BAB 8

Mystery & Detective Completed 11024

PANDANGAN MATA D tiba - tiba menjadi kabur...

Bukan itu sahaja...

Tubuhnya tiba - tiba menghilang sebelum dia muncul di sebuah bilik yang amat asing di pandangan matanya.

Matanya melilau memandang sekitar bilik itu sebelum matanya terpaku pada sekujur tubuh yang terbaring dengan memakai topeng oksigen.

Perlahan - lahan tubuh yang terlantar itu di dekati.

Semakin dia mendekat, dirasakan tubuh yang terlantar itu semakin menjauhi dirinya...

Pandangan mata nya tiba - tiba tertancap pada dua batang tubuh manusia sedang berdiri di sisi tubuh yang terlantar itu. Seorang lelaki dan seorang wanita.

"Arrel... Mama dan papa sentiasa ada di sisi Arrel... Mama harap... Arrel cepat sedar ya... We always miss you, sayang..." Suara bisikan wanita itu bergema sehingga membuatkan D bingung.

Mama? Papa?

Dua tubuh manusia itu di perhati lagi.

D merasa tidak puas hati bila hanya belakang tubuh sahaja menjadi tatapan nya.

Dia ingin melangkah lagi ke hadapan untuk melihat wajah ketiga - tiganya tetapi tidak berjaya bila langkah nya seperti tersekat sebelum dia tiba - tiba menghilang dari situ.

D KEMBALI muncul semula di bilik Melaynie dengan nafas tercungap - cungap.

Anak matanya meliar melihat kiri dan kanan...

Apakah maksud itu tadi?

Adakah dia bermimpi? Atau berhalusinasi?

Sejenak bayangan susuk tubuh lelaki dan wanita itu tadi mula menerpa mindnaya. Malah sebutan kedua - duanya masih lagi terngiang - ngiang di telinganya.

Papa? Mama?

Adakah dua orang itu ibu dan bapa nya?

Tapi...

Siapa yang terbaring di atas katil itu tadi?

Adakah dirinya?

D mula bingung!

Kepalanya mula terasa berdenyut bila dia memikir dengan lebih mendalam lagi.

MELAYNIE YANG baru sahaja keluar dari tandas hampir terjelepok di atas lantai bila D muncul secara tiba - tiba di hadapannya.

"Boleh tak lain kali kalau muncul tu bagitau dulu!" Marah Melaynie dengan nada perlahan.

Sakit betul hatinya dengan hantu rayau ni!

Dah berapa kali di pesan, tapi D hanya buat toya aje!

Alih - alih tiba muncul depan dia sekarang ni!

Nasib baik dia tak tergelincir tadi!

" Saya ada benda nak bagitau awak ni! Urgent sangat!" Beritahu D dengan wajah sedikit resah.

Dahi Melaynie mula berkerut.

"Urgent? Urgent apa nya?"

"Alah! Tak boleh bagitau dekat sini... Sini payah nak cakap!"

Belum sempat Melaynie mahu membalas, deringan loceng menandakan waktu rehat telah tamat.

"Sorry... Saya ada kelas lepas ni... Kalau nak cakap... Cakap dekat rumah nanti..." Ujar Melaynie sebelum berlalu meninggalkan D yang terpinga - pinga dengan reaksinya.

"Melaynie!"

Laungan D langsung tidak di endahkan.

TAPI AMANNYA hanya sementara sahaja.

Konsentrasi nya pada pelajaran mulai terganggu bila D tak sudah - sudah menganggu dirinya di sebalik tingkap kelas.

Puas sudah dia memberi isyarat kepada D untuk tidak menganggu dirinya di dalam kelas tetapi D hanya buat endah tak endah sahaja dengan isyarat nya.

Reaksinya yang bagai cacing kepanasan itu mengundang tanda tanya Harith yang duduk di sebelahnya.

"Kau kenapa ni Laynie? Kau okay ke... Dari tadi aku tengok kau macam tak okay aje..." Soal Harith tanpa tertangguh.

"Hah? Apa?" Tanya Melaynie hilang fokus. Dia jadi blur seketika dengan soalan rakannya ini.

"Tak... Yang kau ni dah kenapa... Dari tadi aku tengok macam ada yang tak kena aje... Kau okay ke tak ni..." Harith menyoal lagi sekali.

"Err... Aku okay aje... Takde apa - apa..." Pantas Melaynie menjawab.

"Betul ni kau takde apa - apa?" Soal Harith lagi dengan nada curiga.

"Ya... Betul... Aku okay aje... Dah... Jangan banyak tanya... Karang... Bising pulak Cikgu Luqman dekat tu nanti..." Putus Melaynie untuk menghentikan perbualan mereka.

Nanti tak pasal - pasal kena lempar dengan marker pen pulak dengan cikgu Bahasa Melayu mereka ini! Garangnya mengalahkan singa! Seriau di buatnya!

Harith mengangguk mengerti sebelum kembali fokus pada pembelajaran di hadapan walaupun masih lagi ragu dengan jawapan Melaynie ini.

Melaynie pun turut kembali fokus seperti Harith juga.

Takpe...

Sikit lagi dah nak sampai waktu balik!

Kau tengoklah bila sampai rumah nanti!

Siap aku gulai kan kau, D!

D... D.. Langsung tak menyabar...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience