Natasya sedang bersiap di hadapan meja solek seperti biasa. Naufal juga turut bersiap sambil dibantu oleh cik isteri. Sengaja nak bermanja. Dia sudah menyiapkan pakaiannya dan Naufal. Sekarang ini mereka akan selalu memakai pakaian yang sedondon. Tak kira untuk keluar ataupun jika berada di rumah.
Semasa sarapan Tan sri Nazim giba tiba sahaja membuat satu pengumuman.
" Nadz. Fal. Tasya. Papa ada benda nak cakap ni. Lagi seminggu kita akan pergi family holidays. " kata Tan sri Nazim tersenyum.
" Kita nak pergi mana pa? Betapa hari kalini holiday kita? " tanya Nadzmi teruja.
" Gold Coast, Australia. Kita pergi seminggu. " Puan sri Afifah menjawab bagi pihak suaminya.
Nadzmi yang mendengar sudah berasa teruja. Tapi tidak pada Natasya. Naufal pulak tak tahu nak happy ke nak tak. Macam mana dengan kelas mereka nanti.
" Tapi pa. Kelas kitorang macam mana pa. " belum sempat Naufal mengutarakan hal itu. Nadzmi sudah bertanya pada si papa.
" Tu kamu bertiga jangan risau. Papa dah uruskan semua. " kata Tan sri Nazim tenang.
" Tapi Sya tak ada pasport lagi pa. " kata Naufal.
" Macam yang papa cakap. Semua papa dah uruskan. Papa dah arrange kan temu janji untuk Tasya buat pasport tu kat imigresen. Buat pasport bukannya lama. Sehari pun dah siap. " kata Tan sri Nazim lagi.
" Amboi pa. Semua papa dah setel kan. Nampaknya kita semua tinggal pergi dengan senang hati jelahkan. " seloroh Nadzmi.
" Dah alang-alang papa ada kerja kat sana untuk sehari je. Tu lah papa nak ajak kita semua pergi bercuti. Kalau nak tunggu papa free tak tahu bila. " kata Tan sri Nazim lagi.
" Mesti kali ni holiday kita lagi best sebab Tasya ada sekali. Tasya tak pernah pergi luar negara kan. So inilah masanya nak tengok negara orang. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum manis.
Selepas sahaja mereka selesai bersarapan. Mereka semua mula bergerak ke kenderaan masing-masing. Tan sri Nazim perlu ke Pejabat. Puan sri Afifah pula perlu ke butiknya. Natasya, Naufal dan Nadzmi pula perlu ke kolej.
***********************************
Di kolej,
Sampai sahaja di kolej Naufal meminta Natasya untuk masuk ke dewan kuliah terlebih dahulu kerana dia mahu ke tandas.
" Sya kau masuk dulu lah. Aku nak pergi toilet jap. " beritahu Naufal.
" Oklah. Cepat sikit. Nanti kelas dah nak start. " kata Natasya lalu terus berjalan ke arah dewan kuliah.
Natasya memasuki dewan kuliah dan mengambil tempatnya. Dia mengambil tempat di kerusi dua baris ke hadapan.Beg dan bukunya di letakkan di kerusi sebelah kanannya bagi menjaga tempat untuk Naufal duduk nanti.
Sambil menunggu Naufal dan kelas yang akan bermula. Natasya bermain main dengan phone nya. Sedang Natasya ralit membelek Instagram di phone nya. Dia rasakan seperti ada orang duduk di kerusi sebelah kirinya. Natasya mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan itu. Sebab dia tercium bau perfume wanita dan bukannya perfume milik Naufal.
" Hai Natasya buat apa tu. " tanya Elisa. Salah seorang rakan sekelas Naufal dan Natasya.
Natasya mengerutkan wajahnya saat memandang gadis di hadapannya sekarang. Pelik kenapa Elisa tiba tiba sahaja mahu berbual mesra dengannya. Biasanya gadis itu akan menjeling Natasya macam nak hilang anak mata sahaja.
" Tak ada buat apa apa. " jawab Natasya sambil tersenyum tawar. Orang dah tegur kita baik baik. Kita pun kena balas baiklah.
" Ni Naufal mana dia tak datang kelas ke. " tanya Elisa sambil matanya melilau mencari kelibat Naufal.
Natasya mendengus. Dah agak dah.
" Tandas. " jawab Natasya malas. Dia kembali fokus pada phone nya.
" Natasya I nak tanya. Naufal ni ada girlfriend tak. " tanya Elisa sambil merenung tajam wajah Natasya.
" Tak ada. " jawab Natasya mudah.
' Dia tak ada girlfriend. Tapi ada bini. Dan bini dia tu aku ni hah. ' gumam hati Natasya. Dia hanya mampu menahan geram dengan perangai minah gedik macam ni.
" Natasya... I nak mintak tolong dengan you sikit boleh. " Elisa mula meleretkan suaranya sambil bermain main dengan rambut karatnya itu.
" Tolong apa. " Natasya bertanya malas biarpun dia sudah tahu apa yang diinginkan gadis itu.
" Boleh tak you tolong kenalkan I dengan Naufal. You kan kawan baik dia. " kata Elisa lagi. Masih lagi meleretkan suaranya dan bermain main dengan rambutnya.
Mata Natasya dah terbutang. Gila dia nak kenalkan perempuan lain dekat laki dia. Tapi dia tetap mamlpu bertenang. Lagipun ini bukan kali pertama dia dikinta tolong dalam hal begini. Dah terbiasa dari dulu lagi pasti ada dalam kalangan peminat Naufal yang akan datang kepadanya dan meminta untuk dikenalkan dengan Naufal. Tapi langsung Natasya tak buat. Dia tahu Naufal tak suka akan hal itu.
" Tak boleh. " jawab Natasya lalu mata kembali terarah ke phone nya kembali.
Mendengarkan jawapan dari Natasya membuatkan wajah Elisa berubah serta merta. Wajah yang tadi tersenyum kanis seludah bertukar menjadi merah menyala.
" You ni kan tamak tahu tak. You ingat Naufal tu you punya ke. Kawan baik konon. Padahal you rapat dengan dia sebab you sukakan dia jugakkan. Pastu bolehlah you tumpang senang dia. Yelah you kan anak orang miskin. Dasar perempuan busuk. " selepas menghina Natasya. Elisa kembali kepada kawan kawannya.
Natasya hanya mengendahkan sahaja apabila dia dijeling dan di pandang jijik oleh rakan kelasnya yang lain.
Memang kalau di kolej dia tiada kawan selain Naufal dan Nadzmi. Ini kerana ramai yang mengangapnua sebagai musuh bila dia berdampingan dengan Naufal dan Nadzmi.
Tidak lama kemudian muncul Naufal di sebelahnya. Naufal melihat wajah Natasya yang masam mencuka itu mula curiga dengan keadaan si isteri. Tadi ok je. Sekarang ni dia dah ada kat sebelah pun Natasya macam buat tak nampak.
" Sya kau dah kenapa ni senyap je. " tanya Naufal sambil menguis bahu Natasya.
" Tak ada apa. " jawab Natasya malas. Mood dia harini dah spoil gara gara hal tadi.
" Betul ke ni tak apa apa. Aku kau macam badmood je ni. Tadi kau ok je. Nak kata stress sebab kelas. Kelas pun tak start lagi. " tanya Naufal lagi masih tak berpuas hati dengan jawapan Natasya.
" Aku cakap aku ok je kan. " jawab Natasya sambil menahan geram. Nanti tak pasal pasal Naufal pula yang menerima amarahnya.
Naufal hanyac mampu mengalah. Dia tahu sangat yang Natasya tu tak ok.
******************************
Habi sahaja kelas mereka ke kantin untuk makan tengah hari. Baru sahaj mereka ingin meninggalkan meja yang di duduki oleh mereka itu. Tiba tiba sahaja Nadzmi datang dah menegur mereka.
" Fal. Sya. Lepas pukul 3 ni korang dah tak ada kelas kan. Jom ikut aku temgok wayang nak. Aku belanja. " kata Nadzmi sambil tersenyum.
Naufal memandang Natasya yang hanya diam sahaja dari tadi. Daripada belum mula kelas tadi sampailah sekarang Natasya seperti malas bercakap dengannya. Tanya sepatah jawab sepatah. Tanya sepuluh patah pun jawab sepatah jugak.
" Tak nak ah. Aku nak balik. " kata Natasya lalu berlalu meninggalkan si kembar yamg masih kaget dengan kelakuannya.
" Dah kenapa dengan Sya tu. Biasa tak pernah buat perangai macam tu. Kau buat apa kat dia sampai dia jadi macam tu. Aku tengok muka dia tu dah macam singa tak makan sebulan tahu tak. " kata Nadzmi yang pelik dengan perangai dingin Natasya itu.
" Mana aku tahu. Pagi tadi elok je. Ni tiba tiba je jadi macam tu. " jawab Naufal sambil mengeluh panjang.
" Apa kau dah buat kat dia sampai dia dah berjangkit perangai garang dengan dingin kau tu. " tanya Nadzmi lagi masih ingin tahu.
" Aku tak tahu kan aku cakap tadi. Kau ni tak faham lagi ke. Nak aku jerit kat telinga kau baru kau nak faham agaknya. " kata Naufal sebal.
" Hahh... aku dah tahu kenapa Natasya jadi macam tu. " Nadzmi menepuk bahu Naufal apabila dia sudah dapat mengagak punca perubahan perangai Natasya itu.
" Apa dia? "tanya Naufal tak sabar. Dia ingin tahi penyebabnya.
" Biasanya bro. Kalau perempuan buat perangai macam ni. Tak nak layan kita. Asyik diam je. Itu maknanya dia tengah jealous dengan kita. " jawab Nadzmi sambil tangan dilabuhkan di bahu si kembar.
" Maksud kau Sya tu tengah jealous. " Naufal sekadar inginkan kepastian.
" Haah la. Takkan kau tak perasan kot. Macam tu jugak la perangai kau bila ada mana mana lelaki yang nak rapat demgan Natasya. Memang kena sangat korang ni jadi laki bini. " sindir Nadzmi.
" Isyy... kau ni mintak penembuk aku ke apa ni. " Naufal dah geram dengan kembarnya itu.
" Woo... woo... relax bro. Im just joking. Don't take it serious. " kata Nadzmi cuba menenangkan Naufal kembali. Nanti tak pasal pasal diorang bergusti kat sini.
" Tapi dia nak jealous pasal apa pulak. Aku tak ada buat apa apa pun. " jawab Naufal pasrah.
Nadzmi hanya menjungkitkan bahunya sahaja. Ini lah sebab dia malas nak bercinta. Dia malas nak hadap perangai jealous perempuan ni.
" Habis tu kau nak buat apa ni kalau dia dah jealous macam tu. " tanya Naufal. Nampaknya diperlukan bantuan kembarnya yang lebih atif dalam hal begini.
" Buat apa lagi. Pujuk je lah dia. Bagi hadiah ke. Bawak pergi mana mana tempat menarik ke. Puji puji dia bagi cair. Takkan tu pun tak boleh nak fikir. " Nadzmi mula mengajar Nuafal yang kosong ilmu pasal hal bercinta ni.
" Dah. Kua petgi kejar dia sekarang. Pujuk Natasya tu. " Madzmi menolak tubuh Naufal ke depan menyuruh Naufal mengejar Natasya yang sudah menghilang jauh meninggalkan mereka berdua.
" Yelah... yelah. " terus Naufal berlalu mencari cik isteri yang suadah meninggalkannya itu.
Share this novel