SUASANA DI sebuah banglo yang terpinggir dari kawasan bandar kelihatan tenang sekali.
Di halaman luar, kelihatan penuh dengan pelbagai jenis bunga yang di tanam cantik.
Sekali imbas, macam taman bunga pun ada!
Ini menandakan penghuni dalam banglo ini adalah seorang rajin dalam segala perkara yang dibuat. Dan amat sukakan bunga!
Tengok laman rumah pun dah terkedu... Belum lagi tengok dalaman banglo pula!
Mahu jatuh terduduk nanti!
Kelihatan sebuah kereta yang agak mewah membelok masuk kedalam perkarangan banglo itu.
Seketika kemudian keluar kelibat seorang lelaki pertengahan usia 50 - an dari perut kereta.
Walaupun menghampiri usia senja, tubuh badan lelaki ini kelihatan tegap dan masih lagi bertenaga.
Mungkin hasil dari aktiviti dari senaman yang dilakukan sewaktu masih menjadi anggota polis dulu...
Itu yang masih lagi fit tubuh badan!
Lelaki itu adalah Tuan Duan...
Lelaki yang bersama dengan Fadri di hospital tempoh hari!
Tuan Duan melangkah masuk ke dalam banglo sebelum anak matanya tertancap pada sebatang tubuh wanita yang dikenali sedang menyiapkan sesuatu.
Tersungging senyuman di bibir nya sebelum dia melangkah perlahan menuju ke arah wanita itu.
Wanita itu masih lagi ralit dengan pekerjaan nya sehingga tidak sedar yang Tuan Duan sudah berada di belakang nya.
Sentuhan lembut dari Tuan Duan di bahu membuatkan wanita itu pantas berpaling ke belakang.
"An!"
Sapa wanita itu dengan suara ceria.
"Bila An sampai... Erny tak dengar pun bunyi kereta An..."
Tuan Duan hanya tersenyum manis sebelum melabuhkan punggung di sisi isterinya.
Ya.. Wanita ini adalah Puan Erny... Dia merupakan isteri kepada Tuan Duan dan juga ibu kepada Darrel!
"Dah lama An sampai... Erny aje yang tak sedar..." Balas Tuan Duan semula.
Puan Erny tersenyum manis sebelum menyambung kembali pekerjaannya.
"Erny buat apa ni? Dari tadi An tengok... Sibuk benar..." Tanya Tuan Duan bila di lihat wanita itu kembali sibuk dengan pekerjaannya.
"Oo... Erny buat sulaman dekat lengan kemeja Arrel ni hah... Alah macam tagline tu lah..." Ujar Puan Erny sebelum menunjukkan sulaman yang sudah siap ke arah suaminya.
"Tagline? Apa tu?" Wajah Tuan Duan mula berkerut tanda tidak mengerti.
"Macam ni... Sulaman ni lebih pada identiti Arrel... Orang tak kan kenal Darrel siapa... Dan orang hanya kenal Darrel dengan nama 'D' sahaja... Hanya untuk orang terdekat dengan Arrel sahaja yang tahu siapa 'D' sebenarnya..." Terang Puan Erny panjang lebar.
Ooo... Patutlah Melaynie cari di serata kedai tiada corak sulaman ni!
Limited edition rupanya corak sulaman ni!
Wajah Puan Erny mula berubah muram.
"Ini sahaja yang Erny mampu buat bila Arrel dah sedar nanti..." Ujar Puan Erny dengan nada yang getar menahan rasa sedih.
Sedih kerana satu - satunya anak amat di sayangi masih lagi terlantar di hospital.
Hampir dua tahun berlalu, tetapi langsung tiada tanda - tanda Darrel sedar dari komanya.
Tuan Duan yang melihat wajah muram isterinya pantas memaut bahu wanita itu mendekati dirinya.
"An yakin yang Arrel akan sedar suatu hari nanti... Yang penting sekarang... Doa banyak - banyak supaya Arrel mampu bertahan dan hadapi semua ini..." Pujuk Tuan Duan. Bahu wanita kesayangan nya ini di usap perlahan.
Puan Erny hanya mendiamkan diri sebelum merebah kan kepalanya di dada suaminya.
Matanya masih lagi tunak memandang lengan kemeja milik Darrel yang sudah siap separuh di sulam.
Arrel...
Mama harap... Arrel kuat ya sayang...
Mama dan papa sentiasa mendoakan Arrel supaya sedar semula...
Cepat sedar ya sayang...
Doa Puan Erny di dalam hati sebelum kemeja yang sudah siap di sulam di bawa ke dakapannya.
Share this novel