BAB 61 (Final)

Mystery & Detective Completed 11024

TIGA BULAN KEMUDIAN...

KES BERKAITAN DENGAN SIR HARDIE TELAH DITENTUKAN...

SIR Hardie telah di jatuh kan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan pembunuhan yang dilakukan.. Termasuk pembunuhan yang dilakukan terhadap adiknya, Harith!

Walaupun hukuman penjara seumur hidup tidak berbaloi dengan pembunuhan yang dilakukan, tetapi itu sudah cukup memandai untuk Sir Hardie menebus dosanya di dalam penjara.

FADRI, MELAYNIE DAN DARREL HANYA memerhati sahaja Sir Hardie di bawa keluar oleh beberapa orang anggota polis menuju ke dalam van polis.

Papp!! PAPP!!

Beberapa biji telur dan sebungkus tepung di lempar ke arah lelaki itu sehingga mengotori pakaian banduan yang di pakai. Sejak dari hari lelaki itu di hadap ke mahkamah, segerombolan kumpulan mula bertapak di luar mahkamah.

"Pembunuh! Pembunuh!" Jeritan dari kumpulan yang melempar telur dan tepung ke arah Sir Hardie tadi mula bergema.

Sepanduk berkaitan kekejaman lelaki ini di angkat tinggi.

DIA PEMBUNUH!

KENAPA PERLU BAGI PEMBUNUH INI HIDUP!.

HANYA HUKUMAN MATI SAHAJA YANG LAYAK UNTUK DIA!.

Fuh! Kalau tengok sepanduk yang di pamerkan ini, boleh luruh jantung di buatnya!

Darrel dan Fadri hanya memerhati sahaja tanpa niat mahu membantu.

Sir Hardie sudah tidak keruan bila di caci maki sebegitu rupa!

Anggota polis yang membawa dirinya sudah menyumbat kan sir Hardie ke dalam kenderaan yang di naiki. Sesetengah anggota polis lain yang pula menenangkan kumpulan rusuhan itu.

Lemparan telur dan tepung masih lagi berlangsung sebelum kenderaan yang di naiki oleh Sir Hardie hilang dari pandangan.

Fadri, Darrel mula beransur pergi dari situ dengan di ikuti oleh Melaynie. Kelihatan gadis itu mengesat air mata yang membasahi pipinya.

MELAYNIE HANYA DUDUK termenung sahaja. Suasana petang yang diriuhkan dengan jeritan riang kanak - kanak dari kawasan berdekatan langsung tidak menganggu menungannya. Terasa lega bila angin petang menyapa wajahnya.

"Hmm.." Deheman memecahkan menungannya. Dia Melaynie masih lagi dengan reaksi nya tadi. Langsung tidak berpaling menghadap ke arah orang sedang melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Kenapa Laynie termenung sorang - sorang dekat sini?" Suara garau Darrel mula memecah keheningan antara mereka.

Melaynie tidak menjawab. Dia masih lagi asyik dengan menungannya.

"Laynie masih teringat kan arwah Harith ke?"

Berubah wajah Melaynie saat nama Harith meniti di bibir lelaki ini.

"Kalau dah tahu, buat apa lagi tanya.." Dingin Melaynie menjawab.

"Laynie... Look... Harith dah takde.. Dah tiga bulan dah dia meninggal.. Boleh tak Laynie hidup macam Laynie yang dulu?" Pinta Darrel.

Ya.. Hatinya tidak sanggup melihat keadaan Melaynie saat ini. Jasad nya sahaja yang teguh berdiri sedangkan hatinya...

Dia faham apa yang menimpa gadis ini.. Kehilangan nenek.. Selepas itu, ditimpa pula kehilangan sahabat... Mental pun boleh jatuh kalau begini... Tapi kalau tak dicegah, sampai bila gadis ini mahu meratap hiba sebegini?

Melaynie hanya tersebut sinis sahaja.

"Awak senang lah cakap.. Sebab awak bukan berada di tempat saya.. Cuba kalau awak ada di tempat saya.. Agak - agak awak akan cakap macam ni lagi tak?" Sembur Melaynie tanpa amaran. Malah, panggilan nama lelaki itu juga turut berubah.

Nasib baik tempat mereka jauh dan tersorok sedikit dari kawasan orang ramai. Kalau tak mesti viral di media sosial gara - gara suara petir Melaynie ini!

" Ya... Abang Darrel tahu... Tapi.. Laynie tak kesian ke dekat abang Fad, hah... Dia bermatian - matian lindungi Laynie,ceriakan Laynie... Tapi Laynie..." Ayat Darrel terhenti di situ sebelum keluhan di lepaskan. Dia mula bangun dari tempat duduknya sebelum berjalan sedikit ke depan.

Darrel menggenggam erat tangan di sisi. Nafasnya turun naik menahan rasa. Dia tidak marah—tidak pernah marah pada Melaynie. Tapi hatinya juga punya batas. Dia hanya mahu gadis itu kembali seperti dahulu. Sekurangnya, kembali bernafas tanpa beban yang menghancurkan dari dalam.

Melaynie mengalihkan pandangannya. Matanya memerah, namun dia enggan menangis. Tidak di depan Darrel.

"Lepaskan semuanya Laynie... Harith dah takde... Laynie masih ada abang Fad, ada abang Darrel, ada untie dan uncle... Jangan pendam kan lagi... Kesian kan lah dekat abang Laynie tu..." Pinta Darrel untuk sekian kalinya.

Melaynie tidak menjawab. Dia hanya menundukkan wajahnya ke bawah. Setitik demi setitik air mata mula menitik ke tapak tangannya.

Darrel yang melihat keadaan Melaynie itu hanya mengeluh kecil sahaja.

"Abang Darrel harap Melaynie pertimbangkan apa yang abang katakan tadi... Abang Darrel pergi dulu.." Usai berbicara, Darrel terus meninggalkan gadis itu sendirian di situ. Sebelum pergi, sesuatu yang berbentuk kecil di letakkan di sisi gadai itu.

Biarlah, biarlah gadis itu menenangkan hati nya dulu... Walaupun hatinya seakan sakit sekarang.. Tapi demi Melaynie, hatinya yang sakit hati di pujuk sendiri.

SEMINGGU KEMUDIAN...

SEMINGGU telah berlalu dan keadaan Melaynie sudah semakin membaik walaupun bukan pulih sepenuhnya. Keadaan nya dengan Fadri juga turut berubah. Dia lebih meluangkan masa dengan abangnya itu. Terima kasih pada nasihat Darrel pada dirinya tempoh hari.

Dan sekarang, dia dalam perjalanan menemui lelaki itu. Sesuatu yang di beri oleh lelaki itu seminggu yang lepas masih lagi elok dalam simpanan nya.

KELIBAT DARREL YANG bersandar pada palang, memandang jauh ke arah tasik yang tenang menghijau di hadapan, menjadi panorama yang menyamankan jiwa. Kemeja biru laut yang tersarung kemas di tubuhnya, dipadankan dengan jeans hitam, menyerlahkan ketampanan lelaki itu dalam kesederhanaan.

"Ehemm.." Satu deheman kecil kedengaran, memecah sunyi petang itu.

Darrel berpaling pantas, seolah mengenali suara itu dalam sekilas dengar. Wajah lembut Melaynie menyapa pandangannya.

"Hei..." sapanya, bibir mengukir senyuman ceria.

"Hai..." jawab Melaynie, turut tersenyum, sebelum mendekat dan berdiri di sisi lelaki itu, sama-sama merenung ke permukaan tasik yang tenang.

Beberapa saat berlalu dalam diam. Melaynie kemudian berdehem perlahan, tangannya menyeluk beg tangan.

"Nah." Ujarnya pendek, sambil menghulurkan sesuatu—pemberian Darrel, seminggu yang lalu.

Wajah Darrel berubah serta-merta. Riak ceria tadi lenyap, diganti mendung yang sukar disembunyikan. Tangannya teragak-agak untuk menyambut semula pemberian itu.

Melaynie hanya tersenyum kecil melihat reaksi lelaki itu.

"Laynie tahu... abang Darrel sangat berharap Laynie terima pemberian ni. Tapi... macam yang abang sendiri tahu... Laynie belum mampu. Bukan Laynie tak nak, tapi hati Laynie..." Dia menarik nafas perlahan.

"Hati Laynie belum bersedia untuk menerima apa-apa... termasuk pemberian ini."

Darrel memandang kotak kecil di tangannya. Lama. Jemarinya mengelus lembut permukaannya, seolah-olah masih berharap keajaiban akan berlaku. Helaan nafasnya berat, namun dia cuba mengukir senyuman meskipun jelas payah.

"Abang Darrel tak marah," suaranya perlahan, nyaris dibawa angin petang.

"Abang Darrel cuma... sedih sikit. Tapi abang faham."

Melaynie tidak membalas. Dia hanya memandang jauh ke hadapan, membiarkan angin mengibarkan helaian rambutnya yang terlepas dari sanggul. Damai, tapi dalam diam itu—ada luka yang belum sembuh.

"Laynie cuma tak nak bagi harapan," akhirnya dia bersuara, perlahan namun tegas.

"Sebab hati Laynie masih samar. Laynie tak nak jadi kejam."

Darrel ketawa kecil, sinis kepada dirinya sendiri.

"Kejujuran tu bukan kejam, Laynie. Menipu perasaan sendiri... itu lagi menyakitkan."

Sejenak, mereka kembali diam. Tasik di hadapan berombak perlahan, seolah memahami emosi mereka yang berselirat. Seekor burung camar melintas di udara, membelah langit senja yang mula berubah warna.

"Tapi abang Darrel tetap akan tunggu," sambung Darrel, matanya tidak beralih dari wajah Melaynie.

"Kalau suatu hari nanti... hati Laynie terbuka walau sedikit untuk abang Darrel, abang Darrel akan tetap ada. Tapi kalau tak pun... abang tetap redha."

Melaynie mengetap bibir, menahan sesuatu yang mula menyesak di dada. Matanya berkaca, tapi dia pantas berpaling, tak mahu Darrel nampak.

"Abang Darrel... Laynie tak janji apa-apa."

"Abang Darrel tahu."

"Tapi terima kasih... sebab selalu ada."

Darrel mengangguk. Perlahan, dia menyimpan semula kotak kecil itu ke dalam poket jaket nya. Dia kemudian kembali menikmati angin petang.

"Terima kasih jugak sebab jaga Laynie dari abang jadi roh tak bernama dan jadi manusia sebenar... Laynie hargai sangat.." Suara sayu Melaynie kembali bergema lagi.

Ya... Segala memori tentang dia bersama dengan Darrel dari awal hingga akhir sentiasa bergayut di fikirannya.

"Dan terima kasih jugak selamatkan Laynie waktu tu.." Esakan Melaynie kedengaran. Darrel yang sudah melihat esakan Melaynie itu pantas membawa gadis itu ke dalam dakapannya. Belakang tubuh gadis itu di usap perlahan untuk menenangkan nya.

Melaynie turut membalas pelukan lelaki ini. Terasa nyaman sedikit hatinya saat berada dalam pelukan lelaki ini.

"Jangan menangis okay... Dan jangan ungkit memori tentang itu lagi... Itu adalah memori di masa silam kita... Dan abang Darrel harap... Laynie buka memori baharu dan jangan menyingkap memori lama lagi.." Nasihat Darrel lagi.

Melaynie menangguk mengerti di balik dakapan Darrel sebelum perlahan - lahan tubuh meleraikan dakapan nya.

"Dah okay?" Soal Darrel dengan prihatin.

Melaynie mengangguk perlahan sebelum air mata yang masih bersisa di pipi comel nya di sekat perlahan.

Darrel tersenyum manis sebelum kembali menatap tasik dengan suasana petang itu. Air mata Melaynie yang membasahi kemeja birunya tadi di biarkan aje. Melaynie juga turut juga seperti Darrel.

Kedua - dua figura itu mengelamun sambil menikmati angin petang. Fikiran kedua - duanya mula mencipta memori baru dan mula menghapuskan memori lama.

'Abang Darrel harap, Laynie akan terima kasih dan sayang Abnag Darrel ini... Abang Darrel tunggu.. "Doa Darrel di dalam hati.

The Memories...

Bukan atas kisah cinta sahaja.. Ia adalah berkisarkan memori terburuk yang pernah di alami oleh seseorang... Yang mana seseorang itu bertungkus lumus untuk cuba melenyapkan memori nya... Dan ada sesetengah nya untuk menggali dan cari tahu apa yang terjadi pada memorinya di masa lalu...

The Memories..

Hilangnya sebuah ingatan dan satu kepercayaan...

Lenyapnya satu ingatan dan kejujuran tentang satu kepercayaan mula di bangkitkan...

Itulah The Memories...

-TAMAT-

Akhirnya... Tamat sudah The Memories( kisah Melaynie dan Darrel /D) ... Terima kasih pada sudi yang membaca... Sis hargai... Jom kta beralih kepada Reeve dan Buta pula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience