Di ruang makan,
Natasya sedang membantu Puan sri Afifah menghidangkan makan malam. Manakala Naufal dan Tan sri Nazim sedang menunggu di meja. Nadzmi pula entah ke mana telah menghilang.
" Aik... Nadzmi mana? biasa dia orang paling semangat bab makan ni. " soal Tan sri Nazim akan keberadaan anaknya yang lagi satu.
" Entah la bang, Tadi lepas lunch langsung tak nampak batang hidung. Dah cari dalam bilik tak ada. Nak kata keluar dia tak ada bagitahu saya pun yang dia nak keluar. Kereta dia pun ada lagi kat garaj. " kata Puan sri Afifah juga hairan ke mana hilangnya anak bujang bertuahnya itu.
" Macam ada benda tak kena je. Naufal dengan Tasya tahu mana Nadzmi pergi? " tanya Tan sri Nazim kepada anak dan menantunya itu. Matanya tajam tertumpu kedua orang itu.
Natasya sudah takut kalau dia akan dimarahi oleh papa dan mama. Dia hanya menunduk apabila menerima renungan tajam Tan sri Nazim. Jari jemari dimainkan sesama sendiri.
" Dia lari daripada Fal. Tadi kitorang bergaduh sebab dia sibuk hal rumah tangga Fal. Tu la sebab dia tak muncul muncul. Dia takut Fal pukul dia lagi. " jawab Naufal santai.
Tan sri Nazim dan Puan sri Afifah sudah mengeluh. Pening kepala mereka melayankan perangai anak kembar mereka ini. Umur je dah tua tapi perangai kalah budak tadika.
" Dah sekarang papa nak Fal pergi cari Nadzmi sekarang. Bawak dia balik. Jangan nak sambung bertumbuk pulak. Selagi kamu tak bawak Nadzmi balik kita semua tak boleh makan. " tegas suara Tan sri Nazim memberikan arahan kepada si anak.
" Yes, pa. " jawab Naufal pendek. Lalu bangun meninggalkan ruang makan tersebut.
Dia tahu ke mana Nadzmi menyorok kalau setakat lari tak bawak kereta mudah je nak cari. Tempat persembunyian Nadzmi dari zaman kecil sampai besar sama je. Kaki Naufal melangkah ke arah hutan di kecil di belakang villa tersebut.
*********************************
Sementara itu,
Nadzmi sedang sibuk menampar nyamuk yang hinggao di kulitnya yang terdedah. Dia sekarang berada di celah pokok buluh di dalam hutan belakang villa keluarganya. Memang ini tempat dia menyorok dari Naufal kalau di ada buat masalah dengan kembarnya itu.
" Sial la... kenapa la aku tak ambik kunci kereta sekali tadi. " Nadzmi menyumpah dirinya sendiri.
" Kau patut berterima kasih kat abang kau ni Naufal. Kalau nanti kau dengan Natasya ada anak. Aku nak claim anak kau jadi anak angkat aku. " Nadzmi mengomel sendiri.
Tangannya masih ligat menampar nyamuk yang hinggap di badannya. Tiba tiba tubuhnya terasa sejuk. Berapa kali dah dia terbersin. Hidung pun dah keluar hingus. Dia berpeluk tubuh untuk menghangatkan badannya yang hanya memakai singlet dan boxer.
" Kenapa la aku boleh terfikir nak lari keluar rumah macam ni. " kata Nadzmi lagi.
Dia dah macam seorang pesalah yang lari daripada kena tangkap dengan pegawai pencegahan maksiat je.
Sedang dia masih diserang kesejukan tiba tiba sehelai hoodie di baling dari arah belakang dan mendarat di atas kepalanya. Dia menarik hoodie itu dari kepalanya lalu melihat hoodie tersebut. Dia kenal hoodie itu miliknya. Kepala ditoleh kebelakang melihat siapa yang membaling jaket ini kepada dia. Takkan hantu kot.
" Sampai bila kau jadi penunggu kat sini. " kata Naufal sambil tangan di dalam poket seluar. Entah bila muncul pun tak tahu.
Naufal memang sudah mengambil baju dan seluar nadzmi kerana dia masih ingat semasa Nadzmi lari dari rumah tadi dia hanya memakai singlet dan boxer.
Nadzmi tidak membalas.
" Dah jom balik. Papa dengan mama dah panggil makan malam. Lepas lunch tadi kau tak makan lagikan. Dah jom balik jangan nak cengeng sangat. Tak kuasa aku nak pujuk kau. Takut bukan aku pujuk tapi aku tumbuk muka kau ada la. " kata Naufal cool.
" Mana kau tahu aku kat sini? " tanya Nadzmi sambil menyarungkan hoodie tersebut ke tubuhnya.
" Mana lagi kau nak menyorok kalau bukan kat sini kan. " kata Naufal sambil menjungkitkan sebelah keningnya.
Terukir senyum di wajah Nadzmi apabila Naufal tahu akan hal itu.
Naufal ni walaupun kasar dan tidak rapat dengan dia. Naufal tetap tahu semua perkara tentang dia. Walaupun Naufal nampak tak ambil kesah tapi dia sebenarnya dia dalam diam kesahkan semua orang.
" Nah pakai ni. " Naufal melemparkan pula sehelai seluar slack hitam kepada Nadzmi.
Nadzmi tangkas menangkap ia. Lalu menyarungnya ke kaki.
" Dah jom balik. Papa cakap selagi aku tak bawak balik kau semua orang tak boleh makan malam. " kata Naufal sambil melangkah meninggalkan tempat tersebut.
Nadzmi mengekorinya dari belakang.
*************************************
Di ruang makan,
" Lambat lagi ke budak dua orang tu abang. Makanan dah nak sejuk dah ni. " bebel Puan sri Afifah.
" Sabar la kejap. Nanti diorang balik la tu. " pujuk Tan sri Nazim.
" Tasya boleh mama dengan papa tahu kenapa Naufal dengan Nadzmi boleh bergaduh. Tadi Naufal cakap yang Nadzmi sibuk hal rumah tangga korang. Betul ke? " tanya Puan sri Afifah kepada Natasya yang dari tadi mendiamkan diri sahaja.
Natasya terkaku takkan dia nak cerita yang Nadzmi bagi dia dengan Naufal ubat perangsang. Malu kot nak cerita. Tak pasal pasal nanti jafi hal besar pulak.
" Entah la papa mama. Sya pun tak tahu. Masa Sya masuk bilik Nadzmi tu pun diorang dah bergaduh dah. " jawab Natasya.
" Hmm... kalau macam tu tak apa la. " kata Tan sri Nazim.
" Assalamualaikum. " Naufal dan Nadzmi memberi salam serentak semasa memasuki ruang makan tersebut.
" Waalaikummusalam. Kamu pergi mana Nadz. Buat kami semua risau je. Nadz dengan Fal memang tak boleh ke kalau sehari tak bergaduh. Malu la sikit korang tu dah besar panjang tahu tak. " bebel Tan sri Nazim kepada si kembar.
" Ala pa... biasa la Nadz gaduh gaduh manja dengan Naufal. Macam tak biasa. " Nadzmi berkata, tanpa riak bersalah.
" Yela tu. Dah duduk makan. Makanan dah sejuk dah ni. " putus Tan sri Nazim.
Nadzmi dan Naufal pun duduk di kerusi masing masing. Naufal di sebelah Natasya. Manakala Nadzmi di sebelah Puan sri Afifah, bertentangan dengan kerusi Naufal.
Puan sri Afifah dan Natasya menghidangkan makan malam kepada semua orang di meja.
Nadzmi makan dengan gelejohnya. Mana taknya dari tengah hari lagi dia tak makan. Semua orang hanya memandang Nadzmi sambil menggeleng.
Share this novel