KHABAR ANGIN tentang pensyarah baru yang akan mengajar di kelas yang diduduki oleh Melaynie dan Harith membuatkan keadaan kelas kecoh seketika!
Melaynie hanya memerhatikan sahaja kekecohan yang berlaku di sekitarnya.
Mahu masuk campur memang bukan hobinya!
Malaslah dia nak port! Bukan menguntungkan pun! Baik dia buat kerja sendiri dari menyertai gosip liar dari pelajar - pelajar kelasnya ini...
Harith pula masih lagi berbual dengan beberapa orang pelajar lelaki di tempat duduk belakang!
Sesekali kedengaran suara garau mereka menerjah gegendang telinganya...
Haih... Harith pun join group gossip jugak ke?
Harith nak join group gossip? Memang tak lah mamat tu nak join group gossip!
Cuba tengok diorang berbincang pasal apa! Dan tengok lagi geng budak lelaki yang Harith join tu! Semua ada buku dekat tangan tau!
Harith dengan buku kan berpisah tiada! Ulat bukulah katakan!
"Good morning..." Sapaan satu suara dari pintu masuk dewan kuliah membuatkan para pelajar berterabur mencari tempat duduk masing - masing! Termasuk Harith sekali! Bergegas dia kembali duduk di sebelah Melaynie!
Keadaan dewan kuliah kembali senyap bila melihat susuk tubuh seorang lelaki berdiri tegak di hadapan mereka.
"Hello, everyone... Saya adalah pensyarah baru yang akan mengajar kamu semua..." Terus terasa hening seketika bila suara garau itu bergema diserata dewan kuliah ini. Marker pen di ambil.
Nama seseorang di tulis pada papan putih di hadapan.
"My name is Hardie... You all boleh panggil I Sir Har aje..." Lelaki itu memperkenalkan dirinya.
Melaynie hanya menjeling sekilas sahaja pada lelaki yang memperkenalkan diri itu.
Selebihnya, dia hanya berminat pada buku di hadapan!
Kedengaran suara - suara bisikan mula riuh disekitar meja yang Di dudukinya.
Dia kembali menjeling ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang sejak dari tak habis - habis memuji ketampanan pensyarah baru itu!
"Okay... I dah selesai kan memperkenalkan diri I... Jadi sekarang... I nak you all pulak memperkenalkan diri you all pulak..." Keriuhan kembali membingit bila pensyarah baru yang Di kenali sebagai Sir Hardie itu menyuruh mereka semua memperkenalkan diri masing - masing.
Jelas sekali riak kesukaan terpancar di setiap wajah pelajar perempuan yang berada di situ. Tetapi tidak pada Melaynie!
Dia mula mengeluh kebosanan bila sesi memperkenalkan diri bermula!
Ini yang lemah ni!
Kalau takde sesi ni tak boleh ke! Asal ada aje pensyarah baru masuk, mesti ada sesi ni! Bosan betul lah! Rungut Melaynie!
Tetapi kebosanan yang Di alami ditahan juga bila sesi memperkenalkan diri susah bermula.
"MUAK BETUL aku dengan budak perempuan dalam kelas tadi... Tergedik - gedik... Macam monyet!" Sebaik sahaja kelas berakhir, Melaynie mula mengeluarkan kutukannya.
"Kau ni dah kenapa, Laynie... Tetiba naik angin ni... Kau marahkan siapa?" Pantas Harith menyoal bila melihat wajah cemberut rakannya ini.
"Takdelah... Kalau nak menggedik sangat... Tak payah lah nak menggedik dekat situ... Pensyarah baru tu pun satu hal... Kalau skip sesi perkenalan tu... Tak boleh ke... Kalau terus ke subjek yang Di ajar takpelah jugak... Ni tak... Sesi perkenalan jugak yang di buatnya dulu!" Habis topik pasal budak perempuan, topik pasal pensyarah baru pula menjadi bebelannya.
Harith yang mendengar bebelan Melaynie terus meledak tawanya.
Ooo... Pasal ni rupanya! Patutlah muka Melaynie tidak berapa ada mood sejak dari dalam kelas tadi!
" Yang kau ni pula dah kenapa ketawakan aku? Aku ada buat lawak ke?" Giliran Harith pula mendapat habuan dari Melaynie. Wajah Harith yang masih lagi dengan sisa ketawanya dikerling tajam!
"Sorry... Sorry..." Ujar Harith bersama ketawa nya yang masih bersisa.
"Alah kau ni pun... Chill lah... Aku yakin.. Esok mesti pensyarah baru tu dah mulakan pelajaran dia..." Samsung Harith lagi.
"Ceh! Banyak lah kau punya yakin!" Kutuk Melaynie selamba. Ketika ini mereka berdua sudah pun berada di luar kawasan universiti.
Harith masih lagi tersengih kambing melihat wajah cemberut sahabatnya ini...
Langkah Melaynie yang terhenti membuatkan Harith yang berada di belakang hampir melanggar tubuhnya.
"Kau dah kenapa tetiba stop ni?" Rungut Harith.
Nasib baik dia break cepat! Kalau tak, dah berdentum berlanggar dengan tubuh kecil molek si Laynie ni!
Dahlah si Laynie ni pendek bukan main!
Melaynie tidak menjawab rungutan Harith sebaliknya melepaskan keluhan kasar bila melihat seseorang yang amat dikenali sedang enak bersandar pada badan kereta sambil menunggu dirinya.
Apsal lah abang Fad ambik dia balik ni! Malas betul lah! Rungut Melaynie di dalam hati...
Tapi langkahnya di terus kan jua menuju ke arah Fadri yang sudah menunggu bersama senyumannya. Harith yang di belakang turut mengekori langkah gadis ini.
"Jom!" Ajak Fadri sebaik sahaja Melaynie sampai di hadapannya.
Melaynie mengeluh perlahan mendengar ajakan abangnya.
Dia berpaling ke arah Harith terus berkata pada sahabat nya itu.
"Okaylah Rith... Aku gerak dulu... Abang aku dah jemput ni..."
Harith memberi tanda okay pada pada Melaynie. Fadri yang berada di sebelah Melaynie ditunduk hormat sebelum dia terus berlalu dari situ.
Melaynie terus mara ke arah bahagian penumpang.
Belum sempat pintu kereta dibuka, suara Fadri sudah mula menghalang tindakannya.
"Laynie duduk belakang lah... Ada orang dekat depan tu..." Berkerut dahi Melaynie mendengar pernyataan keluar dari mulut abangnya ini. Arahan Fadri ikuti jua. Pintu penumpang belakang di buka lalu tubuh kecilnya di lolos masuk ke dalam perut kereta. Fadri sudah pun masuk ke dalam bahagian pemandu.
"Aku ikut kau balik rumah kau lah... Mama dengan papa aku takde dekat rumah..." Suara garau seseorang dari sebelah abangnya membuatkan tingkah Melaynie terhenti.
Suara tu! Macam pernah dia kenal!
Perlahan - lahan kepalanya di panggung ke hadapan.
Bulat mata nya bila pandangan matanya bertembung dengan pandangan orang di sebelah abangnya me lalui cermin pandang belakang.
D!!!
Apahal dia boleh berada dekat dalam kereta ini!
Share this novel