BAB 28

Mystery & Detective Completed 11024

GARA - GARA HAL SEMALAM, Melaynie sudah pun terpacak di hadapan hospital yang menempatkan Darrel dengan di oleh bodyguardnya... Siapa lagi kalau si Fadri!

Dan sekarang, dia sudah berada di hadapan Darrel yang sejak tadi tak sudah - sudah merenung dirinya.

Melaynie berdehem untuk menghilangkan rasa canggungnya sebelum dia memulakan perbualan.

"Saya minta maaf sebab peluk encik semalam..." Melaynie bersuara dengan amat perlahan. Wajahnya sudah mula memerah menahan malu bila teringat akan perlilaku tak sopannya semalam... Nasib baik dia tengah menunduk sekarang... Kalau tak, lagi bertambah malu kalau tertangkap oleh si Darrel ni!

" Apa awak cakap... Saya tak dengar lah..." Soal Darrel pada Melaynie semula.

Gegendang telinganya langsung tidak dengar ayat yang di ucapkan oleh gadis ini sebalik nya hanya perkataan 'semalam' sahaja yang dia dengar keluar dari mulut adik sahabatnya ini...

" Saya minta maaf sebab peluk encik semalam... Saya tak sengaja... Saya betul - betul minta maaf..." Ujar Melaynie dengan nada sedikit kuat...

"Tak sengaja ke atau memang sengaja?"

Pantas Melaynie memanggung kepalanya bila mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki ini.

"Apa maksud encik ni?" Soal Melaynie tidak mengerti.

Kenapa soalan lelaki ini seperti mahu menyindir dia?

"Saya nak tanya awak... Kenapa awak tiba - tiba peluk saya semalam dan tiba - tiba panggil saya D... Apa kaitan awak dengan dia?" Soal Darrel kembali.

Ya... Sejak semalam lagi... Nama D yang disebut oleh Melaynie itu acap kali berlegar di dalam kepalanya...

Terkatup mulut Melaynie bila di soal begitu... Kepala kembali di tunduk ke bawah...

"Saya tanya awak ni... Kenapa awak peluk saya dan sebut saya D... Ada sesuatu yang saya tak tahu ke..." Tekan Darrel lagi.

Ya... Dia yakin... Pasti ada terjadi sesuatu antara dia dengan gadis ini...
Kalau tak... Macam mana gadis ini boleh tahu tentang nama panggilan D itu...

Panggilan D itu hanya mama, papa dengan dia sahaja yang tahu... Fadri, sahabat baiknya pun langsung tidak tahu kewujudan nama itu...

Ooo... Ingatan Darrel dah kembali pulih sedikit demi sedikit... Patutlah dia boleh ingat siapa D tu sebenarnya...

Melaynie pula hanya membatu sahaja... Tidak tahu hendak jelaskan bagaimana kepada Darrel tentang semua ini...

"Awak siapa sebenarnya Melaynie..." Soal Darrel dengan lebih tegas lagi. Mata langsung tak lepas dari memandang wajah Melaynie sudah kelihatan seperti cacing kepanasan.

"Kalau takde apa... Saya keluar dululah encik..." Tanpa menjawab soalan Darrel, terburu - buru Melaynie bangun dari kerusi yang di duduki nya dan terus membuka langkah menuju ke arah pintu.

Dia mula tidak sedap hati melihat renungan tajam Darrel pada dirinya itu.

Belum sempat kakinya melangkah, lengannya sudah di paut kasar oleh Darrel.

"Aku belum habis cakap lagi... Kau dah nak blah... Aku tanya... Dari mana kau dapat tahu soal D tu..." Suara Darrel mula berubah keras. Malah panggilan nya pada Melaynie turut berubah.

"Encik... Tolong lepaskan tangan saya... Sakitlah..." Adu Melaynie.

Dia berusaha untuk melepaskan lengan dari cengkaman Darrel tetapi hanya sia - sia sahaja bila lelaki itu makin menguatkan lagi cengkamannya. Entah dari mana datangnya kekuatan lelaki ini dapat padahal dia masih lagi berada dalam keadaan lemah.

"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak beritahu kau siapa sebenarnya..." Ujar Darrel lagi.

Logik lah juga... Siapa yang tak penasaran kalau nama panggilan yang hanya family kita guna, tiba - tiba orang lain panggil kita guna nama itu...

Kepala Darrel tiba - tiba menyengat sakit...

Sepintas lalu ingatan tentang masa lalu tiba - tiba menyinggah di kotak fikirannya...

Tangan yang digunakan untuk mencengkam lengan Melaynie tadi di lepaskan serta merta.

Kedua - dua belah tangan mula mencengkam kepalanya yang semakin mencucuk sakitnya.

Melaynie yang melihat keadaan Darrel itu mula berubah panik.

Darrel mula mengerang keras bila kesakitan yang dialami semakin mencucuk kepalanya.

"D... Awak okay ke?" Soal Melaynie cemas sambil menggoncang tubuh Darrel yang sudah mula berguling - guling menahan kesakitan di atas katil. Tanpa sedar, nama itu mula meniti kembali di bibir Melaynie.

Melihat keadaan Darrel yang semakin tidak terkawal, nama abangnya yang berada di luar bilik di jerit nyaring.

"Abang Fad... Tolong Darrel abang Fad... Tolong Darrel..."

Meluru Fadri masuk ke dalam bila namanya di nyaring oleh adiknya.

"Kenapa ni? Apa dah jadi? Kenapa dengan Darrel?" Bertalu - talu soalan keluar dari mulut Fadri sebelum tubuh sahabatnya yang sedang berguling - guling menahan kesakitan di paut laju.

Punat merah yang berada di tepi katil di tekan pantas.

Tidak lama selepas itu, pintu bilik dirempuh masuk oleh beberapa orang doktor dan jururawat dan terus menuju ke arah Darrel.

Sekejap sahaja bilik itu dari keadaan sunyi menjadi hingar bingar!

Darrel dah ingat ya siapa D sebenarnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience