BAB 54

Mystery Completed 11084

HAMPIR LURUH JANTUNG FADRI dan Melaynie saat mendengar khabar yang rumah nenek mereka di kampung terbakar. Lebih parah lagi, Nek Esah tidak dapat di selamatkan dan sekarang jenazahnya wanita separuh abad itu berada di hospital.

Dan sekarang, Fadri dan adiknya bergegas menuju ke hospital dengan di temani oleh Darrel.

DARREL memecut kereta sambil sesekali mencuri pandang ke arah Melaynie di tempat duduk belakang. Melaynie memeluk beg kecilnya erat-erat, wajahnya basah dengan air mata yang tidak berhenti mengalir. Tangisannya teresak-esak, tetapi dia cuba menahan suara, agar tidak kedengaran di ruang kereta itu.

Fadri yang duduk di sebelah Melaynie meletakkan tangannya di atas bahu adiknya itu, memberikan sokongan dalam diam. Matanya sayu, memandang ke luar tingkap melihat langit yang mula kelam. Dia sendiri terasa berat dengan berita yang mereka terima. Emosinya kian memberat saat ini.

Darrel yang sedang memandu sedaya upaya untuk bertahan agar air mata tidak jatuh membasahi wajahnya.
Dia tahu, kehilangan ini adalah tamparan hebat buat Fadri dan Melaynie.

“Abang Fad... kenapa... kenapa mesti jadi macam ni?” suara Melaynie pecah dalam tangisan.

Fadri mengetap bibir. Kedua-dua tangannya menggenggam erat tangan adiknya.

"Abang tak tahu, Laynie... Abang tak tahu...” suaranya serak, penuh dengan kepedihan yang cuba ditahan.

Di kepalanya, terbayang senyuman Nek Esah—wanita yang membesarkan mereka setelah ibu bapa mereka tiada. Dia masih ingat kasih sayang yang di curahkan oleh wanita itu pada mereka, suara lembut yang sering menenangkan ketika dia dan Melaynie bertengkar, dan belaian penuh kasih setiap kali dia merasa gagal. Kini semua itu... hanya tinggal kenangan.

Sampai di hospital, Darrel memberhentikan kereta dengan kasar. Mereka bertiga terus meluru ke kaunter.

“Jenazah Nek Esah... di mana?” suara Fadri tergetar, tetapi tegas.

Petugas di kaunter memandang mereka dengan simpati.

“Bilik mayat... tingkat bawah. Takziah, encik.”

Jantung Fadri berdegup kencang. Dia memandang Melaynie yang hampir terjatuh kerana lututnya terasa lemah. Darrel segera memapahnya, membiarkan gadis itu bersandar padanya.

“Laynie... kita kena kuat,” bisik Fadri, namun dia sendiri terasa seperti nafasnya terhenti.

Dengan langkah berat, mereka menuju ke bilik yang paling ingin dielakkan, tetapi itulah satu-satunya tempat yang harus mereka hadapi saat ini.

TAK BERKUTIK MELAYNIE DI tempat nya saat ini. Dia hanya duduk termenung di kerusi luar bilik mayat sekarang. Manakala abangnya, Fadri masih lagi berbincang dengan pegawai polis yang mengendali kes yang menimpa nenek mereka ini. Darrel pula hanya berdiri membatu di sisi Melaynie. Wajah tanpa riak gadis itu di kerling sekilas. Kemudian, wajahnya jatuh pada susuk tubuh Fadri yang kelihatan serius mendengar penerangan dari pegawai polis yang bertanggungjawab ini.

Kelihatan perbincangan kedua - duanya sudah selesai sebelum pegawai yang berbicara dengan Fadri itu tadi meminta diri untuk beredar dari situ. Fadri mengangguk perlahan sebelum keluhan kasar di lepaskan. Dia mula menapak dengan langkah longlainya menuju ke arah Melaynie dan Darrel. Tempat di sebelah kiri adiknya di ambil. Tangan kecil Melaynie yang berada di paha gadis itu di genggam kemas.

"Kita balik hotel dulu ya, Laynie... Esok kita datang balik sini.." Pujuk Fadri pada adiknya. Melaynie hanya memandang sepi sahaja dengan pujukan abangnya itu. Fadri membangun kan Melaynie perlahan - lahan dari tempat duduk gadis itu dengan di bantu oleh Darrel.

Mereka bertiga mula menapak meninggalkan ruangan itu sebelum,

"Laynie!!" Tiba - tiba Fadri berteriak bila Melaynie sudah longlai tidak sedarkan diri di dalam dakapannya. Mujur juga Fadri cepat menangkap tubuh kecil adiknya ini. Kalau tidak, mungkin Melaynie akan tersungkur jatuh di atas lantai.

"Laynie!!" Berkali - kali Fadri cuba membangunkan adiknya tetapi tidak berjaya. Darrel pula sudah berlari mencari staff hospital yang berdekatan.

Kelam kabut seketika kawasan itu dengan derapan langkah beberapa orang staff hospital dan juga teriakan Fadri.

Apa dah jadi dengan Melaynie?

Moga tiada apa yang serius berlaku pada gadis itu!

Satu persatu orang yang di sayangi Fadri dan Melaynie telah pergi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience