MASUK HARI KEDUA di kampung, tapi riak Melaynie masih lagi seperti mula - mula sampai kelmarin.
Duduk berseorangan sambil termenung.
Dan tingkahnya itu juga menarik perhatian neneknya.
Terdetik riak kerisauan di wajah tua itu.
Yelah... Mana tak risaunya... Dari pagi sampai ke petang, hanya duduk termenung saja di pangkin...
Dan gara - gara tingkah aneh Melaynie itulah membuatkan Nek Esah terus menyoal siasat cucu lelakinya pula.
"NENEK tengok si Laynie tu asyik termenung aje sejak dua hari lepas... Dia ada masalah ke?" Soal Nek Esah kepada Fadri yang kebetulan sedang menolong dirinya membuat menu minum petang.
Fadri tidak menjawab soalan neneknya. Dia sibuk menguli doh untuk membuat kuih donat.
Wah... Lain macam si Fad ni! Rajin sungguh! Pandai menguli buat doh pulak tu!
Memang Fad ni rajin pun! Dulu masa ada arwah ibu dan bapa nya, dia ringan tulang membantu ibunya membuat kerja di dapur!
Kalau Melaynie pula,
Hmmm... Jangan harap lah!
Gadis itu lebih suka buat kerja lasak dari masuk ke dapur!
Dengar aje pasal dapur, memang liat budak tu nak masuk!
Dah! Full stop dulu pasal kisah lama si Melaynie! Sekarang kita fokus pada perbualan antara Nek Esah dengan Fadri ini...
"Fad... Kamu dengar tak apa yang nenek tanya ni..." Nek Esah masih lagi mengulang soalannya.
"Hah? Nek tanya Fad ke?"
Naik geram Nek Esah jadinya dengan ayat blur cucu lelakinya ini. Ada jugak aku hempuk dengan periuk ni karang!
"Adik kamu tu... Dah kenapa... Termenung sana... Termenung sini... Dia ada masalah ke..." Sekali lagi Nek Esah bertanya. Ni dah masuk kali ketiga Nek Esah bertanya... Kalau Fadri masih tak dapat tangkap jugak, memang nak kena hempuk dengan periuk lah jugak jawabnya! Biar berhubung sedikit sel - sel kepala otak cucu lelaki nya ini.
Agaknya, sebab hari - hari dapat kes baru... Tu yang jadi tepu sikit otak si Fad ni!
Fadri hanya menjungkit bahunya sahaja tanda dia pun tidak tahu dengan perilaku aneh Melaynie itu.
Kluk!!
"Aduh!!" Fadri mengaduh bila satu pukulan senduk hinggap di kepalanya! Nah! Kan dah mendapat! Padan muka!
"Apa ni Nek! Sakitlah!" Getus Fadri sambil menggosok kepalanya yang sedikit sengal. Gila betul nenek aku ni! Ganas gila!
"Biar kamu tu berakal sikit!" Perli Nek Esah selamba.
"Adik jadi macam tu pun... Masih buat tak tahu lagi... Cubalah tanya dulu... Apa masalah dia... Ni tak... Buat - buat tak tahu pulak..." Bebel Nek Esah.
Tangannya kembali menyambung semula pekerjaan nya yang tergendala tadi.
"Dah memang Fad tak tahu... Nak buat macam mana lagi..." Jawab Fadri nada perlahan. Takut nanti kena pelangkung lagi dengan neneknya ini! Mahu benjol kepalanya nanti!
"Sebab tulah... Nenek suruh kamu pergi tanya apa masalah dia... Bukan buat tak cakna dengan masalah dia..." Saran Nek Esah.
Fadri terdiam sejenak.
"Nak ke dia luah dekat Fad ni, Nek?"
Hampir tak bersuara Nek Esah dengan gelagat tiga suku cucu lelakinya ini! Haih... Nak kena agaknya di Fad ni dengan dia!
"Kamu abang dia... Darah daging dia... Cuba dulu... Kalau tak cuba... Mana kita tahu apa masalah dia..." Nasihat Nek Esah.
"Hmm... Baiklah kalau macam tu... Nanti Fad cuba slow talk dengan adik..." Putus Fadri. Dia kembali menguli semula doh.
Tersungging senyuman di bibir Nek Esah sebaik sahaja mendengar ayat cucu lelakinya itu.
Fadri ni kena push sikit bab ni!
Kadang - kadang otak Fadri ni adakalanya sedikit lembab juga walaupun luarannya kita tengok dia tegas dan dingin!
Tapi... Kalau bab nak selami hati orang... Terutama adiknya, Melaynie... Memang out!
Takpelah... Biarlah si Fad ni dulu bertanya tentang permasalahan adiknya!
Kalau tak jalan juga, barulah dia masuk campur!
Share this novel