BAB 19

Mystery & Detective Completed 11024

SATU KES MENGEJUT menuntut Fadri untuk pulang semula ke bandar besar.

Melaynie di tinggalkan seketika di rumah neneknya kerana adiknya itu masih lagi dalam cuti persekolahan.

Sebelum berangkat, bermacam - macam pesanan khas buat adiknya itu. Melaynie hanya mengiyakan sahaja walaupun telinganya hampir bernanah saat ini!

Nek Esah pantas mencantas percakapan cucu lelakinya itu dengan menolak Fadri masuk ke perut kereta sebelum si Fadri ini membebel dengan lebih panjang lagi.

Nak tak nak, Fadri masuk juga ke dalam perut kereta walaupun bebelannya belum habis lagi! Fadri kalau dah start membebel, Nek Esah pun boleh kalah tau!

Melaynie menghembus nafas lega bila melihat 4 x4 milik abangnya sudah pun keluar dari halaman rumah nenek mereka ini.

"Dah, jom masuk..." Ajak Nek Esah pada Melaynie sebelum kedua - duanya melangkah perlahan menuju ke pintu utama.

Sempat lagi Melaynie menjeling tajam ke arah D yang tak sudah - sudah mengekek ketawakan dirinya dari tadi.

Mendengus geram Melaynie melihat tingkah si hantu rayau ini! Sakit jiwa dia melihat gelak ketawa si D yang masih tidak berhenti gara - gara bebelan abangnya pada dirinya tadi.

Sukalah tu gelakkan orang! Menyampah!

Sekali lagi Melaynie Mendengus geram sebelum langkahnya laju menyaingi langkah neneknya yang sudah berada di hadapan.

WAKTU SUDAH menginjak ke petang...

Kelihatan Melaynie tekun menyapu dedaun kering berguguran di atas tanah.

Itulah rutin hariannya bila pulang ke kampung.

Sejak mengalami koma hampir sebulan yang lalu, Melaynie di lihat semakin rajin membantu neneknya mengurus hal berkaitan dalaman rumah.

Mungkin ada wayar sot dalam kepala dia agaknya... Tu yang rajin semacam aje... Hahaha...

Takde lah... Gurau aje...

Mungkin semakin meningkat dewasa ni... Fikiran Melaynie sudah mula berubah... Lagipun, dengan keadaan nya yang masih lagi belum pulih sepenuhnya ini membuatkan Melaynie harus pandai dalam mengurus sesuatu...

Dan yang paling penting... Kena pandai berdikari sendiri...

Dedaun yang di telah selesai di sapu telah di kaut menjadi satu timbunan untuk di bakar nanti...

Jangan salah faham ya... Di kampung memang begitu adatnya... Sapu, kaut, timbun dan bakar... Bukan macam di bandar... Di bandar memang banyak peraturannya...

Setelah selesai kerjanya, langkahnya pantas di tuju ke arah pangkin di bawah pohon mangga...

Terasa lega bila punggung di labuh pada pangkin tersebut...

Dia mula melilau mencari kelibat Nenek nya di sekeliling rumah... Sedari tadi, kelibat Nek Esah langsung tidak kelihatan...

D pula tak payah tanya lah...

Si hantu rayau tu sibuk dengan rondaannya di sekeliling rumah...

Macam orang tak pernah masuk kampung aje dia tengok kelaku si D ni!

Dia kembali menikmati angin petang sebelum dia mula teringat akan sesuatu!

Dia kembali melilau mencari kelibat nenek nya semula...

Punggung pantas di angkat sebelum dia berjalan perlahan dengan mata melilau sekali lagi melihat sekeliling rumah... Kot - kot Nek Esah tetiba muncul...

Setelah memastikan kelibat Nek Esah tidak kelihatan, dia pantas menyeru D yang sedang enak bersantai tidak jauh dari tempatnya berehat tadi.

"D..." Seru Melaynie sambil menggamit lelaki itu supaya menghampiri dirinya...

D yang melihat Melaynie menggamit dirinya pantas berjalan laju menghampiri gadis itu.

"Ada apa?" Soal D setelah sampai di hadapan Melaynie.

"Ada nampak nenek saya tak?"

"Takde... Tak nampak pun..."

"Yes... Line clear..."

Berkerut dahi D melihat reaksi gembira Melaynie ini.

"Awak dah kenapa Laynie?" Soal D sedikit curiga. Matanya langsung tidak berganjak dari merenung wajah ceria Melaynie ini!

Dah kenapa minah ni ceria sangat hari ni?

"Dah... Jangan banyak tanya... Awak ikut aje saya... Ada misi yang kita kena buat sebelum nenek balik..." Ujar Melaynie sebelum melangkah masuk kedalam rumah.

"Misi? Misi apa pulak ni?"

"Dah... Jangan banyak tanya... Ikut aje saya..." Cantas Melaynie pantas.

"Apa lagi tercegat dekat situ... Mari lah masuk... Karang ada nenek nanti... Habis rosak misi kita..."

Laju aje D menapak mengekori langkah Melaynie walaupun dia masih terpinga - pinga lagi dengan ayat Melaynie tadi.

Misi? Misi apa yang hendak di buat oleh Melaynie ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience