BAB 14

Mystery & Detective Completed 11024

MEMBUNGKAM MELAYNIE bila di bebel oleh abangnya.

"Laynie... Kan abang Fad dah pesan... Jangan sesekali merayau dekat luar kalau takde apa yang mustahak..." Bebel Fadri sambil bercekak pinggang menghadap adiknya yang menikus di sofa.

Bagai nak luruh jantungnya bila melihat kelibat Melaynie sedang berjalan sendirian di salah satu kawasan yang kelihatan amat sunyi sekali.

Nasib baik waktu tu dia dengan sahabat - sahabatnya Bob dan Wadi sedang dalam perjalanan pulang dari satu kes terserempak dengan gadis itu di kawasan itu. Dah lah kawasan yang dilalui Melaynie tadi kawasan yang kerap berlakunya jenayah.

"Alah... Laynie bukan pergi mana pun... Laynie cuma pergi rumah kawan Laynie aje..." Balas Melaynie perlahan. Kepala nya masih di tunduk kerana tidak mahu memandang wajah abangnya yang sememangnya sudah tegang sekarang.

Mengeluh keras Fadri mendengar balasan adiknya itu.

" Abang tak larang pun Laynie nak pergi mana... Tapi dengan keadaan Laynie yang masih tak berapa sihat ni... Abang memang tak izinkan..." Tegas Fadri.

Dia bukan saja - saja tak memberi kebebasan pada Melaynie untuk bersosial di luar... Dia bagi... Tapi...

Yang dia risaukan sekarang adalah kesihatan adiknya ini... Adiknya ini baru saja sembuh dari koma dan masih lagi dalam pemantauan... Tapi dengan kedegilan adiknya ini... Nak tak nak... Terpaksa lah juga dia menggunakan kuasa veto nya sebagai abang walaupun kedengaran kejam bunyinya...

"Abang memang... Apa yang Laynie buat semua tak betul dekat mata abang... Bencilah kalau macam ni!" Rengus Melaynie. Bingkas dia bangun dari sofa terus melangkah laju menuju ke tingkat atas tanpa mempedulikan panggilan abangnya.

Tidak lama kemudian, berdentum bunyi pintu bilik di tutup dari dalam.

Mengeluh keras Fadri melihat tingkah adiknya.

Belakang kepala di garu kasar.

Pertengkaran mereka dia beradik menjadi tatapan dua sahabat Fadri di laman luar dan juga D yang turut berada di ruang tamu itu. Menggeleng kepala D melihat situasi itu sebelum dia menghilang dari ruang tamu. Manakala Fadri pula kembali menyertai dua sahabatnya di luar rumah.

"BRO... Aku nak cakap sikit boleh?"

Pantas Fadri memanggungkan kepalanya menghadap Wadi yang duduk berhadapan dirinya.

Ketika ini mereka berdua berada di luar rumah Fadri.

Ya... Mereka berdua sekarang singgah sebentar di rumah Fadri sebelum bertolak balik ke balai.

" Apa dia? "

" Hmm... Sorry lah kalau aku terdengar apa yang kau dengan adik kau bertekak dekat ruang tamu tadi..." Sebelum memulakan perbualan, Wadi terlebih dahulu meminta maaf kalau dia tercuri dengar apa yang Fadri denga pagi Melaynie bertekak tadi.

Hmm... Tak payah cakap tercuri dengar pun takpe! Kalau apa yang si Fadri cakap tadi pun boleh ke luar ni dengar! Patutlah si Laynie tak betah tinggal lama - lama dekat ruang tamu tadi.

"Aku bukan nak masuk campur apa yang kau buat tadi... Tapi... Seeloknya... Jangan lah kau bersikeras macam tu dengan adik kau... Kesian tau aku tengok dia tadi..." Wadi memula perbualan.

Fadri hanya mendiamkan diri sahaja.

Melihat sahabat nya itu masih mendiamkan diri, Wadi mula menyambung lagi ayatnya.

" Kau tak boleh berkeras macam tu dengan dia... Ya... Kita tahu... Kita berkeras macam tu sebab kita risaukan dia... Tapi... Cara kau tak berapa kena tau tak... Bayangkan... Laynie tu dah besar... Kau pulak bila cakap dengan dia macam budak kecik kau buat dia... Aku tahu apa yang kau tegur tadi tak salah... Tapi cara kau tu... Pendekatan kau tu yang salah... Takut nanti... Bila pendekatan kau macam ni... Akan buat dia semakin menjauhi kau pulak... " Tegur Wadi secara berhemah.

"Aku tau kau masih risaukan dia sebab dia baru sedar dari koma kan... Tapi... Percayalah... Adik kau tu dah cukup kuat untuk tempuhi semua ni... Kalau nak tegur pun biar kena cara... Kena dengan situasi..." Smabung Wadi lagi.

Sejujurnya, dia pun tidak menyenangi cara Fadri menyekat pergerakan Melaynie itu. Dia pun tahu kerisauan Fadri pada adiknya itu. Tapi... Sebagai kawan... Bila melihat cara sahabat itu sudah keterlaluan, dia patut juga tegur.

Lama Fadri mendiamkan diri sebelum dia menghela nafas agak panjang.

Rambutnya di raup sebelum dia bersuara.

"Entah lah, Wadi... Aku jadi paranoid sejak mama dan babah aku meninggal dalam kes kebakaran 2 tahun lepas... Aku tak nak kehilangan satu - satunya ahli keluarga yang aku ada... Aku tak nak benda lama tu berulang lagi sebab tu aku sengaja sekat pergerakan dia... Aku tak nak hilang satu - satu nya adik perempuan yang aku ada... "Bergetar suara Fadri bila perihal kedua - dua ibu bapa nya di sebut.

Wadi dan Bob mendiamkan diri bila mendengar cerita sahabat mereka itu.

Ya... Mereka sudah sedia maklum yang kedua - dua ibu bapa Fadri dan Melaynie meninggal dunia dalam kebakaran rumah 2 tahun lepas. Itu sahaja yang mereka berdua tahu. Perihal pasal Darrel pula mereka masih dalam proses berkenalan dengan lelaki itu. Yang mereka tahu... Darrel adalah sahabat karib Fadri!

"Ya... Aku faham... Tapi seeloknya... Kau cuba dekati adik kau dengan cara yang lembut... Selami hati dia... Selama ni... Kau terlalu sibuk dengan kerja kaukan... Jadi sekarang... Ambik kesempatan ni dan luang kan masa dengan dia... Dan cuba untuk selami hati dia pulak..."Nasihat Wadi lagi.

Bahu rakannya itu di tepuk perlahan.

Fadri memicit dahinya sebelum mengangguk kepala tanda mengerti akan nasihat rakannya itu.

Tapi...

Boleh ke dia pujuk Melaynie yang sudah pun melancarkan perang dingin dengannya tadi?

Macam mana agaknya si Fadri ni nak pujuk adik dia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience