BAB 58

Mystery & Detective Completed 11024

BANGUNAN USANG itu sunyi, hanya diselubungi debu dan bau hapak kelembapan yang menyengat hidung. Cahaya dari celahan dinding yang retak menembusi kegelapan, menampakkan lantai yang bersalut debu tebal. Di satu sudut, Melaynie masih tidak sedarkan diri, tubuhnya tertiarap di atas lantai kasar dengan pakaian hospital yang sudah kotor dan renyuk. Nafasnya perlahan, hampir tidak kedengaran.

Di sebelahnya, Harith duduk di atas kerusi usang yang hampir patah. Matanya tidak lepas daripada gadis itu. Ada sesuatu dalam dirinya yang terasa berat—sesuatu yang dia sendiri tidak mahu akui. Tangannya yang menjadi penyebab Melaynie masih tidak sedarkan diri, kini dikepal kuat. Dia menarik nafas dalam, cuba menenangkan fikirannya yang berkecamuk.

Keluhan kasar dilepaskan sebelum tangannya meraup wajahnya sendiri. Apa yang dia lakukan ini? Kenapa perlu dia menculik gadis yang tidak bersalah ini?

Tiba-tiba, bunyi derit pintu karat bergema di seluruh ruang, memecah kesunyian.

Harith tersentak. Bunyi tapak kaki bergema, diiringi dengan satu siulan perlahan—nada yang sangat dikenalinya. Jantungnya berdegup kencang, peluh mula merembes di dahinya. Siulan itu semakin mendekat, seperti racun yang meresap masuk ke dalam tubuhnya. Harith cuba menahan diri, menggenggam kerusi di bawahnya dengan kuat. Namun, sia-sia.

Pandangan matanya mula berpinar. Oksigen terasa semakin menipis. Dia cuba melawan, cuba bertahan, tetapi tubuhnya enggan menurut kata. Lututnya melemah, pandangannya berkelam... dan dalam sekelip mata, dia rebah ke lantai, tidak jauh dari Melaynie.

Siulan itu terhenti.

Ketawa seseorang berkumandang, memecah kesunyian yang mula membunuh.

"Aku baru bersiul sikit, kau dah terlentok macam ni... Macam mana kau boleh jadi jantan, Harith?" Suara sinis Sir Hardie menusuk ke dalam ruang itu, seakan menikam terus ke dalam harga diri lelaki yang kini terbaring tidak berdaya di hadapannya.

"A.. Aku.. D.. Dah... Bu.. Buat a.. apa ya..ng kau suruh.. Kau.. Na.. K a.. apa.. La.. Lagi.." Tersekat - sekat Harith menyoal kembali pada Sir Hardie.

"No.. Benda ni takkan berhenti dekat sini sahaja... Ada lagi yang kau perlu buat untuk aku, my little boy..." Bisik Sir Hardie dengan sengihan psiko nya. Matanya yang tajam menikam memandang wajah berpeluh Harith tadi kini beralih pada tubuh gadis itu pula.

Harith yang memandang pandangan psiko Sir Hardie itu hanya mampu mengalirkan air mata sahaja.

Melaynie... Maafkan aku! Bisiknya perlahan!

SUASANA DI BALAI KINI menjadi riuh rendah dengan suara kumpulan Fadri mencari bukti dan petunjuk mengenai psikopat, Sir Hardie ini. Manakala, Kumpulan yang di ketuai Azlan pula masih lagi mencari untuk mengesan ke mana kereta sedan hitam yang membawa pergi Melaynie.

Dalam keriuhan itu, hanya Fadri sahaja yang tidak berkutik dari tempat nya. Wajah nya langsung tidak bersemangat untuk menyertai yang lain. Yelah.. Mana nak semangat nya dalam keadaan adiknya yang masih gagal di temui. Dah nak dekat 2 hari. Khabar tentang Melaynie masih lagi tiada. Darrel yang melihat keadaan Fadri itu pantas menghampiri sahabatnya itu.

"Fad.. Aku tau kau masih risaukan adik kau.. Tapi... Kau tak boleh begini Fad.. Macam mana kau nak cari adik kau kalau keadaan kau macam ni?" Nak tak nak, Darrel terpaksa menasihati rakannya ini.

Teguran Darrel membuatkan Fadri tersentak sedikit, tetapi dia masih belum mampu menyembunyikan kemurungan di wajahnya. Matanya yang kuyu menunjukkan betapa dia kurang tidur sejak Melaynie hilang.

"Aku dah cuba, Darrel..." suara Fadri perlahan, serak.

"Tapi aku tak tahu nak mula dari mana lagi. Dah dua hari... dua hari adik aku entah dekat mana, dalam keadaan macam mana..."

Darrel melepaskan keluhan berat. Dia tahu sahabatnya itu sedang dihimpit tekanan yang luar biasa. Kalau dia berada di tempat Fadri, mungkin dia pun akan rasa putus asa. Namun, dia juga tahu bahawa ini bukan masa untuk menyerah.

"Fad, kita ada petunjuk. Azlan dan pasukan dia tengah kesan kereta tu. Kita pun tengah gali semua maklumat tentang Sir Hardie. Kau tak keseorangan dalam hal ni, kau ada kami semua." Darrel menepuk bahu Fadri, cuba menyuntik semangat dalam diri lelaki itu. Kemudian dia mengerling ke arah Bob dan Wadi yang sedang bertungkus lumus mencari maklumat.

Fadri mengeluh perlahan, cuba memproses kata-kata Darrel. Dia tahu sahabatnya itu betul. Sekarang bukan masa untuk meratap. Jika dia mahu menyelamatkan Melaynie, dia perlu kuat. Dia perlu bangkit.

Perlahan-lahan, Fadri menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya. Dia mengangkat wajah, dan kali ini, ada sedikit sinar dalam matanya.

"Aku takkan berhenti, Darrel. Aku akan cari Melaynie sampai aku jumpa dia."

Darrel tersenyum kecil, lega melihat semangat itu kembali menyala dalam diri Fadri.

"Itu baru kawan aku."

Dengan tekad baru dalam dirinya, Fadri bangkit dari tempat duduk. Masanya untuk bergerak semula.

DALAM PENCARIAN SELAMA dua hari ini, akhir nya kedua - dua kumpulan ini menemui apa yang di cari.

"Ini dia... penyebab dia membunuh kesemua mangsa-mangsa dia..." Bob mengeluarkan satu surat yang bercop dari sebuah hospital lalu meletakkannya di hadapan sahabat-sahabatnya. Tangannya sedikit menggigil, mencerminkan beban yang kini terpikul di bahunya.

Semua mata tertumpu pada surat itu. Seakan-akan kertas nipis itu membawa jawapan kepada segala pertanyaan yang menghantui mereka sejak sekian lama. Wadi menarik nafas panjang sebelum mengambil surat itu dan membacanya perlahan-lahan.

"Sir Hardie ni bukan sahaja seorang psikopat... Tapi dia seorang perogol..." Suara Bob hampir berbisik, tetapi setiap perkataan yang diucapkannya menikam ke dalam sanubari mereka.

"Dia telah merogol seorang gadis sehingga menyebabkan gadis itu menghidap kemurungan yang sangat teruk... Dan korang nak tahu tak... Siapa gadis yang dia buat kemurungan yang teruk itu?"

Bob memejamkan matanya seketika sebelum menyambung dengan suara yang lebih berat,

"Adik tiri dia sendiri... Kakak kepada HARITH."

"WHAT?!" Serentak Fadri, Darrel, dan Wadi bersuara. Mata mereka membesar, nafas mereka tertahan. Seakan-akan dunia di sekeliling mereka berhenti berputar untuk beberapa saat.

Fadri terduduk di atas lantai, meraup wajahnya dengan kedua-dua tangan.

"Tak... Tak mungkin... Harith selama ini—?"

Darrel menumbuk meja dengan kuat, menyebabkan surat itu sedikit bergetar.

"Sial! Patutlah dia jadi macam tu! Patutlah dia macam orang yang tak ada jiwa! Semua ni kerja abang tiri dia sendiri!"

Wadi pula terus berdiri tegak, wajahnya kelihatan tegang.

"Jadi selama ni... Dia bukan sekadar jadi 'alat' kepada Sir Hardie... Dia adalah mangsa yang paling besar dalam semua ni."

Suasana menjadi sunyi seketika. Bob menggenggam jarinya erat.

"Bukan itu saja... Ada lagi satu perkara..." Dia menghela nafas sebelum meneruskan,

"Selepas gadis itu mengalami kemurungan teruk, dia cuba mendapatkan bantuan di hospital ini... Tapi korang tahu apa yang terjadi? Dia dilaporkan membunuh diri."

Hening.

Kali ini, semua benar-benar kaku. Fadri mengangkat kepalanya, matanya memerah.

"Jadi... Sir Hardie bukan sahaja merosakkan hidup dia... Tapi dia juga menjadi punca kematian dia?"

Bob mengangguk perlahan.

Darrel menarik nafas panjang, cuba menahan emosinya.

"Dan Sir Hardie psikopat itu jugak ada simpan video yang menjijikkan dalam komputer riba dia tentang.." Ujar Bob lagi. Rahang nya sudah di ketap menahan marah yang sudah membuak di dalam hati.

Masing -masing sudah tidak mampu untuk bertahan lagi.

Bob menyambung lagi.

"Dan aku dapat maklumat lagi... Harith pernah bersekolah dekat tempat arwah mak ayah Fad mengajar... Mungkin ada sesuatu yang terjadi waktu tu.. Sampai si psikopat ni bertindak di luar kawalan!"

"Okay... Sekarang kita dah dapat apa kita nak... Sekarang kita kena pergi ke tempat Azlan pulak... Diorang dah dapat kesan dekat mana Harith bawak lari Melaynie!" Bob memberi kata putus.

Cukuplah menbahas pasal Sir Hardie dahulu...

Sekarang bahas pasal keberadaan Melaynie dan Harith pula.

Mereka berempat terus meninggalkan balai untuk menuju ke tempat Azlan pula.

Melaynie! Tunggu Abang Fad... Abang akan selamatkan adik!

Tak putus - putus Fadri berdoa di dalam hati!

Cepat... Selamtkan melaynie... Syabas Azlan and the gang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience