MENGELUH PERLAHAN Fadri bila kenyataan yang keluar dari mulut doktor yang merawat adiknya menerjah gegendang telinganya.
"Kami dah buat pemeriksaan secara menyuruh dan ini..." Filem Xray di tayangkan pada Fadri yang sedang tekun mendengar penerangannya.
"Adalah hasil dari Imbasan yang lakukan tadi... Ingatan Cik Melaynie sudah hampir pulih sepenuhnya... Dan kena ingat satu benda sahaja Encik Fadri..."
Dada Fadri mula terasa berdebar.
"Apa dia doktor..."
"Kesan dari kecederaan kepala yang Cik Melaynie hidapi akibat kemalangan 3 bulan lepas boleh menyebabkan trauma dalam suatu jangka waktu yang sukar di ketahui... Tingkah dan perilaku Cik Melaynie akan bertindak balas bila Otaknya mula memproses ingatannya tentang masa lalu... "Terang doktor itu.
Fadri mula meraup rambutnya saat mengetahui satu kebenaran yang keluar dari mulut doktor muda ini.
" Dan satu lagi Encik Fadri kena ingat dan ambil maklum... Trauma yang dialami akibat peristiwa yang terjadi pada Cik Melaynie dulu... Boleh.. Membuatkan adik Encik cenderung ke arah membunuh diri..." Berat mulut doktor muda itu mahu memberitahu kepada penjaga pesakitnya ini.
Tetapi kebenaran tetap kebenaran!
Dan penjaga pesakit yang di rawatnya berhak mengetahui status kesihatan pesakit itu sendiri. Supaya lebih mudah untuk penjaga bersedia akan sebarang kemungkinan di akan datang!
Hati Fadri bagai di sagat dengan sebilah pisau saat telinganya mendengar penerangan doktor muda ini. Leher dan wajah nya mula tegang menahan rasa yang bercampur baur saat ini.
Dia berteluku seketika sebelum meraup mukanya dengan sedikit kasar.
"Saya akan rujuk kes Cik Melaynie kepada pakar psikologi dan Cik Melaynie akan menjalani rawatan susulan di situ nanti..." Doktor muda yang di beri nama Doktor Faisal memberi cadangan.
Fadri hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak tahu lagi mahu berkata apa.
Hanya anggukan sahaja yang mampu diberikan saat ini kepada doktor muda itu..
Belum sempat doktor itu mahu menaip sesuatu di komputer nya, pintu biliknya tiba - tiba di terjah masuk oleh seorang jururawat dengan wajah yang sungguh cemas!
"Doktor! We need your help!"
"What's wrong?"
"Pesakit bernama Cik Melaynie mula mengamuk!" Adu jururawat itu pada doktor Faisal dengan nafas tercungap - cungap.
"What's?"
Membesar mata kedua - dua nya saat mendengar ayat jururawat itu.
Tanpa berlengah, Doktor Faisal bingkas bangun dari tempat duduknya terus melangkah keluar dari biliknya dengan di ikuti oleh jururawat dan Fadri dari belakang.
Wajah Fadri mula berubah cemas seperti wajah jururawat tadi.
Tubuhnya mula menggigil memikirkan keadaan adiknya.
Haraplah tiada apa yang terjadi pada adiknya itu!
"ENCIK TAK boleh masuk ke dalam ya... Sila tunggu dekat luar..." Pinta jururawat yang menerjah masuk bilik doktor tadi pada Fadri.
Fadri akur dengan permintaan jururawat itu walaupun hati nya membantah mahu masuk ke dalam untuk mengetahui keadaan adiknya.
Prosedur hospital harus diikuti walau apa pun keadaannya!
Fadri tidak senang duduk. Dia mula mundar mandir di luar wad adiknya.
Amukan dan jerit pekik Melaynie pada doktor dan jururawat yang bertugas di dalam membuatkan hati Fadri tidak keruan.
Dia mula mendekati bangku yang berada di luar wad dan perlahan - lahan punggung nya di labuh pada bangku itu.
Dia berteleku dengan kedua - dua belah tangannya di genggam erat.
Jelas kelihatan kedua - dua tangan nya mula menggigil!
Jerit pekik Melaynie di dalam membuatkan ingatannya pada 2 tahun lepas kembali menjengah mindanya!
Ya... Jeritan yang sama berulang kembali!
Share this novel