BAB 59 : TINGGALKAN

Romance Series 104277

Di waktu malam,

Di Villa,

Natasya sedang berada di balkoni biliknya dan Naufal. Dia termenung jauh ke arah pemandangan di hadapannya.

Dia masih terfikirkan apa yang dicakapkan oleh ibu tirinya itu adakah benar dan akan menjadi kenyataan ataupun tidak jika dia gagal memberikan waris kepada keturunan suaminya ini.
" Sayang termenung apa tu jauh sangat tu. Sampai tak hiraukan hubby sayang yang handsome nih... " bisik Naufal.

Natasya tersentak. Terlalu jauh dia termenung sehingga dia tidak sedar yang Naufal telah memeluknya dari arah belakang.

" Eh...hubby. Sorry. " kata Natasya dengan wajah bersalah.

" Kenapa ni? Sayang ada masalah ke? Kalau ada baik cakap kat hubby. " tutur Naufal lembut sambil menyelit rambut Natasya yang menutupi wajahnya ke telinga.

" Tak ada apalah hubby. Hubby jangan risau. " kata Natasya sambil menayangkan senyum bagi menghilangkan rasa curiga Naufal.

" Betul ni? " tanya Naufal dengan wajah serius dan mata dipincingkan ke wajah si isteri.

Dia tak percaya dengan isterinya itu kerana selepas sahaja mereka pulang daripada pasar raya siang tadi. Natasya hanya banyak mendiamkan diri dan asyik termenung sahaja. Makan malam pun hanya dijamah sedikit sahaja.

" Betul. " balas Natasya bagi meyakinkan lagi Naufal.

" Hubby boleh sayang tanya sesuatu. " tanya Natasya bagi mengalihkan topik perbualan mereka.

Naufal hanya menjongketkan kening sebagai isyarat.

" Macam mana hubby boleh ada kat pasaraya semalam. Bukan hubby kat kafe ke? " tanya Natasya.

" Adalah. Rahsia. " kata Naufal sambil tersenyum nakal.

" Alahh... hubby. cakaplah. " rengek Natasya sambil menggoyangkan lengan Naufal.

Naufal hanya tersenyum dan membuat isyarat menzip mulutnya.

Sebenarnya semalam dia boleh berada di pasaraya itu setelah dia menerima panggilan daripada mamanya yang memberitahu yang isterinya terserempak dengan Puan Maimun di pasaraya itu. Selepas itu dengan pantas dia terus memecut superbike nya ke pasaraya itu. Kalau mama dan isteri kesayangannya itu tahu betapa lajunya dia menunggang motosikal berkuasa tingginya ketika itu. Mesti dia bakal dibebel sehingga bernanah telinga oleh dua wanita kesayangannya itu.

" Ishhh... hubby ni. Tak nak kawan. " mulut Natasya sudah panjang serupa itik. Merajuk.

" Alololo... comelnya dia merajuk. " kata Naufal sambil mencubit geram kedua belah pipi isterinya.

" Hubby... janganlah... " Natasya terus menepis nepis tangan Naufal yang sedang mencubit pipinya itu. Suka sangat Naufal mencubit pipinya begitu.

" Sayang ni cute la. Sayang tahu tak. Kalau kita ada anak mesti kalau anak kita girl dia akan comel dan cute macam sayang. Kalau boy pulak mesti akan handsome macam hubby. " seloroh Naufal sambil tersenyum manis.

Natasya yang mendengar selorohan Naufal itu terus terkedu.

Anak? Nampaknya Naufal sangat mengharapkan yang mereka akan mempunyai anak. Jangan kata Naufal. Malah seluruh keluarganya. Hampir setiap hari menyebut mengenai isu anak mereka.

Adakah apa yang dikatakan Puan Maimun itu benar? Adakah Naufal dan keluarganya akan membuangnya sebagainya ayahnya membuangnya?

" Sayang... sayang... " Naufal melambaikan tangannya di hadapan muka Natasya.

" Sayang... " jerit Naufal bagi menyedarkan isterinya yang sedang termenung jauh itu.

" Hah... " Natasya terus terperanjat.

" Hubby. Can I ask you something? " tanya Natasya gugup dengan wajah yang menunduk.

" Sayang nak tanya apa? " tanya Naufal lembut sambil tangannya mendongakkan dagu si isteri.

" Hubby.... kalau sayang tak dapat mengandung. Hubby dengan keluarga hubby tak akan buang sayangkan? Macam mana bapak buang sayang dulu. " tanya Natasya dengan sebak sambil menundukkan kepalanya. Tak sanggup nak menatap mata helang Naufal.

" Kenapa sayang tanya macam tu? " tanya Naufal tegas. Tak suka dengan keadaan dimana si isteri mula curiga dengan kasih sayang yang telah diberikan olehnya dan keluarganya.

" Jawab jelah... " rengek Natasya hampir hendak menangis.

Naufal menghela nafas kasar. Dia cuba memujuk dan menenangkan hati sendiri. Hatinya terasa amat sakit apabila mendengar nada suara Natasya sudah mula serak seperti hendak menangis dan dapat dilihat tubuh Natasya sedang terketar-ketar.

" I don't like you ask question like this. Stop talking about this anymore. " kata Naufal tegas sambil mata tidak lepas merenung Natasya yang sedang menunduk itu.

" Hubby takkan tinggalkan sayang. Sebab hubby cuma cintakan sayang dari dulu lagi. You're my first and my last love. Tak pernah terlintas di fikiran hubby akan tinggalkan sayang selepas hubby lafazkan akad antara kita. " kata Naufal penuh ikhlas.

" Sejujurnya. Kalau dulu hubby pernah terfikir untuk tinggalkan sayang. Tapi itu dulu. Semasa sayang cuma menganggap hubby ni cuma BFF sayang je. But I changed my mind. I choose to stay with you even though I know my heart will be tormented. Because I just want to see happy. " tutur Naufal sebelum dia mengambil nafas seketika dan menyambung kembali pengakuannya.

" Tapi... bila nenda minta kita kahwin. Hanya tuhan je tahu betapa gembiranya hubby masa tu. Sebab apa yang hubby mahu dan nanti-nantikan selama ini memjadi kenyataan akhirnya. Walaupun hubby tahu pada awalnya sayang tak dapat terima perkahwinan kita. Hubby cuba pujuk hati hubby untuk memahami sayang. Kalau sayang tak bahagia dengan perkahwinan ni. Hubby akan lepaskan sayang untuk cari sendiri kebahagiaan sayang tu. Tapi sekali lagi hubby tukar fikiran lepas malam pertama kita. Hubby janji dengan diri hubby yang hubby takkan pernah lepaskan atau tinggalkan sayang. Biar hubby yang akan bahagiakan sayang. " kata Naufal sambil membelai pipi mulus Natasya dengan matanya tidak lepas daripada merenung wajah cantik isterinya.

" Pasal sayang tak mengandung lagi tu. Hubby tak kesah pun. Hubby terima sayang seadanya. Pasal anak tu. Hubby serah pada tuhan. Ada rezeki kita. Adalah. Kita tak boleh putus berdoa. " sambung Naufal lagi sambil menolak lembut dagu Natasya supaya mata mereka saling bertatapan.

" I love you so much sayang. Really... really... love you. " akui Naufal.

Natasya tak dapat lagi menahan tangisannya. Terus dia memeluk tubuh suaminya itu dengan begitu erat sambil menghembur segala tangisannya di dada sasa Naufal.

Naufal membalas pelukan Natasya sambil menggosok gosok lembut kepala si isteri. Berselang-seli dengan kucupan bertalu-talu di ubun-ubun Natasya.

" I'm sorry. Sebab sayang dah salah sangka dengan hubby dan keluarga hubby. " kata Natasya dengan suaranya yang sudah serak.

Naufal meleraikan pelukan mereka perlahan-lahan.

" Dah jangan nangis. I don't like to see you cry. " kata Naufal sambil menyeka lembut air mata Natasya di pipi.

Tangan Naufal mengusap lembut belakang leher Natasya. Mereka saling merenung antara satu sama lain. Sebelum Naufak mendekatkan jarak antara wajah mereka. Bibir mereka saling bersentuhan dengan lembut. Lalu bertukar menjadi lebih rakus.

" Doa tanpa usaha takkan membuahkan hasil. " kias Naufal selepas dia meleraikan ciuman hangat antara mereka.

Lalu dia terus mencampung Natasya dan membawanya masuk kembali ke bilik mereka.

************************************

Keesokkannya,

Natasya yang baru sahaja selesai menuruni tangga berjalan menuju ke arah dapur untuk mencari sedikit snek untuknya dan Naufal yang sedang asyik bermain PS5 di bilik mereka. Selepas sarapan tadi Naufal terus mengajaknya untuk menemani si suami bermain games.

Ketika dia sedang melintasi sliding door yang menghala ke kolam ikan. Natasya melihat Puan sri Afifah sedang duduk bersendirian di meja rotan di tepi kolam ikan itu.

Natasya dapat melihat mama mertuanya itu seperti sedang mengurut-ngurut bahu dan lengannya.

' Mesti sebab bergaduh dengan mak cik semalam. ' bisik hati kecil Natasya. Ini telah membuatkan perasaan bersalah semakin bertambah.

Kalau bukan kerana Puan sri Afifah cuba melindunginya daripada terus di serang oleh Puan Maimun. Pasti wanita itu takkan mengalami sakit-sakit badan.

Natasya melangkah perlahan ke arah kolam ikan tu dan menghampiri Puan sri Afifah.

" Ma... " tegur Natasya.

" Eh... Tasya. Bila Tasya muncul. Tak perasan pulak mama. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum sinis.

" Boleh Sya duduk kat sini dengan mama? " tanya Natasya penuh sopan.

" Boleh je sayang. Duduklah. Tak payah tanya mama pun. " kata Puan sri Afifah menggamit Natasya untuk duduk di sebelahnya.

" Mama... " panggil Natasya lembut.

" Ye sayang. " balas Puan sri Afifah sekaligus berpaling menghadap Natasya sambil tangan masih lagi mengurut-ngurut tubuhnya.

" Mama sakit-sakit badan ke? " tanya Natasya dengan nada bersalah.

" Haah... sakit sikit kat bahu, lengan dengan tengkuk ni. " beritahu Puan sri Afifah sambil tangan tetap tak berhenti mengurut diri sendiri.

" Sya minta maaf sangat-sangat mama. " kata Natasya dengan nada lirih. Matanya sudah mula berkaca.

" Eh... kenapa pulak Tasya nak minta maaf kat mama. " tanya Puan sri Afifah sedikit kaget apabila melihat mata menantunya itu sudah mula berair.

" Sebab Sya mama sakit-sakit badan. Kalau bukan sebab mama cuba selamatkan Sya daripada diserang oleh mak cik. Kalau mama tak mesti mama tak sakit-sakit badan macam ni. Lepas tu mama siap bergaduh lagi dengan mak cik dekat depan orang ramai. Mesti mama malu sangat kan. Sya ni memang menantu yang tak berguna langsung. Asyik menyusahkan semua orang je. " kata Natasya dengan wajah yang sudah lencun dengan air mata.

Puan sri Afifah yang tidak tega melihat menantunya yang sudah dianggap seperti anak sendiri itu menangis. Terus menarik tubuh Natasya ke dalam pelukannya.

" Kenapa Tasya cakap macam tu. Tasya tak menyusahkan sesiapa pun. " kata Puan sri Afifah sambil menggosok-gosok belakang tubuh Natasya.

" Dah memang tanggungjawab mama jaga Tasya macam anak mama sendiri. Mama dah anggap Tasya ni macam anak mama sendiri dari dulu lagi. Takkanlah mama nak tengok je orang lain serang dan sakitkan anak mama ni. Memang mama akan ajar cukup. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum manis walaupun tak dapat dilihat oleh Natasya.

" Tasya nak dengar satu cerita. " kata Puan sri Afifah tanpa melepaskan pelukannya.

" Cerita? " tanya Natasya polos sambil meleraikan pelukan erat mereka.

" Cerita pasal nama Tasya tu? " kias Puan sri Afifah masih dengan senyuman manisnya.

" Nama Sya? Sya tak faham lah mama. " kata Natasya lagi. Masih belum dapat menangkap apa yang ingin dikatakan oleh Puan sri Afifah.

" Natasya Amani. " kata Puan sri Afifah sambil tersenyum dan merenung dalam ke anak mata Natasya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience