BAB 59

Mystery & Detective Completed 11024

MELAYNIE HANYA memerhati sahaja tingkah Sir Hardie yang sedang duduk santai di atas kerusi di satu sudut. Lelaki itu asyik bermain dengan pisau di tangan. Kemudian, dia mula berkalih memandang tubuh lemah Harith di sebelah sebelum kembali menatap wajah sir Hardie.

"Kenapa Sir Hardie buat kitorang macam mana ni? Apa faedah yang Sir dapat dari culik saya dan buat Harith menderita?" Soal Melaynie secara tiba - tiba. Tingkah Sir Hardie yang sedang asyik dengan pisau di tangan terhenti sebelum pisau itu di letakkan di atas meja yang sedikit usang. Dia kemudian bangun dari tempat duduk nya sebelum melangkah perlahan mendekati Melaynie. Dia kemudian mencangkung di hadapan gadis itu.

"Kau tanya apa faedah yang aku dapat dri semua ni? Banyak tau... Salah satunya... Untuk 'matikan' kau... Simple right?" Sengihan psikonya terukir di bibir. Mata helangnya tajam menikam ke wajah Melaynie sehingga kan gadis itu menggeletar ketakutan.

Dia mengeluh perlahan sebelum bangun dari mencangkungnya.

"Aku nak 'matikan' kau sama macam orang yang si bodoh ni sayang!" Serentak itu juga tubuh lemah Harith di sepak laju. Mengerang kesakitan bila sepakan Sir Hardie mengenai perut nya yang belum pulih dari hentaman Sir Hardie tempoh hari. Terjerit kecil Melaynie melihat tindakan kejam Sir Hardie itu.

"Tak guna aku simpan 'adik' yang tak berguna macam dia ni!" Cemuh Sir hardie lagi.

Wajah Melaynie jelas terkejut bila mulut Sir Hardie menyebut perkataan 'adik'.

"Adik? Apa maksud Sir ni?" Soal Melaynie keliru.

Adik?

Sir Hardie masih lagi dengan sengih sinisnya.

"Aku ingatkan kau ni cerdik.. Tapi bengap rupanya! Ya.. Si tak guna ni adik aku! Bapak sama, lain mak!"

"Aku ingatkan hidup aku bahagia lah nanti.. Tapi di sebabkan ada parasit macam dia dengan mak tak guna dia tu, hidup aku hancur tau tak! Mama aku hilangkan diri dan papa aku mati!" Ujar Sir Hardie lagi.

"Di sebabkan aku nak sangat tengok family parasit ni hancur macam mana hidup aku hancur, aku buat sesuatu... Kau nak tahu tak, apa yang aku dah buat?" Mata tajam menikam ke riak wajah Melaynie jelas menggigil ketakutan.

"Aku dah musnah kan hidup orang yang si bodoh ni sayang! Puas hati aku! Hahaha!!" Gelak sakan Sir Hardie bila menceritakan kisah perit itu. Seolah - olah kisah itu lucu bagi dirinya.

"Cukup, Hardie! Cukup! Jangan kau nak bukak kisah tu lagi! Tak puas ke kau dah seksa aku macam ni.. Sampai kan dia yang jadi arwah pun kau masih lagi nak bukak aib dia?" Tidak semena - mena Harith berteriak nyaring pada Sir Hardie. Perlahan - lahan dia bangkit dari kesakitan yang di alami tadi.

"Cukuplah! Lepaskan Melaynie! Jangan buat dia sama seperti mangsa - mangsa kau yang lain... Memori dia berkaitan dengan semua tu takde dekat dia... Jadi aku merayu dekat kau... Lepaskan dia!"

BUKK!!

Sekali lagi satu sepakan mengenai perut Harith. Terbatuk - batuk lelaki itu bila sepakan mengenai perutnya. Darah mula mengalir dari celah bibirnya.

"Kau tak payah nak cakap banyak lah dekat sini.. Tak laku pun.. Hyena dah mati pun... Kau nak back up dia lagi buat apa?"

"Memang dia takde memori tu... Tapi.. Dia ada pertalian darah dengan orang tua yang kita bunuh dulu... Kalau dia bukak balik kisah tu nanti... Agak - agak apa yang terjadi dekat kau dengan aku nanti?" Rambut Harith di cengkam rakus. Terpejam mata Harith saat di kasari sebegitu rupa oleh 'abangnya' ini.

"Haih... Jadi malas aku nak layan kau ni... Baik aku terus kan aje tugas aku!" Rambut Harith di lepaskan kasar sebelum dia mula melangkah menuju ke arah meja usang yang di tinggalkan tadi.

Dia terfikir sesuatu sebelum kembali menatap wajah Harith.

"Kau tak payah nak protect sangat perempuan ni.. Dia tak sayang dan cintakan kau pun.. Dia dah ada lelaki yang dia suka.. Kau nak tahu siapa lelaki itu... Tu, member abang dia sendiri... Kau ingat... Dia nak ke kenankan adik dia dengan lelaki yang dah buat hidup family dia yang kau dah musnah kan? Memang taklah.. "Cemuh sir Hardie lagi. Gambar Darrel yang tertampal di dinding berlumut itu di tunding laju. Bukan gambar Darrel aje berada situ. Gambar Fadri, Bob, Wadi, Melaynie dan juga orang Darrel turut di tampal di situ. Pisau berkilat yang berada di atas meja usang di capai. Melaynie sudah mula menelan liur bila melihat Sir Hardie mula bermain dengan benda tajam dan berkilat itu. Wajah pucat Melaynie yang sudah berubah pucat sepucatnya di kerling sekilas sebelum benda tajam di tangan di bawa menghampiri gadis itu. Melaynie sudah mula mengesot badan nya hingga merapat ke dinding.

Tetapi belum sempat dia menghampiri Melaynie,

Gedebuk!

Tubuhnya mula di rempuh kasar oleh Harith sehingga menyebabkan kedua - duanya tersasar ke tepi.

"Sakitlah bo.." Tak sempat sir Hardie mahu memaki bila wajah nya sudah menjadi habuan Harith.

Buk!! Buk!! BUKK!!

Berkali kali wajah sir Hardie mendapat tumbukan padu dari Harith. Darah dari muka Sir Hardie mula memercik ke wajah Harith. Melaynie yang melihat perkelahian itu hanya membatu di tempat nya.

Bebola matanya tidak lepas dari melihat tingkah Harith yang sudah naik gila itu.

"Dari dulu lagi aku sepatutnya bunuh kau ni! Orang gila macam kau ni tak patut hidup tau tak!" Jerkah Harith pada sir Hardie yang sudah terkulai lemah. Tangannya yang menumbuk muka si psikopat ini tadi di alih kan sebelum nafasnya di hela panjang. Dia bangun perlahan - lahan sebelum melangkah perlahan menuju ke arah Melaynie. Dia melutut di hadapan gadis itu sebelum tali yang mengikat tubuh Melaynie di buka perlahan. Melaynie hanya memerhati sahaja tingkah dingin Harith ini. Tali yang mengikat tubuh Melaynie sudah dilepaskan.

Tanpa banyak bicara, tubuh lemah Melaynie di bangunkan. Belum sempat mereka berdua mahu melangkah,

Zapp!!!

Satu benda tajam mula menerobos belakang tubuh Harith. Harith mula berdesis kesakitan. Melaynie yang melihat wajah berkerut Harith itu pantas menoleh ke belakang lelaki itu.

Membesar matanya melihat pisau berkilat milik Sir Hardie terpacak di belakang lelaki ini.

"Harith??" Hampir tak bersuara Melaynie menyeru nama lelaki ini. Harith hanya tersenyum lemah sebelum berpaling ke belakang. Dia mula menyerang Sir Hardie. Perkelahian kali kedua mula berlaku.

Melaynie masih lagi terpaku di tempat nya. Dia tidak tahu mahu lakukan apa lagi. Otaknya seolah - olah tepu saat ini!

"Pergi sekarang, Laynie... Pergi sekarang lepaskan diri kau!" Arah Harith pada Melaynie. Dia masih lagi kelihatan sibuk berbalas tumbukan dengan sir Hardie walaupun dia sudah mula beransur lemah.

Melaynie masih lagi membatu. Matanya terpaku lagi pada Harith.

"Melaynie!!!" Teriakan dari Harith mengejutkan gadis itu.

"Kau tunggu apa lagi! Kau blah sekarang sebelum si psiko ni terlepas! Blah sekarang!" Halau Harith kasar.

PANTAS Melaynie mengatur langkah untuk keluar dari ruangan itu. Tubuh nya masih lagi dalam keadaan lemah tetapi dengan kudrat yang masih bersisa, dia melangkah juga.

Harith hanya memerhati sahaja kelibat Melaynie yang sudah menghilang.

Zappp!! Zappp!!

Perut nya mula terasa pedih bila tusukan demi tusukan dilakukan oleh Sir Hardie pada dirinya. Cengkaman tangan nya pada Sir Hardie sebelum dia terjelepok berguling ke sebelah. Darah dari belakang dan perut nya mula membuak keluar. Bingkas air Hardie bangkit sebelum dia melakukan tusukan kali ketiga pada Harith.

Burkkk!!

Darah mula keluar dari mulut Harith!

Sir Hardie mengesat darah yang mengalir di celah bibir nya sebelum ketawa mengekek melihat Harith sudah seperti nyawa - nyawa ikan itu.

Pisau yang berlumuran darah di campak ke tepi sebelum sepucuk pistol yang jatuh berdekatan dengan kakinya ketika berkelahi dengan Harith tadi di capai.

Muncung pistol itu di tala ke arah Harith sebelum berbicara.

"Ini adalah balasan sebab kau dah mula bantai dan masuk campur dalam urusan aku!"

Bangg!!! Bang!!

Dua das tembakan mula kedengaran dan itu sudah cukup untuk mematikan Harith. Serta merta lelaki itu mati di situ dengan mata separuh terbuka.

Melaynie yang baru sahaja keluar dari bangunan usang itu sudah menggigil ketakutan saat mendengar bunyi tembakan tadi.

Harith!! Hatinya mula menjerit!

Tetapi langkah nya tetap di atur juga...

Pesanan Harith tadi masih terngiang di telinga nya.

Dsri kejauhan, dia sudah melihat jalan besar. Jalan nay masih lagi terhuyung hayang ketika cuba untuk menuju ke arah jalan besar.

Bangg!!

Satu tembakan mula kedengaran dan terus mengenai bahunya.

"ARGHH!!"

Tersungkur jatuh Melaynie di hadapan.

Sir Hardie yang melihat Melaynie sudah tersungkur jatuh mula berlari laju ke arah gadis itu!

"Kau nak lari ke mana, perempuan?" Suara garau Sir Hardie membuatkan Melaynie mengarahkan wajah ke arah lelaki itu. Serta merta muncul pistol yang digunakan menembak mati Harith tadi di acu tepat ke dahi Melaynie.

"Kau takkan dapat lari kan diri aku!"

Melaynie sudah menangis tersedu - sedu di situ!

Akan kah ada orang akan selamatkan dia dari lelaki gila ini?

Aduh melaynie

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience