Di kolam ikan,
Kini hanya tinggal Natasya sendirian yang sedang asyik mengelamun jauh.
Naufal dengan perlahan-lahan menghampiri si isteri lalu memeluk Natasya dari arah belakang. Dagunya turut disangkut di bahu Natasya.
Perbuatan mengejut Naufal itu telah mengejutkan Natasya daripada lamunannya.
" Are you okey baby. " bisik Naufal di cuping telinga Natasya.
" Yes. I'm okey. Don't worry. " kata Natasya perlahan namun masih dapat didengari oleh Naufal.
" Really. Tapi kenapa hubby tengok sayang macam tak okey je? " tanya Naufal lagi.
" Betul. Sayang okey. Cuma sayang terfikirkan sesuatu je. " jawab Natasya dengan nada suara yang mula kendur.
" Sesuatu? Apa tu? Cuba sayang terus terang je. " pinta Naufal. Sambil membalikkan tubuh Natasya menghadapnya.
" Tadi mama ceritakan kat sayang pasal arwah mak. " jawab Natasya lalu dia menceritakan kembali kepada Naufal apa yang telah diceritakan oleh mama tentang arwah maknya.
" Dulu sayang selalu nak tahu kenapa bapak tak pernah sayang dan layan sayang macam seorang ayah sayangkan anak. Rupanya memang dari masa arwah mak mengandungkan sayang lagi dia tak pernah nak terima sayang. Apa salah salah sayang hubby? " tanya Natasya setelah selesai dia menceritakan kesemuanya. Wajahnya kini penuh dengan air mata yang tak henti-henti mengalir.
Naufal yang tidak tegar melihat isterinya menangis sebegitu rupa terus memeluk erat tubuh isteri. Dan membiarkan Natasya melepaskan segala tangisan di dada sasanya.
" Please stop crying sayang. I can't see you like this. It hurt me. " pujuk Naufal sambil mengusap lembut kepala Natasya. Berselang-seli dengan kecupan bertalu-talu di ubun-ubun Natasya.
Natasya yang mula rasa terpujuk dengan pujukkan Naufal itu mengangkat kepalanya daripada dada Naufal. Sekaligus melonggarkan sedikit pelukan mereka. Lalu dia menatap dalam mata Naufal yang sedang merenungnya itu.
" I love you sayang. I really love you. " kata Naufal lembut.
" Stop thinking about your useless dad. Dia lah manusia yang paling rugi sebab dah mempersia-siakan sayang selama ni. Sayang tak boleh terus macam ni. You need to be strong. I know you can. " kata Naufal lagi bagi memberi semangat kepada Natasya.
" Okey. I will. " balas Natasya kembali bersemangat.
" That my pretty and beloved wife. " kata Naufal sambil tersenyum bangga lalu memeluk isterinya itu dengan lebih erat.
**********************************************
Di bilik Naufal dan Natasya,
Selepas selesai makan malam Natasya terus masuk ke dalam bilik. Kerana dia berasa terlalu letih. Banyak perkara yang berlaku hari itu.
Naufal pula sedang bermain PS5 bersama Nadzmi di bilik Nadzmi. Naufal ada mengajak Natasya. Tetapi Natasya menolak kerana dia ingin berehat.
Baru sahaja Natasya ingin melelapkan mata. Tiba-tiba berbunyi pesanan whatsapp masuk dari phone nya. Dengan malasnya Natasya bangun kembali dari pembaringannya. Lalu mengambil IPhone nya yang diletakkan di meja sisi katil.
Dahinya mula berkerut apabila melihat pesanan whatsapp yang dihantar itu daripada nombor yang tidak dikenali.
' AKU AKAN PASTIKAN HIDUP KAU MERANA PEREMPUAN TAK GUNA ' - Unknown
' AKU NAK KAU MAMPUS DI TANGAN AKU ' - Unknown
Semakin berkerut dahi Natasya membaca pesanan whatsapp yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali itu. Peluh mula membasahi dahinya. Dia berasa takut.
Tiba-tiba satu lagi pesanan whatsapp masuk. Sekeping gambar telah dihantar dari nombor yang sama.
Sebaik sahaja Natasya membuka dan melihat gambar tersebut. Terus dia melempar IPhone nya itu ke tengah katil. Lalu dia terus tegak berdiri.
Alangkah terkejut dan cuaknya Natasya apabila melihat gambar yang dihantar itu rupanya ialah gambar sebuah anak patung teddy bear yang dilekatkan gambar Natasya dimuka teddy bear itu. Dan yang paling menakutkan ialah perut teddy bear itu telah ditikam dengan sebilah pisau yang masih terlekat di perutnya. Gambar Natasya dan tubuh teddy bear itu juga berlumuran dengan banyak cairan merah seperti darah.
Itu telah membuatkan Natasya bertambah takut. Adakah ini suatu ugutan atau ada yang cuba mempermainkannya. Terus tubuh Natasya mula menggeletar ketakutan. Peluh dingin semakin membasahi muka dan seluruh badan.
KLAK...
Kedengaran pintu bilik terbuka membuatkan Natasya terus berpaling ke arah pintu tersebut. Alangkah leganya hati Natasya apabila melihat Naufal yang berada di muka pintu bilik itu.
" Sayang... kenapa ni? Hubby ingatkan sayang dah tidur. " tanya Naufal kehairanan apabila melihat isterinya itu seperti dalam keadaan ketakutan.
Tanpa menjawab soalan Naufal itu. Natasya terus meluru ke arah Naufal dan memeluk erat tubuh suaminya itu bagi menghilangkan rasa ketakutannya.
Naufal sedikit terkejut dengan perlakuan isterinya itu. Dan dia juga tertanya-tanya apa yang sudah terjadi kepada isterinya itu. Kerana dia dapat merasakan yang tubuh Natasya sedang menggeletar. Adakah isterinya itu masih memikirkan perihal siang tadi dan soal anak.
" Sayang... kenapa ni? Cuba bagitahu kat hubby kenapa sayang jadi takut sampai macam ni sekali? " Naufal cuba bertanya dengan nada yang lembut.
Natasya tidak dapat menjawab kerana terlalu takut. Dia hanya menundingkan jari ke arah IPhone nya yang sedang berada di tengah katil. Tanpa dia menoleh pun ke arah katil itu.
Tiba-tiba, sekali lagi kedengaran ada pesanan whatsapp yang masuk.
Natasya semakin ketakutan. Pelukannya ditubuh Naufal semakin diketatkan. Semakin bertambah bergetar ketakutan tubuhnya.
Naufal yang sedar dengan perubahan Natasya itu mula menghampiri katil itu secara perlahan-lahan sambil membawa bersama tubuh Natasya yang sedang memeluknya itu dengan berhati-hati.
IPhone ditengah katil itu diambil Naufal. Lalu dia membaca pesanan whatsapp yang baru dihantar itu dan yang sebelumnya. Gambar yang dihantar tadi juga turut mengejutkan Naufal. Namun dia kekal tenang.
' NASIB KAU AKAN SAMA DENGAN PATUNG TU. ' - Unknown
Kemudian masuk lagi dua pesanan....
' MALAH LAGI TERUK DARIPADA TU. ' - Unknown
' PEREMPUAN SIAL. ' - Unknown
Naufal sudah menggeletar satu badan tetapi bukan kerana takut melainkan marah dengan si pengirim pesanan whatsapp tersebut. Mukanya juga sudah bertukar merah.
Namun mengenangkan si isteri yang masih lagi dalam ketakutan di dalam pelukannya itu. Dia cuba dahulu meredakan kemarahannya itu. Natasya lebih penting. Dia perlu memastikan Natasya tenang kembali terlebih dahulu.
Terus Naufal memblock nombor tersebut supaya tidak lagi mengganggu Natasya.
" Sayang... Dah jangan takut. I'm here with you. I will protect. Everything will be fine. " pujuk Naufal sambil membalas pelukan Natasya itu dan berserta dengan bibir yang tak lepas mencium ubun-ubun Natasya.
Wajah Natasya yang disembamkan di dada sasanya itu didongakkan perlahan supaya bertentangan mata dengannya. Semakin membara api kemarahan Naufal apabila melihat mata cantik isterinya itu sudah mula berkaca. Lalu air mata yang mula menitis itu diseka perlahan. Dan dihadiahkan satu kucupan lembut ke dahi licin Natasya bagi menenangkannya.
" Dah. Don't worry. I'm here with you. " kata Naufal sambil menatap dalam ke mata Natasya.
" Sayang tidur ye. Jom hubby temankan. " kata Naufal sambil membaringkan Natasya perlahan-lahan le atas katil.
Lalu dia turut merebahkan badan di sebelah isterinya itu. Tubuh Natasya dipeluk erat sambil dia menepuk-nepuk pinggul Natasya dan mendodoikan isterinya untuk tidur.
Kerana terlalu mengantuk dan letih Natasya terus tertidur.
Setelah melihat isterinya sudah tertidur lena. Naufal meleraikan pelukan mereka perlahan-lahan dan turun dari katil itu. Dia keluar dari bilik itu bersama dengan phone Natasya dibawa bersama.
****************************************
Keesokkannya,
Natasya sudah tenang kembali setelah dipujuk dan ditenangkan oleh Naufal pada subuh tadi.
Naufal pula. Dia sudah menyekat nombor yang tidak dikenali itu di IPhone isterinya. Namun segala pesanan dan gambar yang telah dihantar oleh si pengganggu itu telah di screenshot. Untuk dijadikan sebagai bukti. Malah dia telah meminta salah seorang kenalannya untuk memeriksa dan mencari siapakah pemilik nombor telefon tersebut.
Bila diingatkan apa yang berlaku semalam. Naufal seperti mahu mencari orang yang berani mengganggu isterinya itu dan memberi pengajaran secukupnya.
Segala igauan dan racauan Natasya semalam masih lagi terngiang-ngiang di halwa telinganya. Satu malam Natasya meracau-racau sambil menangis teresak-esak dengan tubuh yang menggeletar.
Namun Naufal tetap berjaya menenangkan Natasya selepas mereka solat subuh tadi.
**************************************
Di Ruang Keluarga,
Kini mereka sekeluarga sedang menonton movie di Netflix di ruang keluarga itu. Selepas mereka selesai makan malam.
Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah sedang duduk di wing chair yang menghadap ke televisyen 50 inci itu. Manakala Naufal dan Natasya pula duduk sofa berangkai 3 dimana Naufal sedang berbaring di pangkuan Natasya. Dan Nadzmi pula enak berbaring gaya bebas di sofa berangkai 2 yang diletakkan bertentangan dengan sofa yang di duduki Naufal dan Natasya. Kadang-kadang mereka sekeluarga berbual-bual kosong. Bagi memeriahkan lagi suasana.
" Bulan depan majlis konvokesyen kamu bertiga kan? " tanya Puan sri Afifah sambil memandang ke arah anak kembarnya dan menantunya itu.
" Haah ma... Lagi berapa minggu je. " jawab Nadzmi.
" Nanti lepas ni boleh dah la Nadz dengan Fal masuk kerja dengan papa dan tolong papa kat office tu. Tasya pulak boleh tolong mama kat butik-butik mama tu. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum.
" Alaaa.... mama. Bagi la kitorang berehat dulu sebulan dua. Takkan dah nak kena terus masuk office. Baru ingat boleh rest kejap lepas habis study ni. " rungut Nadzmi yang sudah bangun dari pembaringannya dan sedang duduk bersila di atas sofa itu.
Naufal juga turut bangun daripada terus baring di atas pangkuan isterinya.
" Tak cukup lagi ke rehat yang sekarang. " tanya Puan sri Afifah sinis.
" Alaa... mama... please give us some rest. Please. Papa. " pujuk Nadzmi lagi sambil menayangkan wajah 10 sen nya itu.
" Alah... biar lah diorang bertiga ni berehat dulu sayang. Abang tak kesah pun. Asalkan mereka tetap nak masuk pejabat dan bekerja. " sampuk Tan sri Nazim sambil meraih tangan isterinya dan mengelus tangan itu lembut dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman.
" Macam ni. Papa bagi masa untuk Nadzmi dan Naufal untuk rest dalam sebulan setengah lepas majlis konvokesyen tu. Kiranya nanti cukup bulan kamu berdua kena masuk pejabat. Tasya pulak papa tak ada hak nak buat keputusan sebab keputusan tu di tangan mama. " kata Tan sri Nazim penuh berkarisma memberikan arahan kepada mereka bertiga. Terutamanya Nadzmi dan Naufal.
" Hmm... Tasya pun sama macam papa cakap. Lepas sebulan setengah selepas konvokesyen baru masuk kerja dengan mama. " kata Puan sri Afifah mahu berlaku adil kepada menantu kesayangannya itu.
" Baiklah. Ada apa-apa bantahan. " tanya Tan sri Nazim menanyakan pendapat kepada mereka bertiga.
" Baiklah papa. Nadz setuju. " kata Nadzmi pasrah lalu kembali merebahkan tubuh ke sofa dan menonton kembali televisyen.
" Naufal? Tasya? " Tan sri Nazim bertanya pula kepada Naufal dan Natasya.
" Naufal tak kesah papa. Kalau masuk terus pun tak apa. " jawab Naufal dengan nada biasa.
Sebenarnya Naufal tidak kesah pun bila yang mama dan papa mahu dia masuk kerja. Kerana dia sedar tanggungjawabnya sebagai seorang anak untuk menolong papa di pejabat dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami serat kelak dia juga bakal bergelar bapa. Jadi sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyediakan segala keperluan dan memberi nafkah kepada keluarga kecilnya nanti.
" Sya pun tak kesah. " jawab Natasya. Sama dengan jawapan Naufal tadi.
" Hmm... bagus. Kalau semua dah setuju. Kiranya masalah dah selesai. Sebarang bantahan selepas ini tidak akan diterima dan tidak akan dilayan sama sekali. Faham. " kata Tan sri Nazim memberikan kata putus kepada mereka sekeluarga.
" Baik papa. " jawab Naufal, Natasya dan Nadzmi serentak.
Lalu mereka bertiga kembali melayan movie di televisyen 50 inci itu. Dan Naufal sudah kembali ke posisinya yang tadi.
Sedang mereka menonton movie itu. Tiba-tiba datang salah seorang pembantu rumah wanita bersama sebuah kotak hadiah yang bersaiz sederhana besar di tangan.
" Tan sri... Puan sri... Tuan... Puan... " panggil pembantu rumah itu dengan hormat.
" Ye... apa. " tanya Puan sri Afifah kepada pembantu rumah tersebut.
" Maaf mengganggu. Tapi saya datang untuk serahkan kotak ni kepada Puan Natasya. " kata pembantu rumah itu sambil menyerahkan kotak yang ditangannya itu kepada Natasya.
" Dari mana awak dapat kotak ni? " tanya Naufal serius kepada pembantu rumah tersebut. Dia berasa curiga.
" Tadi masa saya tengah buang sampah kat luar pagar. Saya terjumpa kotak ni kat tepi pagar utama. Saya tengok kat kotak tu ada nama Puan Natasya. Sebab tu lah saya bawa ke sini. " jawab pembantu rumah itu jujur.
Naufal sudah mula berasa curiga. Dari mana datangnya kotak itu malam-malam begini. Siapa yang meletakkannya di tepi pagar utama itu. Takkanlah posmen atau budak penghantar.
" Hmm... takpe lah kalau macam tu. Kamu boleh pergi. " kata Tan sri Nazim. Lalu pembantu rumah itu terus meninggalkan ruang keluarga tersebut.
" Sya. Apa ada dalam kotak tu? Cepatlah buka. Aku nak tengok. " tanya Nadzmi teruja.
Tanpa membuang masa Natasya pun membuka kotak itu dengan perlahan-lahan.
" Aaaaa..... " bergema suara jeritan Natasya di ruang keluarga itu.
Kotak yang tadi berada di atas ribaannya juga sudah jatuh ke lantai.
Semua orang terkejut dengan perbuatan Natasya itu. Dan mereka lagi terkejut apabila mengetahui isi dalam kotak tersebut. Ada beberapa orang pembantu rumah yang datang untuk menjenguk keadaan.
Tan sri Nazim, Puan sri Afifah dan Nadzmi sudah terkaku melihat apa yang sedang tergolek di atas lantai sekarang ini. Natasya pula sudah mula menggigil satu badan. Dan Naufal terus memeluk isterinya itu dan melindungkan pandangan Natasya dengan badannya.
Alangkah terkejutnya mereka semua sehingga terkedu tidak terkata. Dan yang paling terkejut ialah Natasya. Kerana apa yang ada di dalam kotak itu ialah patung teddy bear yang ditikam diperut bersama gambar wajah Natasya di muka teddy bear tersebut. Sama seperti gambar yang dia terima semalam. Malah dia yakin inilah teddy bear dari gambar semalam.
Dan yang membahkan lagi ketakutan Natasya ialah di dalam kotak itu juga terdapat bangkai seekor ayam yang sudah disembelih dam darahnya itu telah mengotori teddy bear dan gambar Natasya. Serta di dalam kotak itu juga mempunyai satu kertas amaran yang turut dicemari darah.
Nadzmi yang melihat kertas itu berada tidak jauh darinya pergi mendapatkan kertas terbabit. Dan apabila dibaca tulisan di kertas tersebut. Dia terus diam tak terkata.
" Naufal... " panggil Nadzmi cuak.
Dengan pantas di terus mendekati Naufal dan Natasya. Lalu menyerahkan kertas tersebut kepada Naufal.
- HIDUP KAU AKAN MENDERITA PEREMPUAN SIAL. KAU AKAN MATI DITANGAN AKU. TERIMA BALASAN ATAS PERBUATAN KAU DAN ORANG YANG TERLIBAT DENGAN KAU. -
" Shit!!! " carut Naufal lalu melemparkan kertas itu ke lantai.
Teddy bear dan bangkai ayam tadi sudah tidak dihiraukan.
" Naufal... apa semua ni? " tanya Puan sri Afifah gementar dan cuak.
" Sebenarnya... " baru sahaja Naufal ingin membuka cerita.
Tiba-tiba dia merasakan tubuh Natasya yang sedang berada di dalam pelukan mula lemah.
Terus Naufal mengangkat wajah Natasya yang disembamkan di dada sasanya. Apabila Naufal mendongakkan kepala isterinya itu. Dia melihat mata Natasya sudah tertutup rapat dan tubuhnya sudah lembik.
" Sayang... sayang... open you eye... sayang... " panggil Naufal sambil menepuk lembut pipi Natasya yang sudah diletakkan dipangkuannya sekarang.
" Naufal bawa Tasya masuk ke bilik sekarang. Lepas tu call doktor. Nadz pulak call polis. " arah Tan sri Nazim tiba-tiba.
Tanpa membuang masa Naufal terus mencampung Natasya dan menuju ke bilik mereka sambil diikuti oleh mamanya. Manakala Nadzmi pula terus menelefon polis.
Hanya tinggal Tan sri Nazim yang berada di ruang keluarga itu sambil merenung ke arah teddy bear dan bangkai ayam tadi. Kertas amaran tadi sudah berada ditangannya.
Apa yang ada difikirkan Tan sri Nazim sekarang ini ialah angkara siapa semua ini.
***************************************
Di bilik Naufal dan Natasya,
Naufal meletakkan tubuh Natasya secara perlahan-lahan ke atas katil. Lalu dia terus menarik selimut dan menyelimuti isterinya yang pengsan itu.
" Naufal... cepat pergi call Doktor Mala. " gesa Puan sri Afifah.
Lalu dia terus mengambil phone nya dan menghubungi Doktor Mala. Doktor peribadi keluarga mereka.
Selepas Naufal selesai menghubungi Doktor Mala. Naufal kembali kepada isterinya di katil yang sedang ditemani oleh mama.
" Apa semua ni Naufal? Siapa yang hantar benda tu pada Tasya? " tanya Puan sri Afifah lagi risau.
Naufal hanya mampu membalas dengan gelengan. Dia tidak tahu mahu bagaimana memberitahu semua hal ini kepada keluarganya.
Tiba-tiba phone Natasya yang berbunyi menandakan yang ada pesanan whatsapp yang masuk. Naufal tanpa berfikir panjang terus menarik keluar phone Natasya dari poket seluar isterinya. Dia melihat ada pesanan whatsapp yang dihantar oleh satu nombor yang tidak dikenali. Lalu pesanan whatsapp itu dibuka dan dibaca.
' INI BARU PERMULAANNYA. ' - Unknown
" Arghh... sial. " carut Naufal sekali lagi sambil meramas-ramas rambutnya. Rahangnya sudah mula berlaga sesama sendiri menandakan yang dia sememangnya sedang marah dan seperti mahu mengamuk.
Naufal yakin orang yang menghantar pesanan itu ialah orang yang sama yang menghantar pesanan whatsapp kepada Natasya semalam. Dan orang yang sama yang memhantar kotak tadi ke rumah itu
" Naufal... " larang Puan sri Afifah setelah banyak kali mendengar anaknya itu mencarut.
" Mama... tolong tengokkan Natasya kejap. Fal nak pergi jumpa papa kejap. " kata Naufal dengan nada serius lalu terus melangkah meninggalkan bilik tersebut. Meninggal mamanya dan isterinya yang sedang pengsan itu.
Share this novel