HABIS KERJA DI BALAI POLIS, Fadri meluncur laju kenderaan yang di bawa membelah jalan raya yang semakin semakin penuh dengan kenderaan.
Maklumlah... Waktu puncak kan... Mesti kenderaan dari pelbagai lapisan masyarakat yang baru pulang dari kerja...
Kenderaan yang di pandu terus di bawa ke arah sebuah hospital yang terletak di pinggir bandar besar.
Kenderaan nya diparkir sebelum dia keluar dari perut kereta.
Alarm kereta di tekan sebelum dia bergegas masuk ke dalam bangunan tersebut.
PARA PETUGAS DI HOSPITAL ITU di sapa ramah... Mungkin di sebabkan dia selalu berkunjung di hospital itu membuatkan dirinya disenangi oleh para pertugas...
Tapi kan... Ada apa si Fadri ni berkunjung ke hospital ni?
Ada seseorang yang dia kenal sakit ke?
Takkan si Melaynie pulak...
Hish... Melaynie dah keluar dari hospital dua hari lepas... Lagipun ini bukan hospital sama yang menempatkan Melaynie tempoh hari...
Susahlah nak agak!
Tak payah nak agak!
Nanti kita tahulah siapa gerangan yang fadri kunjungi ni!
DARI KEJAUHAN, susuk tubuh seseorang yang amat di kenali sedang menuju ke arah bilik yang sama ditujui oleh Fadri.
"Tuan Duan..." Sapa Fadri pada lelaki pertengahan usia 50 - an itu sebaik sahaja sampai di situ.
Lelaki yang di sapa 'Tuan Duan' hanya tersenyum kecil sebelum bahu Fadri di tepuk perlahan.
"Tak payah lah panggil saya Tuan lagi Fad... Saya dah bersara pun dari dunia polis ni... Panggil uncle Duan pun dah cukup..." Tegur Tuan Duan bila mendengar panggilan yang keluar dari mulut bekas anak didiknya ini.
Fad tersengih malu bila ditegur sebegitu oleh bekas atasannya ini.
" Dah jom masuk... Darrel dah lama tunggu kamu dekat dalam... "Ajak Tuan Duan pada Fadri.
Fadri mengangguk perlahan sebelum kedua - dua meloloskan diri ke dalam bilik tersebut.
TAK BERKELIP MATA Fadri melihat wajah Darrel yang cengkung itu... Kemudian bebola matanya beralih pada topeng oksigen yang di pakai oleh lelaki ini sejak dari hari pertama dia terlantar...
Ya... Lelaki ini adalah Darrel... Sahabat baik Fadri... Darrel terlantar di atas katil ini sejak mengalami kemalangan 2 tahun lepas...
Dan sekarang...
Lelaki ini hanya mampu bergantung harap pada topeng oksigen ini sahaja.
"Macam mana dengan kerja kamu Fad?" Tanya Tuan Duan sebelum dia melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan dengan Fadri yang sedang di atas kerusi di sisi Darrel.
"Okay aje uncle... Tapi tahulah kan... Kalau takde kes... Bukan polis namanya..." Jawab Fadri dengan nada seloroh.
Tuan Duan hanya ketawa kecil sahaja mendengar jawapan Fadri itu.
"Adik kamu macam mana... Katanya masuk hospital dua hari lepas... Dia dah okay ke..." Soal Tuan Duan lagi berkenaan adik Fadri pula.
"Dia dah okay... Sekarang tengah berehat dekat rumah sebelum kembali semula ke sekolah nanti..."
Tuan Duan mengangguk mengerti sebelum kedua - dua mula mendiamkan diri.
Kedua - duanya ralit memerhati tubuh kaku Darrel itu.
"Kamu masih lagi siasat tentang kes tu?" Tuan Duan tiba - tiba menyoal Fadri.
Matanya mula tajam menikam wajah Fadri yang mula berubah riak mendengar soalan nya tadi.
"Uncle harap kamu tutup kes itu dan cari kes lain untuk di siasat... Uncle bukan apa... Uncle tak nak kamu jadi macam Arrel ini nanti..."
Seboleh - boleh nya dia tidak mahu Fadri terjebak dengan kes itu...
Cukuplah Darrel seorang menjadi mangsa setelah terjebak dalam kes ini... Sehingga menyebabkan anak lelaki nya itu terlantar sehingga kini...
" Uncle harap kamu tidak terjebak dalam kes ni... Uncle tak nak adik kamu jadi mangsa nanti... Cukuplah orang tua kamu dah jadi mangsanya... Uncle tak nak kamu dan adik kamu jadi mangsa seterusnya..." Air matanya mula bergenang bila memikirkan masa lalu...
Sebak hati nya bila satu - satunya sahabat karibnya menjadi mangsa kerakusan manusia yang berhati syaitan.
Dan kerakusan itu jugalah hampir meragut nyawa anaknya serta Melaynie...
Dan akibat dari peristiwa itu, Darrel terlantar koma hampir 2 tahun lamanya...
Membungkam Fadri bila di tegur sebegitu oleh bekas atasannya ini.
Lebih - lebih lagi perihal tentang ibu bapanya di sebut... Lagi bertambah sebu hatinya...
Tuan Duan bangun dari tempat duduknya sebelum melangkah menuju ke arah Fadri yang mengelamun itu.
Bahu anak muda itu di tepuk perlahan.
"Ikutlah nasihat uncle ni... Buang kes itu dan ambil kes yang lain... Kerana keselamatan orang yang tersayang adalah segala - galanya bagi kita..." Nasihat Tuan Duan pada Fadri.
Dia tahu.... Agak sukar untuk membentuk jati diri Fadri ini setelah apa yang terjadi pada keluarga dan sahabat karibnya...
Tapi dia tidak berputus asa untuk menasihati bekas anak didiknya ini...
Fadri hanya tersenyum mengangguk tanda mengerti akan nasihat orang yang berjasa pada dirinya ini...
Tapi tanpa pengetahuan Tuan Duan sendiri...
Fadri masih lagi menyimpan hasrat untuk mengorek dan menggali lebih dalam lagi tentang kes ini...
Di takkan akan menyerah! Demi orang tua nya, Darrel dan Melaynie!
Share this novel