BAB 37 : THEME PARK

Romance Series 104277

GOLD COAST , AUSTRALIA

Sampai sahaja di Gold Coast, Tan sri Nazim telah menyewa sebuah chalet untuk mereka berlima.

Pada hari pertama mereka tiba di negara itu. Mereka hanya menghabiskan masa untuk pergi berjalan jalan di sekitar bandar gold coast itu sahaja.

******************************

Pada hari kedua pula, Tan sri Nazim perlu keluar untuk urasan kerja. Dan Puan sri Afifah menemaninya. Hanya tinggal Naufal, Natasya dan Nadzmi sahaja yang tinggal di chalet.

Ketika Natasya dan Naufal bersantai di atas katil di dalam bilik mereka. Tiba tiba sahaja bilik mereka dimasuki oleh Nadzmi tanpa mengetuk terlebih dahulu.

" Kau ni memang tak tahu hormat privasi orang kan. " sindir Naufal tak puas hati.

" Sorry. Alah bukannya aku masuk time korang tengah buat projek pun. Korang tengah boring kan. Jom ikut aku. " ajak Nadzmi.

" Pergi mana. " tanya Naufal dan Natasya serentak.

" Our dream. " jawab Nadzmi sambil tersenyum penuh makna.

Naufal dan Natasya dah berkerut dahi. Ke mana Nadzmi nak bawak mereka ni. Jangan tempat mengarut sudah.

*****************************

MOVIE WORLD THEME PARK

Muka mereka bertiga tidak lekang dengan senyuman sebaik sahaja melangkah masuk ke taman tema itu. Memang ini impian mereka bertiga nak datang bersuka ria di sini.

Natasya yang perempuan pun tak kurang terujanya. Kerana ini kali pertamanya le taman tema dan ke luar negara. Dirasakan seperti di sedang bermimpi.

Mereka bertiga bermain dengan pelbagai tarikan di situ. Dari untuk budak kecik sampailah yang extreme.

" Nadz mana kau dapat duit ajak kitorang datang enjoy kat sini. " tanya Natasya .

" Duit siapa lagi kalau bukan duit papa. " jawab Naufal tanpa perasaan.

" Haah. Tadi aku cakap kat papa yang kita nak datang sini. Pastu papa bagi kat aku credit card dia ni. So aku ambik jelah. Rezeki jangan di tolak. " kata Nadzmi sambil tersenyum riang.

" Takpe ke kita guna duit papa ni. " tanya Natasya risau. Dia dah mula rasa segan dengan bapa mertuanya itu.

" Takpe la. Lagipun siapa lagi yang nak habiskan duit papa kalau bukan kita dan mama. " kata Nadzmi selamber.

" Dan kalau kita tak terima duit atau apa apa yang papa bagi tu dia akan merajuk. " tambah Nadzmi lagi.

" Papa merajuk kalau kita tak ambik duit yang dia bagi? Betul ke Fal. " tanya Natasya tak percaya.

" Haah. Hari tu aku pernah mintak papa tak payah bagi duit belanja kat aku dah. Tapi papa marah kat aku. Pastu merajuk sampai seminggu dengan aku. Papa cakap selama ni dikerja penat penat sebab nak senangkan keluarga dia. Jadi bila kitorang tolak duit yang dia bagi tu dia rasa macam usaha dia selama ni sia sia. " cerita Naufal panjang lebar. Walaupun macam tak boleh dipercayai tapi itulah kenyataannya.

" Ooo... " Natasya sudah mengangguk angguk perlahan. Berbeza sungguh Tan sri Nazim dengan bapaknya itu. Macam langit dengan bumi.

"Wei korang... jom naik roller coaster nak. " ajak Nadzmi sambil menunjuk ke arah satu roller coaster itu.

" Kau boleh ke naik benda tu. Nanti tak pasal pasal kau muntah pulak. " duga Naufal tak yakin dengan si kembar.

" Mana ada. Ke kau yang takut nak naik. Yelah takut hilang macho depan bini kesayangan kau ni. " cabar Nadzmi sambil menjungkitkan keningnya.

" Ok jom. Kita tengok siapa nanti yang akn takut tak pun mabuk. Siapa kalah kena bayar kos service motor. Macam mana. Deal. " Nadzmi dah menghulurkan tangannya.

Naufal merenung Nadzmi dan tangannya bergilir-gilir. Akhirnya Naufal bersetuju dengan cadangan Naufal itu. Natasya dah menggeleng kepala dengan perangai kembar dua orang ni.

" Jom. " Naufal dah menarik tangan Natasya untuk berjalan ke arah roller coaster itu.

" Tak nak lah. Aku takut. Kau dengan Nadz jelah naik aku tunggu kat sini je. " tolak Natasya.

" Takpe aku ada. Jomlah bukan selalu kita dapat datang dan main kat sini. Please. " pujuk Naufal lembut.

" Jomlah Sya. Aku nak kau jadi saksi siapa yang akan kalah dalam betting ni. " pujuk Nadzmi pulak. Dia tahu kalau Naufal takkan tinggalkan Natasya sendirian.

Akhirnya Natasya bersetuju dengan ajakkan si kembar itu. Mereka pun pergi beratur untuk menaiki roller coaster itu.

****************************

" Alah... Nadz dah dah la tu muncung. " pujuk Natasya kepada Nadzmi.

" Aku dah cakap aku akan menang kau tak percaya. Rugi pulak tak boleh ambik gambar masa kau tengah menjerit jerit kat atas tu macam pondan. Tak sampai sepuluh saat roller coaster tu bergerak kau dah terjerit jerit. Malu kat orang orang tu. " kata Naufal sambil tersenyum sinis menyindir Nadzmi.

Muka Nadzmi dah merah menyala. Satu sebab dia marah dengan sindiran kembar itu. Dan sebab paling utama ialah kerana dia malu. Tadi semasa menaiki roller coaster itu dia menjerit taku mengalahkan Natasya yang perempuan. Dia baru sedar yang rupanya dia gayat dan takut pada ketinggian dan ketika roller coaster itu berputar 360 darjah lagi kuat dia menjerit.

" Malu kat Sya yang perempuan ni. Dia pun tak menjerit sekuat kau tu. " sindir Naufal lagi.

" Dah. Dah la sindir aku. " kata Nadzmi sebal.

" Haah la Fal. Dah. Dah la tu. Tak baik. " kata Natasya pula ingin menghentikan pertelingkahan pasangan kembar itu. Nanti tak pasal pasal bertumbuk pulak kat negara orang ni.

" Ok. Ok. Dah jom aku belanja aiskrim. " ajak Naufal.

*************************

Mereka berjalan bersiar siar di dalam taman tema itu bersama. Naufal sentiasa memimpin tangan Natasya erat. Manakala Nadzmi pula buat muka tak malu dengan turut merangkul lengan Naufal. Jadinya Naufal berada ditengah di antara isteri dan kembarnya.

" Kau ni dah buang tebiat ke apa. " kata Naufal menahan geram kepada Nadzmi.

" Alah aku pegang lengan kau je... boleh kan Sya. " Nadzmi sengaja meniru cara pondan bercakap. Mulut dan tangan semua bergerak. Lentiknya tak payah cakap lah.

" Eeeii... kau ni dah kenapa. Dah tak betul ke. Ke otak kau tu dah jatuh masa main roller coaster tadi. " geli geleman Naufal dengan tingkah kembarnya itu.

" Alaa... nyah tadi you jagak cakap yang I ni pondan kan. " balas Nadzmi mulutnya dah termuncung bila bercakap.

Naufal rasa meremang dengan tingkah tak betul Nadzmi ni. Biarpun dia tahu yang Nadzmi tu sengaja mahu mengenakannya. Tapi tiba tiba dia jadi takut kalau kembarnya itu boleh bertukar menjjadi begitu sekelip mata sahaja. Walaupun dia selalu bergaduh dan memukul Nadzmi. Tapi dia sejujurnya sayang dengan kembarnya itu.

Natasya hanya mampu menahan tawanya daripada meletus keluar.

" Dah. Dah la Nadz. Nanti mat salleh mat salleh kat sini ingat laki aku ni gay pulak. Jealous aku wei. " kata Natasya menghentikan Nadzmi dari terus menyakat Naufal.

" Yelah nyah. " jawab Nadzmi tapi tetap dengan lagak lembutnya.

" Nak muntah hijau aku dengan kau ni. Dah elok-elok jadi jantan. Nak jadi dua alam apasal. " carut Naufal.

" Tu lah cakap lagi aku pondan. Aku jadi pondan betul baru tahu. " kata Nadzmi tegas.

" Wei... Wei... Wei... Wei... " Nadzmi menampar nampar bahu Naufal. Suaranya kedengaran sangat teruja.

" Kau ni apasal tadi memondan. Ni duk pukul pukul aku pulak. " kata Naufal tak puas hati sambil menepis tangan Nadzmi yang masih lagi menampar nampar bahunya itu.

" Kau kenapa ni Nadz. " tanya Natasya pula. Kenapa Nadzmi terlalu teruja sebegitu. Kalah budak budak dapat gula gula.

" Tu... tu... " kata Nadzmi sambil menunjuk ke satu arah dan figura figura yang membuatkan dia teruja. Tanpa membuang masa dia terus berlari ke arah figura itu.

Natasya dan Naufal terus terkedu dengan apa yang ditunjukkan Nadzmi itu. Tiba tiba mereka berdua pun turut berasa teruja. Mereka turut berlari ke arah yang sama dengan Nadzmi.

Nadzmi sekarang sedang berdiri di hadapan seorang ' Superman ' . Iaitu orang yang memakai costume Superman. Iaitu karekter adiwira kegemarannya.

Manakala Natasya dan Naufal pun turut menghampiri adiwira kegemaran mereka yang turut berada di situ. Natasya bersama dengan ' Supergirl ' dan Naufal bersama dengan ' Batman ' .

Mengambil banyak gambar dan swafoto bersama dengan adiwira pujaan mereka itu. Yang paling teruja mengalahkan budak budak ialah Nadzmi. Manakala Naufal pula tetap berlagak tenang dan cool walaupun dia juag turut berasa teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience