BAB 3 : KELUARGA YANG PRIHATIN

Romance Series 104277

Di villa keluarga Naufal,

Kedengaran deruan enjin motorsikalnya memasuki kawasan kediaman villa mewah milik Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah. Naufal yang baru sahaja sampai di halaman rumah setelah menghantar Natasya pulang ke rumah. Motosikal Kawasaki Ninja 650 itu memasuki tempat letak kenderaan yang menempatkan banyak kereta mewah milik Naufal dan keluarganya.

Setelah selesai menyimpan Motorsikal berkuasa tingginya itu. Naufal melangkah memasuki villa tersebut. Apabila dia melintasi ruang makan kelihatan papa, mama dan Nadzmi sedang menunggunya di meja makan.

" Fal... mari makan dulu. " panggil Puan sri Afifah lembut.

Mereka semua menunggu Naufal untuk makan malam bersama walaupun sudah tengah malam. Bagi mereka kelaurga perlu sentiasa makan bersama.

" Hmm... baik ma. " akur Naufal.

Lalu mereka makan malam bersama. Lauk malam ini begitu istimewa kerana dimasak oleh Puan sri
Afifah sendiri. Semuanya lauk kesukaan suami dan anak anaknya.

" Lewat balik hari ni? " tanya Tan Sri Nazim akan perihal anak bongsunya itu.

" Tadi Fal hantar Natasya balik rumah dia. " jawab Naufal jujur.

" Apa khabar Natasya sekarang? lama mama tak jumpa dia. " tanya Puan sri Afifah.

" Macam tu la mama. Asyik nak kena tanggung biawak biawak hidup tu je. " kata Nadzmi kesal dengan sikap keluarga Natasya. Dia juga tahu akan masalah keluarga Natasya.

" Kesian pulak Nadz kat Natasya tu sampai kena buat dua tiga kerja sehari sebab nak cari duit. "
sambung Nadzmi lagi

Naufal hanya menyimpan geram dengan si kembar. Suka hati Nadzmi mahu menceritakan perihal Natasya kepada mama dan papa. Lagi menyebabkan dia sakit hati apabila Nadzmi menunjukkan sikap prihatinnya kepada Natasya. Ya! Naufal cemburu.

" Subhanallah kesiannya anak aku. " kata Puan sri Afifah dengan wajah yang mula mendung.

" Kenapa kamu berdua tak tolong dia. Tak pun kenapa dia tak datang mintak tolong dengan papa. Bukannya Tasya tu tak biasa dengan keluarga kita ni. " tanya Tan sri Nazim.

" Natasya yang tak nak pa. Papa faham faham jelah dia tu. Fal ada je nak bagi dia pinjam duit tapi dia tak nak. " jawab Naufal.

" Betul tu pa. Nadz pun ada nak bagi dia pinjam duit pun dia tolak. " sambung Nadzmi.

Naufal memandang tajam ke arah Nadzmi dengan pandangan berapi.

Tan sri Nazim diam seketika sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Dia memandang ke arah isterinya yang duduk di sebelahnya. Wajah isterinya yang tadi ceria bertukar muram apabila mengetahui keadaan terkini Natasya.

" Hmmm... kalau dah Tasya yang tak nak takkan kita nak paksakan. " kata Tan sri Nazim

" Tapi kamu berdua tolong tengok tengokkan Tasya ya. Kalau ada masalah bagitahu papa dan mama. " sambung Tan Sri Nazim lagi sambil memberikan arahan kepada anak anaknya untuk sentiasa melindungi Natasya.

" Baik pa. " jawab si kembar serentak.

Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah memang telah menganggap Natasya sebagai anak mereka sendiri kerena mereka tidak mempunyai anak perempuan. Mereka juga telah mengenali Natasya daripada kecil lagi kerana arwah mak Natasya dulu adalah orang gaji di rumah villa ini.

Selesai makan malam, Naufal berlalu memasuki biliknya untuk membersihkan diri dan berehat.

" Sya kan aku dah cakap ramai orang sayang kau. " kata Naufal bermonolog sendiri.

Lalu dia mengambil tuala di penyidai. Kemudian memasuki bilik air untuk membersihkan diri yang sudah melekit lekit.

Selepas 15 minit, Naufal keluar dari bilik air lalu memakai baju tidurnya. Tiba tiba dia teringat akan sesuatu.

Dia berjalan ke arah meja di sisi katil untuk mendapatkan Iphone miliknya.

" Nak call ke tak? " tanya Naufal kepada diri sendiri.

" Ahhh... call jelah macam tak biasa. " putus Naufal.

Lalu dia mencari nama Natasya di contact listnya. Lalu butang hijau di tekan.

Naufal menanti panggilannya di angkat dengan penuh sabar. Akhirnya Natasya mengangkat panggilannya. Kedangaran suara Natasya di talian.

mohon support ara untuk meneruskan penulisan supaya tidak terhenti di tangah jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience