Di rumah Natasya,
Seperti kebiasaan hari biasa Naufal akan datang menjemput Natasya untuk ke kolej Bersama.
" Sya... kenapa aku tengok kau letih semacam je ni. Kau buat apa lepas aku hantar kau balik semalam sampai kau nampak lesu semacam ni. " Soal Naufal hairan.
Wajah Natasya pucat tak bermaya dan tubuhnya nampak lesu tak berdaya. Lihatlah sekarang masuk je kereta terus bersandar lemah tak ada berbual kosong seperti biasa.
" Aku ok je la letih sikit je. Semalam aku tidur lewat. Kau tak payah risau. Bawak je kereta tu. " Natasya berkata lemah sambil mata masih lagi tertutup rapat.
Memang semalam dia tidur lewat sebab menahan sakit kesan dipukul dengan tali pinggang oleh ibu tirinya itu.
" Hmm... tak apa la kalau kau cakap macam tu. Eh... pukul berapa dah ni aku tak ingat pakai jam la. Tengok jam kau jap. " saat Naufal memegang lengan Natasya tiba tiba sahaja Natasya meringis kesakitan.
Naufal pelik pegangannya tidaklah kuat tapi kenapa Natasya boleh sakit. Mesti ada yang tak kena ni. Tanpa banyak soal Naufal menghentikan keretanya ke tepi bahu jalan.
Sebaik kereta berhenti lengan Natasya di sambar. Tanpa perasaan bersalah lengan baju Natasya diselak ke atas. Naufal terkedu melihat penuh kesan merah berjalur di lengan Natasya. Naufal memandang Natasya inginkan kepastian. Natasya hanya menundukkan kepalanya tidak berani melawan pandangan tajam Naufal.
Apabila Natasya diam begitu sahaja Naufal sudah mendapat jawapannya. Lengan Natasya dilepaskan lalu Naufal menyambung kembali pemanduannya.
Sekarang ni kereta itu bergerak laju di atas jalan raya. Natasya tahu Naufal sedang sangat marah sehingga tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut itu. Tangan Naufal menggengam stereng dengan sanagt kuat sehingga keluar urat di lengannya. Kereta pula tak payah cakap la lajunya hampir merempuh beberapa kenderaan di jalan raya itu.
Tiba tiba Natasya perasan sesuatu ini bukan laluan untuk ke kolej mereka.
" Naufal kita nak pergi mana ni. Ni bukan jalan nak ke kolej. Kau jangan la macam macam nanti kita lambat. " Natasya mula gelisah. Apabila Naufal tidak menjawab pertanyaannya itu. Jangan kata nak jawap berpaling pun tidak.
Sebenarnya masih ada lagi 2 jam lebih sebelum kelas bermula. Mereka sengaja keluar awal kerana Naufal tidak mahu Natasya berada lama di rumahnya. Kebiasaannya mereka akan keluar berjalan jalan atau ke perpustakaan untuk mengulang kaji. Kadang kadang mereka akan ke kafe.
Sedang ralit termenung tiba tiba Natasya merasakan yang kereta itu telah pun berhenti. Mata Natasya memandang keluar melihat ke mana pula Naufal membawanya.
" Naufal kenapa kau bawak aku datang klinik pulak. " entah kenapa Natasya menyoalkan soalan bodoh itu. Tentulah dia dibawa ke sini untuk merawat kesan lebamnya.
Tanpa menghiraukan soalan bodoh Natasya. Naufal terus mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta tersebut kemudian berjalan ke pintu sebelah penumpang. Tanpa banyak cakap aku dia membuka pintu kereta lalu menarik tangan Natasya keluar dari kereta tersebut.
Natasya hanya menurut seperti seorang pesalah. Bukan seperti tapi memang seorang pesalah. Salah kerana tidak memberi tahu hal ini lebih awal kepada Naufal. Jujur sekarang ni memang Natasya takut sangat dengan riak wajah Naufal yang seperti mahu menelan dirinya ini hidup hidup.
Wajah Naufal sekarang ni tak payah cakap macam apa. Matanya sudah merah menyala dengan pandangan setajam pandangan si burung helang. Kening berkerut kerut. Hidung kebam kempis kerana menahan amarah. bibir tanpa secalit senyuman.
" IC " itu sahaja yang dikatakan Naufal sebaik mereka melangkah masuk ke klinik tersebut.Naufal turut menghulurkan tangan meminta kad pengenalan Natasya.
Tanpa banyak soal Natasya mengeluarkan kad pengenalannya dari beg lalu diserahkan kepada Naufal untuk urusan pendaftaran.
" Kau duduk dulu. Aku nak daftar kat kaunter kejap. " Naufal berkata dingin. Natasya hanya menunduk dan terus duduk di kerusi yang di sediakan di klinik tersebut.
Selepas selesai urusan pendaftaran
Naufal berjalan ke arah kerusi yang diduduki Natasya lalu melabuhkan duduk di sebelahnya. Naufal dan Natasya hanya diam menanti dipanggil oleh doktor.
" Naufal aku minta maaf sebab tak bagitahu kau hal sebenar. Aku cuma tak nak susahkan kau. " tangan Naufal di raih lalu ditekapkan ke pipinya untuk memujuk Naufal supaya kemarahan lelaki itu reda.
Naufal merengus nafas kasar. Ini yang dia lemah bila Natasya cuba menggodanya.
' Sya kau tahu tak aku ni sayang kau. Aku tak boleh nak marah kau lama lama. ' bisik hati kecil Naufal.
Naufal menarik nafas lalu hembus perlahan cuba menanangkan perasaannya ketika ini. Badan di pusingkan ke arah Natasya di sebelahnya. Wajah itu kelihatan sayu dan mata itu mulai berkaca.
" Yelah... aku maafkan. Tapi ni kali terakhir aku maafkan kau pasal masalah ni. Lagi sekali kau tak bagitahu aku yang keluarga kau pukul kau aku akan tak nak cakap dengan sampai bila bila. " Naufal berkata tegas ingin Natasya mengetahui yang dia sedang sangat serius sekarang ni.
" Kalau kau tak bercakap dengan aku kau nak bercakap dengan siapa lagi. Aku sorang je kawan kau. Hihihi. " kata Natasya sambil tertawa kecil.
" Mana kau tahu. " balas Naufal tidak berpuas hati biarpun itulah kenyataan yang tidak boleh dinafikan lagi.
" Memang betul pun kan. Kau cuma banyak cakap bila dngan aku je. Dengan keluarga kau pun kau banyak diam dari keluarkan suara. Paling tidak kau banyak cakap sikit dengan mama kau. Kalau kau ada kawan pun tu kawan Nadzmi yang sudi nak berkawan dengan kau. " gurau Natasya. Memang itu lah kehidupan Naufal.
Macam mana nak ada kawan kalau 24 jam nak jadi bayang bayang Natasya tambah pulak muka dia yang garang macam singa tak makan sebulan tu. Bukan dia saja dengan Natasya sekali tak ada kawan lain melainkan Naufal dan Nadzmi. Tu pun Nadzmi selalu dijauhkan dari Natasya.
" Kau nak aku merajuk balik ke apa ni. " sambil beluk tubuh dia menjeling Natasya.
" Ehh... mana ada aku bergurau je jangan la terasa OK. " kata Natasya sambil menayangkan wajah comelnya.
Sedang mereka asyik berbual Nama Natasya sudah dipanggil oleh jururawat bertugas. Natasya terus meloloskan diri ke dalam bilik doktor tersebut sambil di temani oleh Naufal.
**************************************
Setelah selesai doktor memeriksa lebam lebam pada badan Natasya, mereka duduk dulu sebentar untuk mengambil ubat. Apabila sekali lagi nama Natasya dipanggil Naufal terus berdiri dan berlalu ke arah kaunter farmasi untuk membayar bil dan segala ubat ubatan Natasya.
" Dah selesai jom pergi kelas ada lagi 45 minit ni. Aku rasa sempat kita sampai ke kolej ni. " kata Naufal lalu menarik tangan Natasya ke arah kereta.
" Sampul apa tu? " mata Natasya tertumpu ke sampul surat besar berwarna coklat yang dipeganag oleh Naufal.
" Tak ada apa la. " kata Naufal sambil tersenyum.
Natasya masih curiga namun perasaan itu ditepis menjauh.
Mereka sampai di kereta lalu memasuki kereta tersebut. selesai sahaja memakai tali pinggang terus kereta Audi RS7 itu memecut laju ke kolej mereka untu mengejar masa kelas yang akan bermula kurang dari sejam sahaja lagi.
Memandangkan mereka tidak sempat bersarapan jadi mereka hanya bersarapan di dalam kereta.Mereka hanya makan sandwic dan biskut serta air mineral yang dibeli oleh Naufal sebentar tadi. Sambil makan mereka turut bergurau senda sambil Natasya menyuap Naufal makan kerana Naufal perlu memandu. Mereka nampak seperti pasangan kekasih yang bahagia dan saling mencintai.
Share this novel