MEREKA DI TEMPAT KEJADIAN...
Walaupun hampir dua minggu kejadian itu, mereka masih tidak berputus asa untuk mencari bukti yang boleh di kaitkan dalam kes pembunuhan tersebut.
"Kau Bob... Kau dengan Wadi pergi ke sana... Aku dengan Darrel pergi ke situ..." Arah Fadri pada sahabatnya. Bob dan Wadi mengangguk mengerti sebelum pergi ke tempat yang di arahkan. Sementara Fadri dan Darrel pergi arah yang bertentangan dengan jalan Bob dan Wadi. Kesemua mereka terus memasuki bangunan tersebut.
Bangunan itu sunyi, hampir tidak berpenghuni, dengan dindingnya penuh kesan vandalisme dan lantainya bersalut debu tebal. Lampu suluh kecil yang dibawa oleh Fadri dan Darrel memancar menembusi kegelapan, menampakkan serpihan kaca dan perabot lama yang berselerakan.
Fadri berhenti di tengah ruang utama, matanya meliar, memerhatikan setiap sudut.
"Tempat ini memang nampak menyeramkan. Tapi kalau ada bukti, mesti di sini," gumamnya, cuba menyakinkan diri.
Darrel mengangguk, berjalan perlahan di belakangnya sambil memeriksa kawasan sekitar.
"Aku tak faham kenapa pembunuh itu pilih tempat macam ni. Banyak sangat tempat lain yang lebih mudah untuk sembunyikan jejak."
"Kadang-kadang, pilihan tempat begini dibuat sebab mereka tahu orang takkan sangka. Kau faham, kan? Psikologi jenayah," balas Fadri tanpa berpaling.
Sementara itu, di bahagian lain bangunan, Bob dan Wadi menghadapi suasana yang sama sunyi. Namun, mereka terdengar bunyi kecil seperti sesuatu yang jatuh.
"Kau dengar tak?" soal Bob, tangannya sudah memegang erat batang kayu yang ditemuinya di luar tadi.
"Dengar," jawab Wadi ringkas, suaranya sedikit bergetar.
"Mungkin angin."
Namun, kedua-duanya tahu bunyi itu terlalu jelas untuk hanya sekadar angin. Mereka saling berpandangan sebelum melangkah perlahan ke arah bunyi itu. Mungkin bukti yang mereka cari sedang menunggu, atau mungkin bahaya yang tidak mereka jangka.
Dari kejauhan mereka mereka berdua melihat kelibat seseorang berpakaian hitam sedang terhendap memasuki bangunan usang itu.
Bob menyiku lengan Wadi supaya mereka mendekati orang tu dengan perlahan - lahan. Tetapi rancangan mereka tidak menjadi bila kasut yang di pakai oleh Bob terpijak sesuatu sehingga mengeluarkan bunyi. Orang yang berpakaian hitam itu tersentak dan terus menoleh ke belakang sebelum membuka langkahnya untuk melarikan dari situ.
"Hoi! Jangan lari!" Jerit Bob sebelum dia membuka langkah untuk mengejar lelaki itu. Wadi pula sudah memintas dari arah jalan lain.
Dan ternyata jeritan kedua - duanya didengari oleh Fadri dan Darrel sebelum kedua - duanya bergegas ke tempat Bob dan Wadi.
Sementara Bob dan Wadi pula masih mengejar lelaki itu sebelum,
Gedebuk!
Wadi dapat menyambar tubuh lelaki berpakaian hitam itu dari arah kiri. Maka, kedua - dua nya pun bergelut di situ. Dan ternyata, lelaki berpakaian hitam itu jaguh juga dalam ahli seni bela diri. Beberapa kali Wadi mendapat penangan dari lelaki ini sehingga dia terjelepuk di tepi dinding. Bob yang jaguh dalam taekwando juga dapat ditumpaskan oleh lelaki ini. Dia juga turut merengkok seperti Wadi.
Tanpa lelaki itu sedar, sesuatu ynag simpan dari poket seluar nya jatuh dan Wadi ketika itu merengkok kesakitan dapat menyembunyikan nya.
"Korang takkan dapat tangkap aku! Sebab aku adalah bayangan yang sentiasa memerhati korang semua!" Deram lelaki itu sebelum berlari laju dari situ sebaik sahaja melihat kelibat Darrel dan Fadri berlalu ke arah Wadi dan Bob.
"Bob!! Wadi!!" Panggil Fadri sebelum membantu kedua - dua sahabatnya ini bangun dari merengkok kesakitan. Jelas riak kesakitan terlakar di wajah kedua - dua sahabatnya ini. Darrel pula memerhati sekitar untuk memastikan kelibat lelaki itu.
"Ni.. Aku dapat sesuatu dari budak tu!" Beritahu Wadi sambil menyuakan sesuatu yang dia dapat tadi kepada ketiga - tiga sahabatnya.
Fadri pantas mencapai benda itu. Dahinya sudah berkerut melihat benda itu. Sebatang pen.
Nama yang terukir pada batang pen itu di baca!
H&M?
Kenapa hati dia sudah berasa tidak enak?
Share this novel