Ceh!! Ingat kisah dia jadi hantu rayau lah pulak!!

"Dah habis kenang kisah lalukan... Jadi.. Silalah keluar dari bilik saya..." Halau Melaynie dengan nada sopan. Tapi di hujung - hujung ayatnya, terselit perlian pada lelaki ini!

Tergelak kecil Darrel dengan mendengar ayat perlian Melaynie ini!

Melaynie hanya buat muka pelik sahaja dengan gelakan 'bekas' hantu rayau ini!

Dah mereng agaknya mamat ni!

Hahaha!!

Bengong betullah Melaynie ni! Kau panggil si Darrel ni bekas hantu rayau! Kejam betul!!

"Yang awak ketawa dah macam drakula takde gigi ni... Dah kenapa... Saya suruh awak keluar dari bilik saya... Bukannya suruh gelak!"

Aduh, Melaynie!

Tadi kau panggil bekas hantu rayau! Ni, kau gelarkan dia drakula takde gigi!

Terus mati ketawa Darrel bila mendengar gadis itu menyamakan ketawa nya dengan drakula! Drakula takde gigi pulak tu! Hampeh punya Melaynie!

Dia pantas bangun dari birai katil Melaynie dan terus mara ke arah gadis itu!

Sepantas itu juga Melaynie mengundur ke belakang sehingga Tubuhnya tersandar pada pintu kamarnya.

"Awak nak buat apa ni, D?" Soal Melaynie gementar bila melihat Darrel semakin mara ke arah nya walaupun dirinya sudah tiada ruang untuk lolos dari lelaki ini.

Hatinya makin berdegup kencang bila kedua - dua tangan lelaki ini sudah memerangkap Tubuhnya.

Mata lelaki ini tajam menikam anak matanya.

Sehinggakan Melaynie memalingkan wajahnya menghadap ke arah lain bila dia tidak mampu menentang panahan mata Darrel ini!

"Hati - hati bila kau dekat dengan orang... Kadang - kadang orang yang kau buat kawan tu... Boleh makan kawan sendiri..." Bisik Darrel tegas di cuping telinga Melaynie.

"Dan lagi satu..."

Melaynie kembali menentang pandangan mata Darrel. Liurnya ditelan bila pandangan mata lelaki ini langsung tidak beralih dari wajahnya.

Serasa Tubuhnya di tolak ke tepi oleh tangan kekar milik Darrel.

"Ke tepi... Bagi aku laluan... Karang tak memasal abang kau cop aku lelaki gatal pulak bila nampak aku masuk bilik adik dia ni..." Ujar Darrel sebelum membuka pintu bilik Melaynie ini...

"Oh ya... Satu lagi... Panggil aku abang D... Ni tak... Darrel aje... Kau tak pandai eh nak hormat orang yang lebih tua dari kau... Jadi lepas ni... Panggil aku abang D... Faham?.." Usai berkata pada Melaynie, dia pantas meloloskan diri keluar dari bilik gadis ini.

Hampir ternganga mulut Melaynie bila ditolak sebegitu oleh Darrel!

Wajahnya sudah mula merah bila teringatkan ayat Darrel tadi...

Dia... Tolak aku macam tu aje???

Kurang asam Gelugor punya Darrel! Gerutu Melaynie.

Gigi nya di ketap menahan marah dengan ayat lelaki itu tadi.

Tiba - tiba amarahnya surut sedikit bila teringat ayat pertama lelaki tu bagi pada dirinya tadi.

...Hati - hati bila kau dekat dengan orang... Kadang - kadang orang yang kau buat kawan tu... Boleh makan kawan sendiri...

Apa maksud ayat lelaki ini?

Darrel ni saja betullah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience