BAB 31 : DATING

Romance Series 104277

Hari ni kelas pada waktu tengah hari telah dibatalkan oleh lecturer mereka. Oleh sebab itu, Naufal mengambil kesempatan yang ada untuk keluar bersama dengan isteri kesayangannya.

Ketika mereka sedang berjalan beriringan di koridor kolej. Naufal tiba tiba sahaja memaut lengan Natasya sehingga membuatkan tubuh Natasya berpusing ke arah Naufal yang berada di sebelahnya.

" Sya kita keluar dating nak tak. " ajak Naufal.

" Nak dating apa pulak kau ni? " tanya Natasya.

" Jom lah. Boring la kalau kita balik rumah terus. Bukannya ada sapa kat rumah tu kecuali Nadz. " ajak Naufal lagi.

Natasya hanya diam dan tidak membalas ajakan Naufal. Dia terus sahaja berjalan tanpa menghiraukan pandangan pandangan jelik yang dilontarkan oleh para peminat Naufal. mesti mereka pelik sebab dia dan Naufal harini memakai pakaian yang sedondon seperti pasangan kekasih. Ops... bukan bukan pasangan kekasih tapi pasangan suami isteri yang sah.

" Sya jomlah. Lama dah kita tak keluar berdua. Jom la. " Naufal dah mula merengek. Tangan Natasya ditarik dan digoncangakannya.

Terbeliak biji mata Natasya melihat gelagat Naufal sekarang. Macam budak budak. Hilang dah watak beku dan garangnya itu. Semua mata yang memandang dah mula curiga. Mana Naufal yang selalu berwajah ketat tu.

" Isy... yelah. Yelah. Dah dah la tu buat macam tu. Tak malu ke semua orang dah tengok kau tu. " kata Natasya sedikit berbisik tidak mahu orang lain mendengari percakapan mereka berdua.

" Biar ah. Jom. " terus Naufal menarik tangan Natasya ke tempat parking kereta. Semua mata yang memandang langsung tak dihiraukan.

******************************

Di Mall,

Naufal dan Natasya berjalan sambil berpimpin tangan. Wajah Naufal dari tadi lagi kelihatan berseri-seri sejak Natasya setuju untuk keluar bersama.

" Kau ni kenapa dari tadi asyik tersengih-sengih je. " tanya Natasya.

" Mestilah. Sebab aku happy sangat dapat date dengan bini aku ni. " kata Naufal sambil menghayun hayunkan tangan Natasya yang berada di dalam genggamannya.a

" Macam lah kita tak pernah keluar berdua. Sebelum ni bukan selalu ke kau bawak aku keluar jalan jalan macam ni. " balas Natasya.

" Yang tu lain. Tu masa kita ni kawan baik. Sekarang ni kita dah jadi suami isteri. So ni kira official first date kita la. " kata Naufal sambil tersenyum bahagia.

" Yelah asalkan kau bahagia. " nampaknya Natasya kena jugak mengalah.

" Macam tu la my good wife. " balas Naufal sambil mengusap lembut rambut panjang Natasya.

" So sekarang kita nak buat apa kat mall ni. Nak shopping ke? " tanya Natasya.

" Aku ok je kalau kau nak shopping. " jawab Naufal sambil merenung wajah cantik cik isteri.

" Tak nak la. Lagipun pakaian, kasut dan beg yang berlambak ada kat rumah tu pun tak pakai lagi. " tolak Natasya.

" Apa kata kita pergi makan aiskrim nak tak. " cadang Naufal.

" Setuju. Lama dah kita tak makan aiskrim. Jomlah. " kata Natasya bersemangat lalu menarik tangan Naufal ke arah kedai aiskrim.

" Kau nak perisa apa? " tanya Naufal apabila mereka sudah sampai di hadapan kedai aiskrim.

" Nak perisa strawberi. " jawab Natasya. Tak sabar rasanya nak makan aiskrim itu.

" Give me two cones ice cream. One strawberry and one chocolate. " kata Naufal kepada pekerja kedai aiskrim itu.

Tidak lama kemudian aiskrim itu dihulurkan kepada mereka. Natasya memegang kedua kon aiskrim itu sambil menunggu Naufal membayar di kaunter.

************************************

Ketika Naufal dan Natasya berjalan jalan di dalam mall itu. Kedengaran satu suara sumbang yang menegur Natasya. Muncul Sabrina dan beberapa orang kawannya di hadapan Naufal dan Natasya.

" Wah... wah... nampaknya kau dah jadi perempuan simpanan pak we kau ni ye. Tahniah la untuk kau ye. " kata Sabrina sambil tersenyum sumbing.

" Tak sangka aku kan. Hari tu beria menangis kat kaki bapak kau sebab tak nak kena jual. Ni aku tengok kau kemain lagi happy lagi kan sebab kau cuma kena layan nafsu pak we kau tu je. " kutuk Sabrina lagi. Sabrina tak tahu yang Natasya dan Naufal sudah berkahwin.

Natasya hanya diam apabila Sabrina terus terusan mengutuk dan menuduh dirinya di hadapan orang ramai. Naufal dah menggengam buku limanya. Dia rasa macam nak meletup apabila Sabrina mengutuk Natasya, isterinya. Kalau tak fikirkan mereka di tempat awam. Memang dah lama Sabrina tu makan pelempang Naufal. Perempuan tak perempuan. Sapa yang berani kacau atau lukakan hati wanita kesayangannya akan mendapat pembalasan dari Naufal.

" Tak sangka aku. Kau ni nampak je baik. Tapi tu la kan. Kerja kau sekarang ni duk mengangkang kat kekasih hati kau ni. Dasar perempuan murah.Taraf kau memang untuk jadi perempuan simpanan tak pun pelacur je. " kata Sabrina lagi. Kawan kawannya di belakang sudah memandang Natasya dengan pandangan jijik dan jengkel. Ada juga masa mereka mengetawakan Natasya.

" Kau ni sapa eh. Kitorang rasa kitorang tak kenal la perempuan busuk macam kau ni. Suka hati kau je nak cakap orang ni perempuan murah. Kau kenal kitorang ke. Sampai boleh tuduh awek aku ni macam macam. " kata Naufal mempertahankan isterinya itu.

" Lagipun baik dia daripada kau aku rasa. Sekurangnya dia layan dan belanja aku je. Tak macam korang ni. Duk pakai baju budak lima tahun yang tak cukup kain ni. Nak belanja semua mata mata kat sinikan. Mana tahu dapat jerat mana mana jerung tua kaya ke. Dapat la korang ni jadi sugar baby takpun bini muda dorang kan. " Naufal sengaja mengutuk Sabrina dan kawan kawannya yang telah menguris hati Natasya.

Wajah Sabrina dan kawan kawannya dah merah menyala menahan geram apabila dikutuk depan depan oleh lelaki handsome seperti Naufal. Muka handsome tapi mulut pedas bila berkata kata.

" Eh mulut kau tu jaga sikit. Kau sapa nak kata aku dengan kawan kawan aku macam tu. Tak betul ke apa yang aku cakap. " bentak Sabrina sambil menghalakan jari telunjuknya ke wajah tampan Naufal.

" Habis tu kau sapa nak cakap kitorang ni buat maksiat. Kau tahu tak perempuan yang kutuk ni siapa dengan aku. " kata Naufal tegas sambil memeluk pinggang Natasya.

" Mesti la aku tahu. Dia ni perempuan murahan yang sanggup gadaikan body kat pak we dia yang tak guna ni. Takde beza dengan pelacur.Kau ni pulak harap je anak orang kaya tapi layan perempuan murah. Eloklah korang ni sama sama murah. " kata Sabrina angkuh.

PANG !!!

Naufal yang tidak mampu lagi bersabar telah melayankan pelempangnya ke wajah Sabrina yang di make up tebal itu. Kawan kawan Sabrina di belakang dah terlopong.

" Kadengar sini baik baik betina tak guna. Perempuan yang kau kutuk ni isteri aku. Aku ulang lagi sekali. Dia ni isteri aku. isteri aku yang sah. " kata Naufal tegas. Perkataan isteri sengaja ditekankan.

Sabrina dah terlopong. Tubuhnya tiba tiba sahaja mengeras macam patung.

" Kalau sekali lagi aku dapat tahu kau kutuk isteri aku. Kau tahu la apa nasib kau. Nampaknya kau tak tahu lagi sapa ayah aku yang sebenarnyakan. Kalau kau nak tahu ayah aku tu Tan sri Nazim. Antara orang yang berpengaruh dalam negara ni. Aku boleh buat hidup kau susah sambil petik jari je tau. Kau ni memang tak kenal aku sapa. Kau pasti akan menyesal. " ugut Naufal.

Lalu Naufal menarik tubuh Natasya untuk berlalu dari situ. Tangannya masih kekal di pinggang ramping Natasya.

Mata Sabrina dan kawan kawannya hanya memandang Naufal dan Natasya sehingga hilang dari pandangan mata mereka. Masing masing masih kaku. Terkejut bila tahu siapa lelaki yang baru sahaja dikutuk oleh Sabrina.

" Woww... handsome. Badboy. Anak orang kaya. Very my type. Such a intresting thing. " kata Wanda salah seorang kawan Sabrina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience