Di rumah Natasya,
Natasya yang masih lagi bersandar pada pintu Hanya termenung memikirkan nasibnya di masa hadapan dengan kehidupannya yang sekarang.
" Sampai bila la aku nak kena hidup macam ni. " kata Natasya menyoal diri sendiri.
Sedang asyik mengelamun, tiba tiba Iphone di tangannya berdering. Tertera nama Naufal di skrin. Butang hijau di tekan bagi menjawab panggilan tersebut.
" Hello. Hah Fal kau nak apa call aku ni? " soal Natasya mengapa Naufal menghubunginya.
" Tak apa... saja nak tahu kau ok ke tak. " kata Naufal penuh perhatian
" Aku ok je kau takyah risau. Hidup lagi aku ni. Kalau aku mati pun kau tahu nak cari aku kat manakan. " jawab Natasya. Tapi ayat terakhirnya kedengaran seperti dia sudah berputus asa.
Naufal di talian berkerut wajah setelah mendengar ayat terakhir yang dituturkan oleh Natasya. Dia tidak suka Natasya berkata sedemikian.
" Apa kau cakap macam tu Sya. Tak baik la. Berdosa kau tahu tak! " marah Naufal.
" Eh relax la... aku gurau je. Kau ni selalu ambik serius apa aku cakap. Aku ok jelah. " jawab Natasya.
Naufal hanya mengeluh kesal. Dia tahu Natasya sedang dalam masalah sekarang ni. Sebab itu Natasya menyebut tentang mati. Kerana mungkin dia sudah letih dengan semua cabarannya.
" Hmmm... takpa kalau macam tu. Ni kau dah makan malam ke belum. " tanya Naufal malas hendak berbahas dengan Natasya.
" Dah. Aku makan kat kafe tadi sebelum balik. " jawab Natasya.
Dia hanya dapat makan makanan sedap di luar sahaja. Kalau tidak di kafe mestilah ketika Naufal dan Nadzmi yang belanja dia makan. Kalau di rumah dia hanya akan mendapat sisa yang sudah tidak mahu di makan. Biarpun semua nasi dan lauk yang terhidang di dapur itu dimasak oleh dia sendiri. Nak harap Puan Maimun yang masak memang kebulur la mereka anak beranak. Kalau Sabrina lagi lah jauh sekali nak sentuh kuali. Takut kuku patah katanya. Mak dan anak sama je dua dua pemalas.
" Sya... Sya... SYAA !!! kau dengar tak? " jerit Naufal apabila Natasya hanya berdiam diri.
" Ahhh... kau cakap apa tadi. " soal Natasya masih terpinga pinga selepas sedari lamunannya sebentar tadi.
" Aku cakap esok aku ambik kau. Kita pergi kelas sama esok. " kata Naufal
" Eh tak apa lah aku boleh naik bas. Lagipun barang aku banyak esok. " dalih Natasya.
Sebenarnya dia tidak selesa pergi ke kolej dengan Naufal sambil menaiki motorsikal kerana pasti ada mata yang cemburu akan memandang ke arahnya. Mana tidaknya Naufal dan Nadzmi merupakan si kembar terhangat di kolej tersebut. Mudah kata diorang ni ramai peminat.
" No excuse... tak kira kau kena pergi kolej dengan aku jugak esok. Tak apa esok aku drive kereta je. " jawab Naufal masih debga keputusannya untuk ke kolej bersama Natasya.
" Hmmm... yelah bos. " jawab Natasya akur dengan keputusan yang sudah dibuat oleh Naufal.
" Dah la aku nak letak ni. Beteri dah nak habis. Bye." jawab Natasya
" Oklah. Jumpa esok. Bye. " kata Naufal lalu meletakkan panggilan.
***************************************
2 Pagi,
Ayah Natasya pulang dalam keadaan mabuk dengan muka yang penuh dengan dengan kesan lebam dan luka seperti dipukul.
" Eiii.... bapak! kenapa dengan bapak ni. Balik mabuk mabuk dengan lebam luka semua ni. Eiii... gelilah! " Jerit Sabrina jijik melihat ayah tirinya itu.
" Ahhh... kau diam la. Kau tak tau apa apa. " kata Encik Azman dalam keadaan mabuk.
Dia berjalan dengan langkah terhoyong hayang ke arah bilik tidur Natasya. Pintu bilik Natasya diketuk dengan kuat bagai hendak pecah pintu tersebut.
Ketukkan yang bertalu talu mengejutkan Natasya dari lenanya. Natasya berjalan ke arah pintu biliknya. Apabila pintu tersebut dibuka alangkah terkejutnya Natasya saat melihat keadaan bapaknya.
" Ya Allah bapak kenapa ni sampai lebam lebam ni dengan darah lagi ni. Ada orang pukul bapak ke? " kata Natasya sambil menilik setiap lebam dan luka pada tubuh bapaknya.
" Ahhhh... tu kau tak payah sibuk bukan hal kau pun. Ni esok aku pinjam RM 50 000 ringgit esok.Aku nak bayar hutang kawan aku ni esok. " beritahu Encik Azman.
" Apa RM 50 000 ringgit! Bapak mana Sya ada duit banyak tu. Ni mesti hutang judi bapak kan? "
soal Natasya tahu sangat sikap ayahnya yang suka berjudi.
" Alaaa... kau takkan tak ada duit. Kau kerjakan. Takkan dengan bapak sendiri kau nak kedekut. " marah Encik Azman. Amarahnya berganda kerana kesan daripada arak yang telah diminum olehnya.
" Ni bukan masalah kedekut ke apa bapak. Tapi memang Sya tak ada duit sampai banyak tu. Duit gaji Sya semuanya dah habis buat bayar semua benda dalam rumah ni. Yang bagi untuk bapak berjudi lagi. Sabrina dengan mak cik lagi. Semua dalam rumah ni Sya yang tanggung tau bapak. Sya ni masih belajar lagi bapak tau. Bapak cuba la cari kerja bapak. Semua orang asyik mengata cakap bapak laki tak guna, bapak tak guna harapkan duit anak je. " luah Natasya akan apa yang dipendam olehnya selama ini.
PANG... PANG... PANG... PANG....
Empat tamparan hinggap di kiri dan kanan pipi Natasya.
" Itu sebab kau kurang ajar dengan aku. Sekali lagi aku dengar kau sebut yang aku ni laki tak guna aku jual kau kat Tauke Wong. Kau faham. Suka hati akulah nak kerja ke tak. Dah aku malas nak kerja. Kau tu anak kena balas jasa aku ni bapak kau. Aku ni yang jaga kau daripada kau kecik lagi. Kalau aku tahu kau kurang ajar macam ni aku dah lama suruh mak kau yang dah mampus tu gugurkan kau dulu. Ada menyusahkan aku. " tengking Encik Azman sambil mencekik leher Natasya.
Encik Azman melepaskan leher Natasya dengan kasar. Hampir sahaja kepala Natasya terhantuk ke dinding.
Air mata Natasya turun dengan laju. Sedih apabila ayah sendiri berkata sedemikian. Lagi menyedihkan apabila ayah menyebut tentang arwah mak.
Kalau bukan sebab ayah mak takkan meninggal. Mesti mak masih ada lagi dengannya untuk dia bergantung harap.
Sabrina yang hanya dari tadi menjadi penonton dari ruang tamu tersenyum senget. Puas hatinya melihat Natasya ditampar oleh ayah kandungnya sendiri
" Padan muka kau pompuan. Puas hati aku tengok kau kena lempang kena cekik macam tu sampai keluar air mata lagi. Tapi kenapalah orang tua tu sepak je kau tu lagi aku puas hati lagi aku suka. " kata Sabrina sambil tersenyum senget.
Ni memang keluarga import dari neraka punya. daripada bapak kendung ke ibu dengan adik tiri perengai mengalahkan jin afriq. Kesian Natasya mengharapkan kasih sayang dari makhluk² tak guna ni.
Share this novel