BAB 52

Mystery Completed 11084

FADRI HANYA MEMANDANG SAHAJA riak bersahaja Harith itu.

"Betul awak hanya lalu di kawasan tersebut?" Tanya Fadri untuk sekian kalinya pada Harith.

"Ya.. Saya hanya lalu dekat kawasan tu.. Budak perempuan tu yang suruh saya untuk temankan dia ke dalam bangunan usang tu.. Mulanya saya tak nak. Tapi dia desak, saya ikutkan saja arahan dia," Harith masih mempertahankan diri nya dari di asak oleh Fadri. Fadri masih lagi tunak memandang wajah Harith sebelum keluhan di lepaskan. Susah untuk dia percaya kenyataan Harith ini. Tapi mereka tidak boleh sewenang - senangnya untuk menahan lelaki ini atas sebab yang tidak munasabah!

Fadri menghela nafas perlahan, matanya masih tertancap tajam pada wajah Harith. Setiap kata-kata lelaki itu diproses teliti dalam benaknya, mencari sebarang celah yang mencurigakan.

“Budak perempuan tu…” Fadri bersandar ke kerusinya, menyilangkan tangan di dada.

“Kau tahu tak siapa dia? Nama, budak jurusan apa?”

Harith termenung sejenak, seakan-akan sedang mengingati sesuatu.

"Yang sama tahu, Aira nama dia, sama batch dengan kitorang.. Tapi, berlainan jurusan.. Saya ambik jurusan kimia dan biologi dan dia pulak setahu saya.. Budak jurusan seni.. Itu sahaja yang saya tahu,"

Fadri mengeluh lagi sebelum bersuara.

"Habis? Kalau kau hanya lalu di kawasan tu.. Kenapa kau ikutkan jugak arahan dia?" Nada suara Fadri semakin sinis, sengaja ingin mencabar logik akal Harith ini.

“Dia macam… terdesak. Saya cuma rasa kasihan. Dia kata dia hilang sesuatu dalam bangunan tu.” Harith menjawab, nada suaranya langsung tiada rasa gentar walaupun Fadri seakan - akan mencabar dirinya tadi.

Fadri merenung Harith lebih lama kali ini. Dia tahu ada sesuatu yang lelaki ini sembunyikan.

“Bangunan tu dah lama ditinggalkan, Harith. Tak ada orang yang sepatutnya berada di situ, apatah lagi budak perempuan. Kau pasti tak cuba tipu aku?”

Harith menggeleng perlahan.

“Saya tak tipu! Saya cuma ikut sebab saya tak nak apa-apa buruk berlaku pada budak tu. Tapi lepas saya temankan dia, saya terus keluar dari situ.”

“Dan budak perempuan tu?” Fadri menyoal pantas.

“Dia... dia masih dalam bangunan tu masa saya tinggalkan,” suara Harith kelihatan sedikit goyah dan membuatkan Fadri tersenyum sinis!

Akhirnya, setenang - tenang kau pun akan ada rasa goyah jugak, Harith! Detik Fadri di dalam hati.

“Baiklah kalau kau berkata begitu.. Kau boleh beredar sekarang.. Tapi satu aje yang kau perlu tahu, Harith.. "

Harith pantas memagung kepala nya dengan wajah tanpa riak.

"Kau masih lagi dalam kawalan kami semua.. Kalau satu hari aku dapat tahu kau cuba rahsiakan sesuatu dari kami semua, kau akan jadi orang pertama aku akan cari.. Faham?" Tajam mata Fadri menikam wajah Harith itu. Harith mengangguk mengerti.

"Dah.. Kau boleh keluar sekarang.." Arahnya pada anak muda itu. Harith terus bangun dari tempat duduk nya dan terus berlalu dari keluar dari bilik soal siasat itu. Tinggallah Fadri yang masih bersandar pada kerusi yang didudukinya.

Dia yakin, Harith seperti menyembunyikan sesuatu dari dirinya. Kali ni Harith menang! Dia akan cari juga dan bongkar kan siapa Harith yang sebenarnya nanti!

DARREL HANYA memerhati sahaja tingkah Harith yang baru keluar dari bilik soal siasat. Bukan dia sahaja, rakannya Bob dan Wadi juga turut melihat ke arah yang sama. Dari pintu utama balai itu, mereka bertiga melihat seseorang sedang menunggu Harith yang ketika itu sedang menulis sesuatu di buku laporan.

Seseorang itu kelihatan tenang, berdiri santai di luar balai dengan tangan dimasukkan ke dalam poket. Matanya tertumpu sepenuhnya kepada Harith, seolah-olah dia sudah lama menunggu. Perwatakannya yang misteri membuatkan Bob dan Wadi saling berpandangan, cuba meneka siapa gerangan lelaki itu.

“Siapa dia?” tanya Wadi dengan nada perlahan kepada Darrel, yang masih memerhati tanpa berkelip.

Darrel menjungkit bahu.

“Tak pernah nampak dia sebelum ni. Tapi aku rasa dia bukan orang biasa.”

Bob mengerutkan dahi.

“Cara dia pandang Harith... macam dia tahu sesuatu. Kau rasa dia ada kaitan dengan kes ni?”

Darrel diam seketika, matanya masih tertumpu pada lelaki itu.

“Entahlah. Tapi satu benda aku pasti, dia bukan datang bersahaja ke sini.”

Harith akhirnya selesai menulis dan melangkah ke arah lelaki itu. Mereka berdua bertukar pandang sebelum lelaki tersebut bersuara, cukup perlahan hingga tidak dapat didengar oleh sesiapa kecuali Harith.

Kemudian, kedua - duanya pantas melangkah menuju ke arah kereta. Sesuatu yang tidak jangka bila lelaki itu mengalihkan pandangan nya ke arah Darrel. Terbit senyuman sinis di bibir lelaki itu buat sahabat Fadri ini. Tajam renungan nya pada Darrel sebelum memaling semula wajahnya ke hadapan. Dan senyuman sinis lelaki itu membuatkan hati Darrel mula tidak enak.

"Apa yang dia cakap?" Wadi mula dengan sifat kepohnya.

"Mana aku tahu! Dah, tak payah nak kepochi sangat dekat sini.. Jom masuk dalam. Karang nampak dek si bapak singa tu.. Naya kita!" Putus Bob sebelum menarik kolar baju Wadi mengikuti langkahnya. Terkocoh - kocoh lelaki itu mengikuti langkah besar sahabatnya ini. Manakala Darrel pula masih terpaku pada tempatnya. Senyuman sinis lelaki itu masih lagi berlegar di kepalanya.

TUBUH HARITH pantas di humban ke tengah ruang tamu sebaik sahaja pintu utama rumah itu di tutup rapat. Mengaduh kesakitan lelaki itu bila di humban secara kasar oleh lelaki ini.

"Aku dah cakap kan. Kalau nak buat kerja tu, biar clean! Ini tak, sampai polis dapat kesan! Kau ni memang siallah!" Jerkah lelaki itu. Bersinar luas matanya memandang ke arah Harith yang tersungkur itu.

Harith hanya terdiam kaku di tempat nya sebelum bersuara.

"Kalau polis dapat kesan pun, apa salahnya.. Tak lah aku terjebak dengan perangai psiko kau ni, Hardie!" Balas Harith dengan berani.

Kejap! Hardie? Hardie.. Bukan ke Hardie pensyarah di kolej tempat Melaynie dan Harith belajar? Apa hubungan Harith dengan Hardie ni? Apa semua ni? Kenapa Hardie terjebak dengan semua benda ni? Jangan - jangan...

Hardie tersengih sinis sebelum rambut Harith di cekau kasar.

"Lepaskan rambut akulah.. Sakitlah bodoh!" Marah Harith sambil berusaha untuk melepaskan rambut nya dari cengkaman lelaki psiko ini.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila Hardie menarik rambut Harith dengan lebih kuat, memaksa lelaki itu mengangkat kepalanya untuk bertentang mata. Senyuman sinis di wajah Hardie semakin melebar, mencerminkan sisi gelap yang selama ini terselindung di sebalik imej seorang pensyarah berkarisma di kolej.

"Kau fikir kau bijak sangat, ya?" Hardie mendekatkan wajahnya ke arah Harith.

"Kau lupa dah siapa kau dekat family aku ni? Kau dah lupa ke asal usul kau?"

Harith menggenggam penumbuknya, cuba untuk mengawal rasa sakit dan kemarahannya.

"Kau tak pernah lupa siapa aku dalam family toksik ni, Hardie. Kau manipulasi aku! Kau buat aku jadi alat kau!" Suaranya bergetar, antara kesakitan dan kemarahan yang memuncak.

Hardie tergelak kecil, namun tawa itu penuh dengan sindiran.

"Alat? Kau salah. Kau adalah pelakon dalam skrip aku. Kau main peranan yang aku tentukan. Dan sekarang kau nak keluar dari permainan ini? Tak semudah itu, Harith."

Harith menggelengkan kepala, berusaha untuk melepaskan diri dari cengkaman Hardie.

"Kau dah gila, Hardie. Kau psiko. Semua ini tak masuk akal. Apa kau nak sebenarnya?"

Hardie melepaskan genggaman pada rambut Harith dengan kasar sehingga Harith terdorong ke belakang.

"Apa aku nak? Aku nak kau sedar. Dalam dunia ini, tak ada siapa yang boleh lari dari bayang-bayang mereka sendiri. Termasuk kau, Harith."

Sambil itu, Hardie berjalan ke arah meja di sudut ruang tamu. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari poket. Harith sudah mula menelan liurnya. Dia tahu apa yang di hendak di lakukan oleh lelaki. Satu lagu mula berkumandang di selang seli dengan jeritan seorang perempuan mula kedengaran. Serentak itu juga tubuh Harith mula mengeras. Serta merta tubuhnya mula melorot ke bawah. Dia mula merintih lagak seseorang di serang sawan. Lagu itu makin kuat di mainkan.

Semakin kuat lagu itu di mainkan, semakin keras tubuh Harith mengejang.

"Hahahaha..." Gelak psiko Hardie memenuhi ruang tamu yang luas itu. Dia mula terlompat - lompat suka melihat reaksi Harith yang keras kejung itu. Seolah - olah itu adalah lelucon bagi dirinya. Laci meja yang berdekatan dengan tempat Harith tertiarap tadi di buka. Sekeping gambar mula di keluarkan dari laci itu. Laci kembali ditutup. Pandangan tunak memandang gambar itu sebelum mencangkung di hadapan Harith. Gambar itu diletakkan di sebelah lelaki itu.

"Kau tahu kan apa yang kau perlu buat.. Jadi, kali ni.. Buat dengan clean.. Jangan tinggalkan sebarang bukti pun... Kalau tak.. Kau tahu lah nasib kau dengan orang yang kau sayang macam mana nanti!" Ugut Hardie sebelum bangun dari sisi Harith. Lagu yang di pasang pada telefon pintarnya masih lagi berkumandang. Dia mula melangkah menuju ke tingkat atas bersiulan yang panjang.

Harith yang melihat gambar di sebelah nya sudah mula mengalir kan air mata.

"Maafkan Harith," Desis Harith perlahan. Dia terpaksa lalukan itu.. Kalau tidak, nyawa orang yang di sangat sayangi akan menjadi galang gantinya.

Adakah orang yang berada di gambar itu menjadi sasaran Hardie seterusnya?

Dah tahu kan siapa Hardie sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience