BAB 29 : HADIAH DARI PAPA

Romance Series 104277

Seminggu kemudian,

Puan sri Afifah, Nadzmi, Naufal dan Natasya sedang berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Mereka hanya meluangkan masa di rumah pada hujung minggu itu.

" Mama bila kita nak pergi family holiday ni. Nadz rasa dah lama kita tak pergi holiday together with one family. " kata Nadzmi menarik perhatian semua di situ.

" Isy kau ni... sibuk fikir nak bercuti je. Exam dah nak dekat ni. " kata Naufal tanpa perasaan.

" Alah... apa salahnya. Lagipun aku bukan ajak pergi sekarang. Aku cuma tanya bila kita nak pergi holiday lagi satu family. " kata Nadzmi mengulangi penyataan sebentar tadi.

Naufal hanya mendengus perlahan mendengar balasan dari kembarnya itu.

" Ada betul jugak cakap Nadz tu kan. Dah lama kita tak pergi family holiday. Lagipun mesti holiday tu nanti lagi seronok sebab Natasya akan ikut jugak. Adalah jugak mama teman nak bawak pergi shopping. Kalau nak harapkan kamu berdua ni memang tak lah mama dapat shopping dengan aman. Baru 10 minit dah panas punggung. " kata Puan sri Afifah sambil menggelengkan kepala.

" Betul la apa yang mama cakap tu. Kalau ada Natasya ikut mesti Naufal akan excited nak pergi. Kalau tak memang jasad jelah pergi tapi jiwa tertinggal kat sini. " seloroh Nadzmi.

" Kenapa kau cakap macam tu Nadz? " tanya Natasya hairan dengan apa yang telah diucapkan oleh Nadzmi sebentar tadi. Kenapa pulak Naufal macam tak gembira dengan family holiday nya sebelum ini.

" Sebab... hmmp... " tak sempat Nadzmi menjawab sebab wajahnya sudah dibaling dengan kusyen. Tepat mengenai wajah tampannya itu. Nadzmi tidak marah kerana memang niatnya mahu mengenakan kembarnya itu.

" Kau tak payah dengar la apa yang dia cakap. Dia tu banyak auta dari fakta. " kata Naufal sambil merangkul bahu Natasya dengan lebih erat.

" Nanti mama bincang tentang holiday tudengan papa bila dia balik nanti. Mama rasa baik kita pergi lepas kamu bertiga habis exam boleh la release kan strees korang tu. " ujar Puan sri. Mereka bertiga yang mendengar hanya mengangguk angguk macam burung belatuk.

Tiba tiba satu susuk tubuh yang amat mereka kenali muncul di ruang tamu itu.

" Assalamualaikum papa dah balik ni tak ada orang nak sambut ke. " sapa suara Tan sri Nazim mesra.

" Waalaikummusalam. " jawab mereka berempat serentak.

Mereka bangun dan berjalan menghampiri Tan sri Nazim. Puan sri Afifah bersalaman dengan suaminya. Kemudian disusuli dengan Nadzmi, Naufal dan Natasya.

" Kenapa abang balik tak cakap. Kalau tak boleh saya masak untuk abang. Ni abang balik Pak Mat ke yang ambik? " tanya Puan sri Afifah.

" Haah... abang suruh Pak Mat yang ambik abang kat airport sebab abang nak buat surprise kat kamu semua. " kata Tan sri Nazim sambil tersenyum manis.

Tiba tiba muncul Pak Mat di ruang tamu itu bersama satu luggage besar milik Tan sri Nazim.
Pak Mat meletakkan beg itu di sebelah Tan sri Nazim.

" Tan sri ni beg nya. Tan sri nak saya tolong bawak naik ke atas ke? " tanya Pak Mat.

" Tak pa Pak Mat. Biar je kat sini. " kata Tan sri Nazim.

Kemudian Pak Mat puj meninggalkan ruang tamu mewah itu.

" Jom. Papa ada hadiah untuk kamu semua. " kata Tan sri Nazim lalu menarik luggage nya ke arah ruang lapang di ruang tamu itu.

Mereka berlima hanya duduk bersila di atas lantai marble itu. Tan sri Nazim membuka luggage tersebut. Di dalamnya terlihat banyak hadiah untuk di hadiahkan kepada keluarganya.

Tan sri Nazim mengangihkan hadiah hadiah itu kepada ahli keluarganya. Puan sri Afifah dihadiahkan sebuah handbag berjenama LV. Manakala Naufal dan Natasya dihadiahkan sepasang kasut berjenama nike yang sama setiap seorang.

" Mana untuk Nadz pa. " tanya Nadzmi teruja.

" Kamu punya special sikit. Tak sama dengan yang lain. Nah. " Tan sri Nazim menyerahkan satu beg kertas berwarna coklat kepada Nadzmi.

Nadzmi sudah teruja bila papanya mengatakan yang hadiahnya tak sama dengan yang lain. Mesti hadiahnya ini kasut atau pakaian limited edition. Selepas Nadzmi mengeluarkan isi dalam beg kertas tersebut. Wajahnya yang teruja tadi sudah berubah cemberut. Turut disambut dengan hilai tawa semua orang di situ.

" Apa ni pa. Pergi London tapi beli baju macam ni. Nadz bukannya mat bunga nak pakai baju macam ni. " rungut Nadzmi apabila mengetahui hadiahnya ialah sehelai baju kemeja bercorak bunga bunga. Warna pink lagi.

Tan sri Nazim sengaja menayangkan wajah kecewanya. Nadzmi yang melihat riak wajah si papa mula kecewa membuatkan dia rasa amat bersalah.

" Kau ni memang tak reti bersyukurkan. Kau patut berterima kasih sebab sekurang kurangnya papa tetap belikan kau hadiah daripada tak beli langsung. " tambah Naufal.

" Pa, Nadz minta maaf. Thank for this shirt. I will wear it when we go to the beach. " kata Nadzmi dengan wajah bersalahnya.

" Alah... papa gurau je lah. Nah ni hadiah sebenarnya kamu. " kata Tan sri Nazim lalu mengeluarkan satu lagi beg kertas nike. Kemudian beg kertas itu diserahkan kepada Nadzmi.

" Wow... Thank you papa. I love you so much. " kata Nadzmi gembira saat melihat hadiahnya yang sebenar itu. Sepasang kasut nike limited edition.

" I know. Ni ada satu lagi hadiah untuk Fal dengan Tasya. Nah ambik. Tapi tu bukannya dari London. Tu papa kirim dekar kawan papa yang baru balik dari batam. " kata Tan sri Nazim sambil menyetahkan satu lagi beg kertas berwarna coklat kepada anak dan menantunya itu.

Naufal menyambut hadiah seterusnya yang diberikan oleh papanya. Ketika Natasya dan Naufal membuka beg kertas itu dan melihat isi dalamnya. Tiba tiba wajah keduanya mula berona merah. Sebotol jamu penguat tenaga batin dihadiahkan kepada mereka. Naufal hanya mengucapkan terima kasih kepada papanya.

" Papa ni Nadz nak mintak satu benda lagi boleh? " tanya Nadzmi kepada papanya.

" Apa dia? " tanya Tan sri Nazim.

" Macam ni. Nadz sebenarnya nak kereta baru boleh tak. " pinta Nadzmi.

" Kau nak buat apa kereta baru. Kereta kau aku tengok elok je. " sampuk Naufal tidak setuju dengan permintaan Nadzmi itu.

" Tak apa la. Boleh je. " kata Tan sri Nazim.

Nadzmi dah tersenyum penuh makna. Sebenarnya kereta baru untuknya adalah sebahagian daripada perjanjian yang telah ada antaranya dan Tan sri Nazim. Dia bukan meminta saje saje. Tapi dia hanya menuntut ganjaran yang pernah ditawarkan untuknya. Tapi ganjaran untuk apa biar lah rahsia.

" Ke Fal nak kereta baru jugak. Cakap je kereta apa nanti papa usahakan. " kata Tan sri Nazim lagi.

" Tak apa la pa. Kereta Fal tu elok lagi. Baru beli tak sampai dua tahun pun lagi. " kata Naufal menolak tawaran papanya.

" Ke Tasya yang nak kereta baru. Cekap jelah tak apa. Papa tak kesah. " tanya Tan sri Nazim kepada menantu kesayangannya itu pula.

" Tak apalah papa. Lagipun Sya tak ada lesen macam mana nak ada kereta. " tolak Natasya lembut.

" Habis tu Tasya nak apa cakap je dekat papa. Sebab kalau Fal papa dah tahu dah apa yang dia nak. Sekarang Tasya nak apa bagi tahu je papa biar papa belikan. " kata Tan sri lagi.

Tiba tiba hati Natasya berasa sebak apa bila ditanyakan soalan sebegitu. Sebelum ini tiada sesiapa melainkan Naufal yang pernah bertanya kepadanya apa yang dia inginkan. Malahan keluarga sendiri. Jangan kata diberikan hadiah. Kasih sayang sebuah keluarga yang bahagia pun Natasya tak pernah terima. Terutama kasih sayang seorang ayah. Apabila Tan sri Nazim melayannya dengan sangat dia berasa amat bersyukur.

Natasya menyorokkan wajahnya yang hampir menangis itu di bahu Naufal. Tak lama kemudian air matanya gugur jua.

Naufal tiba tiba merasakan baju di bahagian bahunya seperti basah. Dia tahu mesti Natasya sedang menangis.

" Sya kenapa kau nangis ni? " tanyan Naufal lembut sambil menggosok belakang Natasya. Dia sedikit musykil kenapa Natasya menangis. Sakit ke.

Papa, mama dan Nadzmi hampir panik apabila mendapat tahu yang Natasya sedang menangis.

" Tasya sayang, kenapa nangis ni. Cuba cakap kat mama. " kata Puan sri Afifah turut mengosok lembut belakang badan Natasya.

Natasya menerangkan kenapa dia boleh menangis sebegini. Setelah mendengarkan penerangan Natasya. Puan sri Afifah terus memeluk erat tubuh menantunya itu. Semakin lebat air mata Natasya turun.

Nuafal mengosok kepala dan belakang tubuh isterinya itu. Hatinya turut dapat merasakan apa perasaan Natasya ketika ini. Tan sri Nazim turut mengosok belakang isterinya Puan sri Afifah yang juga turut serta menagis sambil memeluk Natasya

Nadzmi merapatkan lagi kedudukkannya dengan Naufal yang duduk disebelahnya. Nadzmi meletakkan tangannya ke bahu Naufal.

" Sya kau jangan sedih sedih dah sekarang. Sebab sekarang kitorang semua keluarga kau. Kau kena ingat tu. " kata Nadzmi memberi semangat kepada Natasya sambil itu tangannya menggosok gosok belakang badan Naufal. Kalau dia buat kat Natasya tak pasal pasal dia makan penumbuk Naufal nanti.

" Betul tu Tasya. Sekarang ni Tasya kena tutup buku lama dan buka buku baru. Lupakan semua kenangan pahit tu dan mulakan hidup yang bahagia dengan orang yang betu betul hargai kita. " kata Tan sri Nazim.

Natasya mendengarkan kata kata semangat yang diberikan oleh mereka semua terasa sangat terharu. Tetapi jauh di sudut hatinya dia sebenarnya berasa takut. Takut akan kehilangan kasih sayang yang telah diberikan ini. Dia masih trauma dengan kejadian dia dijual dan dibuang oleh keluarganya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience