BAB 40

Mystery & Detective Completed 11024

HARI KIAN MENGINJAK MALAM...

Puan Elda kelihatan resah wajah nya...

Selepas selesai meletakkan hidangan makan malam di atas meja, dia terus bergegas menuju ke ruang tamu...

Langsir di selak...

Matanya terus menatap ke luar rumah.

Encik Yusra yang baru turun dari tingkat atas hanya menggeleng kepala sahaja melihat tingkah resah isterinya itu.

"Dah - dahlah tu pandang ke luar... Macam nak tembus tingkap tu saya tengok..." Ujar Encik Yusra sambil menghampiri isterinya yang lagi duduk terjegul di tepi tingkap.

"Awak jangan risau... Nanti diorang sampailah tu..."

"Macam tak risaunya bang... Dari petang sampai ke malam... Langsung tak nampak lagi batang hidung... Bila telefon... Sorang pun tak jawab... Asyik masuk voice mail aje... Mak tu... Bukan nya boleh kena angin malam... Karang habis dia mengaduh sakit satu badan berbisa..." Balas Puan Elda.

Jelas sekali nada kerisauan dalam ayat nya buat ibu tercinta.

"Abang tahu... Dah... Jom kita ke meja makan pulak... Perut abang dah lapar ni.. Dari tadi... Bau masakan El buat abang gila bayang lah..."

Hampir meletus ketawa Puan Elda mendengar ayat poyo suaminya itu.

"Anak dara kesayangan abang tu tak nak turun makan ke?" Ujar Puan Elda bila tidak melihat kelibat Melaynie di ruang makan itu.

"Hmm... El pun tahu kan anak El yang sorang tu perangai dia macam mana..."

Mendengus geram Puan Elda bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Encik Yusra itu.

"Abang duduk dulu... Biar El pergi panggil budak bertuah ni..."

Tanpa sempat Encik Yusra mahu membalas, Puan Elda sudah pun menghilang ke tingkat atas.

Dia hanya menjungkit bahu sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi di meja makan.

DAUN PINTU pantas di ketuk sebaik sahaja sampai di hadapan pintu bilik Melaynie ini.

"Laynie... Turun makan... Jangan nak berkurung dalam bilik tu..."Laung Puan EIda dari luar.

"Ya... Nanti Laynie turun makan... Laynie ada kerja sikit ni... Mama dengan babah makan dulu lah..." Melaynie pula bersuara dari dalam bilik.

Menggeleng kepala Puan Elda mendengar jawapan anak perempuan nya itu.

"Yelah... Mama turun dulu..." Itu saja yang di jawab oleh Puan Elda sebelum turun ke tingkat bawah.

Malas nak panggil si anak perempuan banyak kali.

"Abang... El dah panggil Laynie turun makan... Dia cakap... Dia turun kejap la..." Belum sempat Puan Elda mahu menghabiskan ayat nya, sekujur tubuh milik Encik Yusra yang berlumuran darah terpampang di hadapan matanya.

Belum sempat dia mahu menjerit, mulut nya di tekup laju oleh sepasang tangan kekar dari belakang sebelum perut nya seperti di tusuk oleh sesuatu!

Membulat mata wanita itu bila menyedari mata pisau menembusi perutnya. Rasa pedih mula menjalar di serata perutnya.

Apa yang dah berlaku ni?

Dia hanya mampu mendesis kesakitan sebelum melorot jatuh ke atas lantai.

Laynie... Jangan turun nak... Jangan turun...

Hatinya merintih bila mengingatkan Melaynie akan turun sebentar lagi.

MENGELUH KELEGAAN Melaynie bila melihat pekerjaan yang di lakukan sebentar tadi.

Gubahan bunga yang dihasilkan oleh nya sebentar tadi membuat dia tersenyum riang.

Sememang nya Melaynie ada kemahiran dalam menggubah bunga.... Skill nya itu langsung tidak diketahui oleh Puan Elda dan Encik Yusra...

Hanya Fadri dan Nek Esah sahaja yang tahu perihal kemahiran nya itu...

Haih... Tak sabar betul nak bagi dekat mama dan babah esok... Esokkan hari anniversary diorang... Tak sabarnya!!

Senyuman nya terhenti bila teringat akan panggilan mamanya tadi.

Alamak!

Aku kena turun ni... Mengamuk pulak mama nanti kalau aku tak turun karang...

Terburu - buru dia mengemas barangan dan segala peralatan yang di guna tadi sebelum daun pintu bilik di buka.

Daun pintu di katup semula sebelum dia bergegas menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

"Ma... Sorry... Laynie terleka sekejap tadi... Sorry tau Ma..." Tak jadi Melaynie menghabiskan ayatnya bila melihat kedua - dua tubuh ibu bapanya terlentang berlumuran darah di tengah ruang tamu.

Terbuntang luas bebola mata melihat keadaan itu.

"Mama!!! ... Babah!!!"

Jerit Melaynie sebelum meluru laju ke arah kedua - duanya yang sudah tidak berkutik.

"Mama!!! Babah!!!..." Jerit Melaynie lagi.

Tubuh kedua - duanya dipeluk dan di goncang laju.

Habis tubuh nya di basahi darah.

"Maaa...babah... Bangun!!! Bangun!!" Ngongoi Melaynie lagi...

"Ambulans... Aku kena telefon ambulans..." Poket seluar pendek nya di raba sebelum dia menyedari telefon pintar nya tertinggal di dalam bilik.

Kedua - dua tubuh orang tua nya di letakkan di atas lantai semula sebelum dia merangkak perlahan menuju ke arah anak tangga. Belum sempat kakinya di tegakkan di atas anak tangga, tubuh nya laju sahaja di tendang oleh seseorang sebelum dia jatuh tergolek di tepi anak tangga.

Mendesis kesakitan dia bila tubuhnya jatuh tergolek begitu.

"Haih... Masih lagi berani nak telefon... Bawak sedarlah... Orang tua kau dah mampus... Kalau pun kau telefon ambulans... Diorang takkan hidup balik semula lah..." Suara garau seseorang menyapa gegendang telinga dari sisi belah kanan tubuhnya.

"Kau siapa hah? Apa yang kau dah buat dekat mama dan Babah aku hah?" Suara bergetar Melaynie mula bergema.

"Haih... Macam mana aku nak bagitau kau ya..." Orang itu menggaru pelipis sambil berpura - pura berfikir.

Melaynie hanya memerhati sahaja tingkah lelaki yang berpakaian serba hitam ini.... Malah... Seluruh wajah lelaki ini langsung tak kelihatan... Hanya bebola mata lelaki itu sahaja yang meliar memandang wajahnya saat ini.

Tiba - tiba lelaki itu ketawa mengekek di sebalik topeng mulut yang di pakai..

"Tak payah lah aku nak bagitau aku siapa... Buang masa aku ajelah... Sekarang giliran kau pulak aku hapuskan... Sebab kau dah tengok apa yang terjadi dalam rumah ni tadi..." Usai berkata, rambut ikal milik Melaynie di cengkam rakus sebelum tubuh kecil molek gadis itu diheret menuju ke arah bertentangan dengan kedua - dua tubuh milik ibu bapa Melaynie.

Melaynie menjerit meronta - ronta mahu melepaskan diri dari cengkaman lelaki yang tidak berperikemanusiaan ini.

Berang dengan jeritan dan rontaan gadis itu, sebuah pasu sederhana kecil di capai...

Pranggg!!!

Pasu bunga sederhana kecil itu di hempuk sekuat hati pada kepala gadis itu...

Tersungkur semula Melaynie akibat dari penangan pasu bunga itu tadi... Darah merah muka mengalir dari celah rambutnya yang mengurai.

"Shitt!!! Aku dah kata tadi... Jangan melawan... Kan dah mendapat!!!" Cemuh orang itu sambil mengering tajam pada Melaynie yang sudah tersungkur di atas lantai.

Melaynie hanya mendengar saja cemuhan lelaki itu.

Dalam pandangan yang kabur, dia melihat lelaki yang memukulnya tadi mengarahkan sesuatu pada seseorang yang berdiri tidak jauh dari tubuh kaku milik Puan Elda dan Encik Yusra.

Rupanya, ada lagi orang yang bersubahat dalam serangan ini!

Hampir menjerit Melaynie bila melihat rakan subahat lelaki jahanam ini menyimbah sesuatu di sekitar rumah.

Hidungnya mencium sesuatu bau yang tidak menyenangkan!

Jangan - jangan...

Melaynie terus mahu merangkak ke arah jasad kaku kedua - dua orang tuanya bila menyedari cecair yang di simbah oleh lelaki yang bersubahat itu adalah minyak petrol!

Tetapi niatnya tidak kesampaian bila rambutnya di rentap kasar oleh lelaki yang mencangkung di sebelahnya ini!

"Jangan... Tolonglah... Apa salah kami dekat korang sampai korang buat kami macam ni... Tolong lah... Jangan buat macam ni!!" Rayu Melaynie...

Tapi rayuan nya hanya di lihat sebagai lelucon di akal fikiran lelaki ini!

"Tak payah lah kau nak merayu macam ni... Tak lut pun dekat aku... Kau nak tahu kenapa aku buat macam ni dekat mak bapak kau... Sebab..."

"Sebab... Mak dengan bapak kau dah buat hati aku sakit... Orang macam diorang selayaknya mati tau tak!" Jerkah orang itu dengan mata bersinar galak.
Gelak jahatnya turut kedengaran di sebalik topeng muka yang di pakai.

"Dah... Sekarang... Aku tak nak cakap banyak... Kau..." Tangan nya memberi isyarat pada lelaki yang masih setia dengan bekas minyak petrol di tangan untuk menyalahkan api di sekitar minyak yang di simbah tadi.

Lelaki itu hanya menuruti arahan...

Lighter yang berada di tangan di nyalakan sebelum...

Zapp!!

Api dari lighter yang Di jatuhkan di atas lantai mula menyambar ke arah sisa simbahan minyak petrol yang di lakukan lelaki kedua itu tadi.

Lelaki yang mencengkam rambut Melaynie ketawa mengekek sambil membuat tanda tumb up apa yan g di lakukan adalah betul!

Dan pada ketika itu lah, Melaynie melihat corak tatu ular yang memanjang pada lengan lelaki itu ketika lengan hoodie yang di pakai oleh lelaki itu terselak ke atas sedikit!

Matanya bersinar galak melihat api menjilat dinding dia sekitar rumah milik orang tua Melaynie itu.

"Akhirnya... Dendam aku terbalas jugak... Dan kau... Kau pun harus ikut sama dengan mak bapak kau... Sebab kau satu - satu nya orang berada dengan diorang dalam rumah ni..." Ejek lelaki itu sebelum melepaskan cengkaman pada rambut Melaynie dengan kasar. Tersungkur kembali Melaynie di atas lantai.

Dia bangun dan mengarahkan lelaki yang bersama nya untuk pergi dari situ bersamanya.

Lelaki itu mengangguk mengerti sebelum langkahnya mula di atur perlahan.

Sebelum melangkah keluar, mata nya masih tertumpu pada Melaynie yang menangis meraung bila api mula menjilat jasad kaku milik kedua - dua orang tua nya.

Matanya mula berkaca melihat raungan gadis itu.

Air mata yang yang hampir menitis di kesat sebelum dia mengatur laju langkah nya menuju ke arah pintu dapur.

TERBUNTANG LUAS bebola mata Darrel bila melihat asap berkepul - kepul keluar dari serata rumah orang tua sahabatnya itu.

Pintu kereta dibuka luas sebelum kakinya berlari laju menuju ke arah halaman rumah. Sehelai kain berwarna hitam yang sempat di capai dalam kenderaan nya tadi dililit kemas mengelilingi hidung dan mulutnya.

Dalam otaknya sekarang adalah orang tua dan adik sahabatnya saja.

Tanpa berfikir akan risikonya, pintu utama di tendang kuat sebelum pintu utama itu terbuka luas. Dia pantas meloloskan diri masuk ke dalam rumah. Asap tebal yang mula merebak di sekitar ruang tamu itu membuatkan dia terbatuk keras.

Walaupun asap semakin tebal, matanya melilau mencari kelibat keluarga Fadri.

"Mama... Babah...." Suara raungan kecil tiba -tiba menyapa gegendang telinganya.

Mata nya melilau punca suara itu mencari sebelum menemui sekujur tubuh milik Melaynie yang masih tersungkur di atas lantai.

"Melaynie..." Panggilnya keras sebelum berlari laju ke arah gadis itu.

Tubuh kecil molek si gadis yang tersungkur di atas lantai pantas di paut ke dalam dakapannya.

"Tolong... Tolong selamat kan mama dan Babah saya... Tolong encik..." Rayu Melaynie dengan suara lemah pada Darrel.

Darrel memandang riak Melaynie yang sudah kelihatan sudah mulai lemah... Dia kembali melilau mencari kelibat kedua -dua orang tua Melaynie sebelum bebola matanya terpaku pada dua susuk tubuh manusia yang sudah separuh hangus di jilat api.

"Ya Tuhan..."

Terkelu lidah nya melihat keadaan tragis yang menimpa pasangan suami isteri itu.

BUMMM!!!

Satu letupan telah berlaku di ruang dapur.

Darrel tidak tinggal diam!

Tubuh kecil molek milik Melaynie di sauk laju ke dalam kendongan sebelum tubuh itu di bawa keluar dari ruangan tersebut.

"Mama... Babah..." Melaynie menjerit kecil memanggil kedua-dua ibu bapanya.

"Mari keluar dari sini! Bahaya!" Suara garau Darrel mula kedengaran.

Melaynie hanya memerhati sahaja riak lelaki yang sedang bertungkus lumus menggendong tubuhnya keluar dari rumah banglo ini.

Tetapi... Riak wajah lelaki itu langsung tidak dapat dilihat dengan jelas gara - gara kain berwarna hitam yang melilit separuh wajah lelaki ini.

Pandangan mulai kembali kabur bila air mata mulai bergenang di tubir mata.

Kepalanya juga semakin berdenyut bahana pukulan pasu bunga di kepala nya tadi.

Belum sempat Darrel membawa Melaynie menuju ke arah kereta,

Bukkk!!!

Satu pukulan keras hinggap di belakang kepalanya.

"Arggh!!!"

Darrel menjerit kesakitan sebelum Melaynie yang berada di dalam gendongan nya terlepas.

Mereka berdua sama - sama tersungkur di atas tanah.

Kedua -dua nya mendesis kesakitan!

Darah merah mula mengalir di belakang kepalanya.

Belum sempat dia berbuat apa - apa, satu sepakan mengenai mukanya. Tersungkur kembali dia ke atas tanah.

Zappp!!!

Sebilaj pisau berkilat mula menusuk ke arah perutnya.

Terbuntang luas bebola mata Darrel bila pelaku itu menusuk dengan lebih dalam lagi.

Burrr!!!

Darrel muntah darah bila bilah pisau di cabut serta merta dari tempat yang di tikam tadi.

Membuak darah merah keluar dari bekas tikaman itu tadi.

Menjerit kecil Melaynie bila melihat Darrel menjadi mangsa seterusnya.

"Lain kali... Jangan nak jadi hero sangat nak tolong bedebah ni semua... Tengok.. Apa dah jadi sekarang dekat kau... Sekarang... Kau boleh ikut diorang semua ke dalam neraka!" Bisik lelaki yang menjahanamkan ibu bapa Melaynie tadi ke telinga Darrel yang kelihatan tercungap - cungap mencari nafas.

Rupa - rupanya, mereka masih lagi berada di situ dan memerhatikan Darrel membawa keluar tubuh Melaynie dari dalam rumah.

Darrel tidak dapat bersuara... Rasa perit dan berdenyut mula menjalar di serata perutnya saat ini.

"Bro... Ada kereta lain masuk ke sini... Kita blah cepat..." Satu suara menyampuk dari arah belakang lelaki ini...

Ya... Itulah susuk tubuh lelaki yang menyimbah minyak petrol tadi...

Lelaki itu berdecit marah sebelum bangun dari tempat nya bercangkung. Dia mula mara ke Melaynie yang semakin di lihat semakin lemah.

Satu sepakan mengenai di wajah gadis itu dan menyebabkan gadis itu pengsan serta merta.

"Dah... Jom blah..." Lelaki itu bersuara lagi sebelum kedua - dua berlalu pergi dari situ.

Darrel yang masih tercungap - cungap hanya memerhati sahaja tingkah kedua - duanya tanpa berbuat apa - apa!

Darah semakin banyak membuak keluar dari bekas tikaman tadi.

Silauan lampu kereta membuatkan pandangan kabur tadi semakin kabur.

"Darrell!!!!!..."

Sayup - sayup kedengaran suara Fadri memanggil dirinya sebelum pandangan nya semakin kelam dan akhirnya,

Dia sudah tidak sedarkan diri!

Throwback apa yang terjadi pada Laynie dengan Arrel dulu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience