Keesokan harinya,
Naufal tersedar apa bila dia terdengar esak tangis seseorang. Mata yang masih mengantuk cuba dicelikkan untuk mencari dari mana datangnya bunyi tangisan itu. Apabila matanya berjaya dibuka sedikit. Dia merasakan tangisan itu seperti di sebelahnya sahaja dan seperti ada sesuatu yang berada di celah ketiaknya. Saat kepala Naufal dipalingkan mata yang tadi mengantuk terus segar bugar.
Naufal melihat Natasya sedang tidur pulas di dalam pelukannya. Pakej bawah ketiak. Natasya seperti sedang tidur namun ada air mata yang keluar dari tepi mata Natasya dan suara esakan yang tak henti henti.
" Sya... Sya... kau ok tak. " tanya Naufal.
Natasya hanya mencelikkan matanya dan mukanya berkerut seperti menahan sakit. Natasya hanya membalas pertanyaan Naufal tadi dengan gelengan lemah.
Naufal bingkas bangun berdiri dari katil. Tuala di penyidai di ambil lalu dililitkan ke pinggang. Naufal membetulkan selimut yang menutupi badan Natasya yang sangat terdedah itu. Tiba tiba Naufal terlihat satu topokan darah terlakar dicadar putih itu.
Natasya yang masih menangis itu ditenung lama.Naufal terfikir mungkin Natasya menyesal dengan apa yang telah berlaku semalam dan mumgkin akan memarahinya yang langsung tidak tahu menahu akan insiden semalam.
" Sya kau OK tak ni. " menanyakan kembali soalan yang sama kepada Natasya.
" KO. " kata Natasya sambil cuba bangun dari pembaringan.
Ketika Natasya cuba bangun dari katil .Dia tiba tiba meringis kesakitan. Dia merasa sakit di satu badannya terutama di bahagian intimnya. Badannya terasa seperti hancur.
" Sya kau sakit sangat ke. " Naufal risau melihat semakin lebat air mata Natasya dan wajah si isteri yang sudah pucat serupa mayat.
" Sakit... Fal...sakit... macam nak hancur satu badan. " rengek Natasya.
Sekarang ni Natasya rasa mahu menyumpah sesiapa yang mengatakan bahawa malam pertama itu indah. Indah hotak dia. Sebab apa yang Natasya rasa sekarang ni cuma sakit. Sampai tak boleh fikir benda lain dah. Natasya dah tak kesah dengan apa yang dilaluinya semalam bersama Naufal dan keadaan dia sekarang yang sangat terdedah di hadapan Naufal.
" Kau menyesal ke Sya. " soal Naufal dengan sedikit terselit nada kecewa dengan diri sendiri yang sudah menyakiti isteri tercintanya itu. Dia juga teleh memungkiri perjanjian antara mereka berdua. Kalaulah dia mampu menahan diri semalam.
Natasya menggelengkan kepalanya. Dia dah tak kesah. Yang penting sekarang dia tengah sakit.
" Aku dah tak fikir hal tu dah. Aku tahu sekarang aku rasa sakit sangat dah ni. Sampai tak boleh bangun. " Natasya merintih.
Naufal tidak dapat menahan tawanya dari terhembur keluar. Dia ketawa perlahan. Kelakar pula rasa. Tapi bila teringat hal semalam macam syok je. Rasa macam nak lagi.
" Kau gelakkan aku. Ni semua pasal kau tau. " Natasya sudah naik angin ada ke dia tengah sakit suami sendiri boleh ketawakan dia.
" Ok... ok... sorry. Kau sakit sangat ke? Nanti jap aku turun ambik ubat tahan sakit untuk kau ye. " kata Naufal lalu berjalan ke arah pintu bilik.
Belum sempat tombol pintu dipulas. Natasya menyeru kembali nama Naufal.
" Fal... kau nak keluar macam tu ke. Tak nak mandi dan tukar baju dulu. " Natasya bertanya dengan muka sudah berona merah. Malu.
Naufal teringat akan dirinya yang belum ' mandi ' dan masih bertuala. Dia tersenyum canggung.
" Eh aku lupa. Kalau macam tu kau tunggu kejap bagi aku mandi dan pakai baju dulu. Pastu aku turun ambikkan ubat tahan sakit tu. Kau rest la dulu. " habis sahaja berkata Naufal berlalu ke bilik air.
Natasya memandang pintu bilik air yang sudah tertutup rapat. Dia mengeluh lemah. Mata, yang masih mengantuk dipejamkan kembali.
******************************************
Di ruang makan,
Nadzmi sedang, seronok menikmati sarapannya. Memang kalau bab makan dialah nombor satu. Sampai dah tak ingat apa yang dia dah buat dekat Naufal dan Natasya.
" Naufal dengan Tasya mana. Takkan tak turun lagi. " tanya Tan sri Nazim. Biasanya kalau dia sampai ke meja semua orang dah ada bersedia nak sarapan bersama.
" Entah la bang. Biasa lepas subuh Tasya dah ada kat dapur. Stand by nak tunggu saya buat sarapan sama sama. Tapi tadi maid je ada kat dapur. " jelas Puan sri Afifah.
Naufal yang sedang asyik memakan roti bakar itu berhenti mengunyah.
' Eh takkan aku terletak banyak pulak ubat tu. ' gumam hati Nadzmi.
" Alaa... biasa la tu papa mama. Kan pengantin baru. Takkan mama ngan papa lupa. " Nadzmi cuba menghilangkan runsing kedua orang tuanya itu.
Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah tersenyum sesama sendiri. Lupa pula yang si anak baharu sahaja berkahwin kemarin.
" Entah dah pengsan sebab letih sangat. Tak pun dia tu lemah tenaga batin. " sindir Nadzmi. Cuba menyenangkan hati yang sedang berdebar sekarang ni. Pasti nanti Naufal akan kerjakannya sampai lunyai. Mati la. Dah nak kena call penggali kubur. tempah kubur siap siap.
" Apa kamu merepek ni Nadz. Keturunan papa tak ada yang lemah tau. " kata Tan sri Nazim bangga. Tercabar egonya apabila si anak mengatakan adik sendiri lemah tenaga batin. Buat malu je.
" Alaa... Nadz gurau je. " kata Nadzmi sambil tersenyum sinis.
Tiba tiba kerusi yang diduduki Nadzmi di tendang. Nasib tak patah kerusi. Ketika Nadzmi menolehkan wajahnya untuk melihat siapa yang menendang kerusi itu.
Pucat lesi wajah Nadzmi apabila melihat wajah Naufal sedang berdiri di sebelahnya sambil menayangkan muka seperti mahu makan orang je.
' Mati la aku. ' gumam Nadzmi. Air liur tiba tiba terasa berpasir.
Naufal hanya menjeling si abang kembarnya sekilas lalu berjalan ke arah dapur kering untuk mencari ubat tahan sakit untuk Natasya. Belum masa lagi dia mengerjakan Nadzmi. Yang penting sekarang dia perlu sembuhkan Natasya dulu.
" Fal cari apa tu. Tasya mana dia tak turun sekali ke? " tanya Pusn sri Afifah apabila melihat anak seperti mencari sesuatu.
"Fal nak cari ubat tahan sakit untuk Sya. Dia tak sihat. Tu tsk turun tu. Fak suruh je dia rehst kat dalam bilik. " jelas Naufal.
' Ubat tahan sakit. Tak sihat. Takkan kuat sampai macam tu sekali. ' gumam Nadzmi kembali.
" Ooo... Ni Fal tak nak makan dulu ke. Nanti mama mintak maid yang hantarkan sarapan Natasya kat bilik ye. " ksta Puan sri Afifah.
" Tak apa ma. Fal nak makan dengan Sya nanti. Mama bagi anak lelaki mama yang lagi sorang tu makan. Dia perlukan tenaga yang banyak lepas ni. " Naufal berkata sambil mata dijelingkan ke arah Nadzmi.
Setelah menjumpai apa yamg dicari. Naufal terus melangkah menaiki anak tangga. Naik menuju ke biliknya untuk melihat keadaan Natasya.
Nadzmi yang mendengarkan ayat terakhir Naufal itu tadi. Air liur tiba tiba tersekat di kerongkong.
************************************
Di dalam bilik Naufal dan Natasya,
Naufal sedang memapah Natasya ke arah bilik air untuk ' mandi '.
" Aku tengok kau ni kalah orang baru lepas berkhatan je. " kata Naufal masih bersisa tawa. Kelakar melihat cara Natasya melangkah.
" Ini semua punya pasal. Mana aci aku ni rasa sakit nak pengsan kau boleh happy pulak. Mana aci kau elok je. " Natasya sudah muncung panjang.
" Alolo... comelnya dia muncung macam tu kiss kan baru tau. " kata Naufal sambil mata tidak lepas dari merenung bibir merah jambu Natasya. Senyuman miang terukir di bibir.
" Eeeiii... apa buat muka macam tu seram la gila. " kata Natasya tidak sedar dia sudah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya diucap kepada seorang suami.
Tiba tiba bibir Natasya dikucup lembut oleh Naufal. Terbeliak biji mata Natasya.
" Tak elok cakap kat suami macam tu. " kata Naufal sambil tersenyum miang.
" Dah la aku nak mandi. Dah sampai depan bilik air pun. " kata Natasya cuba melarikan diri dari Naufal.
" La... ingatkan nak lagi tadi. " kata Naufal miang.
" Kau ni apasal Naufal. Gatal semacam. " kata Natasya seram denga tingkah Naufal sekarang.
" Biasa la kalau dah dapat jadi ketagih pulak nak... " Naufal cuba mencium kembali bibir Natasya namun Natasya capat capat masuk ke dalam bilik air dan mengunci pintu.
Naufal sudah tersenyum kemenangan. Bibirnya disentuh dengan ibu jari sambil tersenyum serupa kerang busuk.
Share this novel