Sampai di villa pun masih lagi Natasya tidak mahu bercakap dengan Naufal. Naufal dah macam cacing kepanasan dibuatnya. Kalau di tahu salah apa yang di telah buat dia boleh lah cuba pujuk dan minta maaf. Tapi ni dia sendiri tak tahu apa salah yang dia dah buat.
Sekarang ni nampaknya Naufal sangat memerlukan bantuan dari orang yang arif pasal benda macam ni. Dan hanya seorang sahaja yang ada di dalam kepalanya. Naufal mengeluarkan iPhone miliknya dari dalam poket. Nombor telefon Nadzmi di dail dan Naufal hanya menunggu panggilannya dijawab.
" Hello. Kau kat mana. Aku nak mintak tolong kau ni. " Naufal terus menyatakan tujuannya apa bila panggilannya dijawab.
" Wow... aku mimpi ke ni. " kata Nadzmi seperti tak percaya.
" Kau mimpi apa pulak? " Naufal dah bengang.
" Yelah kau boleh call aku untuk mintak tolong. Biasanya kau tak suka campur hal kau. Ni kau nak mintak tolong aku pulak. " jawab Nadzmi.
" Kau tak nak tolong aku sudah. " Naufal dah berura ura nak putuskan talian. Tapi Nadzmi sempat menghalang.
" Ok. Ok. Aku tolong kau. Apa aku boleh tolong. " tanya Nadzmi walaupun dia tahu apa yang Naufal tu nak mintak tolong.
" Macam mana nak pujuk orang perempuan ni. " tanya Naufal.
" Aku dah agak dah. Ni mesti pasal Sya tadikan. Dia jealous lagi lah tu. Takpa kau tunggu kat villa tu. Lagi sejam setengah aku balik. Kau try la dulu pujuk si Sya tu dengan cara kau. " habis sahaja dia berkata begitu. Nadzmi meletakkan panggilan.Nadzmi dah tersenyum sinis.
" Macam ni la bila mamat beku ni jatuh cinta. Badboy konon. Bini baru tak layan tak sampai setengah hari dah sasau tak tentu pasal. " monolog Nadzmi sendiri.
*******************************
Di villa,
Naufal asyik ke hulu ke hilir sahaja di ruang tamu itu. Tak senang hatinya selagi Natasya masih diam membisu dan Nadzmi yang masih belum sampai ke rumah.
Tak lama kemudian, Naufal mendengar bunyi enjin kereta Nadzmi sudah masuk ke perkarangan villa. Naufal terus berlari ke pintu utama. Nadzmi belum sempat lagi melangkah masuk ke villa sudah diserang dengan soalan bertalu talu dari si kembar.
" Wei... asal kau lambat. Kau cakap sejam setengah je. Ni dah dua jam lebih. Kau cakap nak tolong aku kan. " Naufal dah tentu arah bila bercakap dengan Nadzmi yaang baru nak melangkah masuk ke dalam villa.
" Assalamualaikum. Aku balik ni tak ada salam apa ke. " sindir Nadzmi.
" Waalaikumussalam. " jawab Naufal sedikit terkilan dengan tindakannya sendiri. Biasa dia yang akan menegur Nadzmi. Ni Nadzmi pulak yang tegur salah dia.
" Tak sangka aku. Kembar aku boleh sasau macam ni sekali. Dulu aku ingat kalau kau ada ada pasangannanti kau tak nak layan kalau pasangan kau merajuk. Rupanya kau jadi macam ni ehh... " kata Nadzmi sambil mengetuk ngetuk dagunya.
" Kau ni kan. Nanti tak pasal pasal aku boxing kau kat sini. " kata Naufal bengang.
" Alah... aku gurau jelah. Nah. " Nadzmi menyerahkan sejambak bunga ros merah dan sepeket coklat kepada Naufal.
Naufal mengambil bunga dan coklat itu. Mukanya mula berkerut seribu. Kening dijongketkan kepada Nadzmi sebagai isyarat bertanya.
" Takkan la tu pun kau tak faham. Mak aii. " Nadzmi dah menggaru garu kepalanya uang tidak gatal itu.
" Nanti kau bagi lah bunga ros dengan coklat tu kat Sya. Aku comfirm dia akan cair punya. Tapi sebelum tu. Nah ni lagi satu. " Nadzmi mengeluarkan sekeping kad daripada jaketnya. Lalu diberikan kepada Naufal.
Naufal turut mengambil kad tersebut. Kad itu ditenung tak lepas. Sekeping kad kecil dengan tulisan ' I'M SORRY ' .
" Sekarang kau tulis lah apa apa ayat sweet kat belakang kad tu. Ingat tulis alat yang sweet sweet. Berkias sikit. " terang Nadzmi kepada si kembar yang langsung tak reti dalam hal macam ni.
Naufal hanya mengikut sahaja segala arahan dari Nadzmi itu. Yang penting Natasya dah tak merajuk. Biarpun di masih tak tahu sebab musabat isteri kesayangannya itu merajuk.
*******************************
Naufal mencari Natasya di bilik mereka tetapi Natasya tiada. Habis satu rumah di tawafnya. Akhirnya di jumpa Natasya di balkoni di tingkat 4. Naufal menghampiri Natasya yang sedang duduk di meja kopi sambil termenung.
Naufal menarik kerusi di sebelah Natasya dan melabuhkan duduk di situ. Natasya langsung tidak menghiraukan Naufal yang duduk di sebelahnya.
" Sya. Nah untuk kau. " Naufal menyerahkan bunga dan coklat di tangannya itu kepada Natasya.
Natasya memandang pelik kepada suaminya itu. Buang tabiat ke apa.
" Kenapa pulak kau bagi bunga dan coklat kat aku. " tanya Natasya dengan pandangan kosong tanpa perasaan.
" Sya aku nak mintak maaf dengan kau kalau aku ada buat apa apa salah kat kau. Biarpun aku sendiri tak tahu apa salah aku kat kau sampai kau tak cakap dengan aku macam ni. " Naufal jeda seketika.
" Kau tahi tak aku ni dah senang duduk sebab kau diam je macam ni. Dah lama dah aku tak nampak kau macam ni tau sejak kau duduk kat rumah ni. Kalau kau ada masalah dengan aku ke dengan sesiapa. Please bagitahu aku. Jangan bagi aku tak senang duduk macam ni. " luah Naufal sayu.
Natasya melepaskan nafas lelah. Lalu merenung tajam ke dalam mata Naufal. Mencari keikhlasan di mata itu.
" Kau tak perlu mintak maaf pun. Kau tak ada buat salah apa pun. Aku je takde mood. " kata Natasya lemah.
" Aku tak percaya. Aku yakin sangat kau ada masalah. Cakap kat aku. Aku ni suami kau tau. " Naufal sudah menggunakan kuasa vetonya.
" Oklah aku cerita. " Natasya terpaksa mengalah apabila Naufal dah menggunakan kuasa vetonya itu.
Bak kata mama, isteri perlu taat kepada suami. Natasya menceritakan segalanya tentang perbualannya dengan Elisa di kelas tadi. Cuma Natasya tidak menceritakan kepada Naufal tentang perasaan cemburunya itu.
" Kau jealous eh. " Naufal menguis hidung mancung Natasya.
" Mana ada. " nafi Natasya. Mukanya dah bertukar merah sebab apa yang dikatakan Naufal itu betul.
' Ye aku cemburu sebab ada ramai perempuan cantik sukakan laki aku. Aku ni apa ada. ' Natasya hanya mengaku di dalam hati.
Naufal mengambil tangan Natasya dan digenggam erat lalu dicium kekura tangan itu. Natasya sudah tersenyum dengan perbuatan Naufal itu.
" Kau dah cukup cantik lah Sya. Kau tak hipokrit. Kau ni natural beaty bukannya cantik sebab make up. Kau baik. Hormat orang tua. Banyak lagilah yang kau lebih dari perempuan tu. Hati kau bersih suci. " kata Naufal ikhlas.
Natasya sudah tersenyum lebar. Naufal juga tersenyum sama nampaknya dia dah berjaya pujuk Natasya.
" Thank for the roses and chocolate. " kata Natasya sambil membelek bunga dan coklat itu.
" Kau suka ke. " tanya Naufal ingin tahu.
Natasya mengangguk laju sambil tersenyum bahagia.Natasya bahagia dia pun bahagia.
Nadzmi hanya memerhati dari balik sliding door. Dia juga turut tersenyum bahagia. Lalu berjalan meninggalkan tempat itu.
" You guys deserve to be happy. " bisik Nadzmi sambil menuruni tangga.
Share this novel