Di bilik Naufal dan Natasya,
" Kenapa kau tengok aku macam tu. " tanya Natasya sedikit gugup melihat renungan yang diberikan oleh suaminya itu.
" Tak ada apa. Saja nak tengok bini sendiri. Salah ke? " jawab Naufal sambil tangan dimasukkan ke dalam poket.
" Betul ke kau ni. Kalau tak ada apa kenapa kau tengok aku macam nak telan je. Tengok la tempat lain. " Natasya membidas.
" Memang aku rasa nak telan kau pun sekarang ni. " jawab Naufal sambil tersenyum miang. Mata Natasya dah terbeliak mendengar apa yang dikatakan Naufal sebentar tadi.
" Apa kau merepek ni. " pintas Natasya cuba menenangkan diri sendiri. Jantung dah berdetak tak ikut tempo dah ni.
" Betul apa aku cakap. Aku jadi teringat ingat apa yang jadi semalam. Rasa macam nak ulang balik je. " kata Naufal sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Natasya. Lalu memberikan satu ciuman di pipi Natasya.
Natasya yang terkejut terus menendang Naufal jatuh dari katil tersebuh. Tergolek golek Naufal jatuh dari katil. Dah macam nangka busuk jatuh.
" Aduhhh... apasal kau tendang aku. Berdosa tau kau buat laki kau macam ni. Tak cium bau syurga baru tau. " kata Naufal sambil mengaduh kesakitan di lantai.
" Sorry la aku terkejut tadi. Dah kau nak cium aku tiba tiba. " jawab Natasya jujur.
" Tapi tu la balasannya sebab kau gatal semacam je. " sambung Natasya sambil menundingkan bibir.
" Ooo... takpa takpa. " kata Naufal sambil mengurut dagu memikirkan sesuatu.
Naufal di lantai sudah tersengih semacam. Timbul idea nakal nak mengusik cik isteri.
" Awas kau. Aku cium kau sekarang. " terus Naufal melompat kembali ke atas katil.
Tubuh Natasya ditolak sehinnga terbaring menentang lalu Naufal menindih tubuh itu.
Natasya yang langsung tidak bersedia tidak sempat nak mengelak.
Tanpa membuang masa Naufal terus mencium seluruh wajah Natasya bertalu talu. Habis semua menjadi mangsa ciuman Naufal.
Natasya cuba menolak tapi gagal. Tapi tolak manja manja je. Dia keliru dengan perasaannya sekarang. Kenapa dia rasa bahagia dan gembira sekarang. Mana pergi perasaan takutnya dulu.
Tidak lama kemudian Naufal berhenti dari mencium wajah Natasya. Naufal masih menindih tubuh Natasya. Wajah cantik si isteri direnung tidak lepas. Niat cuma ingin mengusik tapi sekarang rasanya niatnya sudah berubah.
" Sya aku tak boleh tunggu lama dah. " bisik Naufal romantik di telinga Natasya.
" Kau tak tahan apa? Kalau kau nak ke tandas pergilah. " kata Natasya polos. Langsung tidak menangkap apa yang dimaksudkan Naufal.
" SYA... " Naufal sudah merengek sambil kepala disembamkan ke dada Natasya.
" Tak nak Naufal. Sakit. " kata Natasya selepas memahami apa yang Naufal inginkan.
" Ala... boleh la. Aku janji tak hilang kawalan dah. Aku buat slow slow. Please. " Naufal masih merengek dan cuba memujuk Natasya untuk menurut kemahuannya sekarang.
Natasya jatuh kesian kepada Naufal. Dia menganggukkan kepalanya perlahan. Naufal yang menerima anggukan itu terus tersenyum.
Bibir mereka pun bersatu. Malam itu mereka kembali tenggelam dalam hangatnya asmara. Seperti yang dijanjikan Naufal kali ini tidak sesakit kali pertama kerana Naufal berlembut.
*********************************
Keesokannya,
Natasya sudah mandi dan sekarang sedang menyembunyikan tanda tanda yang ditinggalkan Naufal dengan make up. Naufal yang masih tidur terbongkang di atas katil dipandang sekilas. Lepas subuh tadi Naufal terus sambung tidur balik. Letih la tu.
Naufal sepatutnya harini ada kelas. Manakala Natasya tiada sebarang kelas harini. Katil dihampiri untuk mengejutkan Naufal untuk bersiap ke kelas.
" Fal... Naufal... bangun dah pukul berapa ni. Kau ada kelaskan. Cepat la bangun bersiap. " kata Natasya sambil bercekap pinggang di sisi katil.
Naufal membuka matanya sedikit. Tanpa amaran pinggang Natasya disauk sehingga Natasya masuk ke dalam pelukan Naufal yang sedang berbaring. Natasya cuba menolak Naufal.
" Naufal kau jangan nak ngada ngada la. Kau ada kelas. Nanti kau lewat. Aku nak turun siapkan sarapan untuk kau ni. " kata Natasya sanbil cuba melepaskan diri.
Tiba tiba bibir Natasya seperti dengan sesuatu yang lembap dan basah untuk sekelip mata. Natasya melihat Naufal dia hanya tersengih sengih berjalan ke arah bilik mandi.
Tanpa berlengah Natasya turun ke bawah untuk membantu mama membuat sarapan. Natasya turut membuat sandwic telur mayonis untuk Naufal.
" Tasya... harini Tasya ada kelas tak? " tanya Puan sri Afifah tiba tiba.
" Tak ada ma. Why? " Tanya Natasya, kembali selepas dia menggelengkan kepalanya.
" Taklah mama ingat nak ajak Tasya keluar shopping barang daput. Sebab barang dapur kita dah nak habis ni. " jelas Puan sri Afifah
" Ooo... Sya OK je ma. Tak kesah. Bila nak pergi? " tanya Natasya.
" Lepas papa dengan Naufal keluar kita siap siap, la nanti. " kata Puan sri Afifah
Natasya hanya mengangguk dan kembali menyambung kerjanya.
" Macam ni rupanya rasa ada anak perempuan ye. Kalau nak harap anak anak lelaki memang payah la. Nasib baik ada Tasya kalau tak mama ni keluar shopping groceries dengan pembantu rumah jelah. Nadzmi dengan Naufal tu kalau diajak bukannya nak ikut lain la kalau kena paksa. Baru nak bergerak. " bebel Puan sri Afifah di pagi hari. Natasya hanya mendengar sambil bibir menguntumkan senyum.
" Tasya nak buat apa pulak tu. Kan sarapan dah siap. Ada apa apa lagi ke tak cukup. " tanya Puan sri Afifah apabila melihat Natasya sedang mengeluarkan bahan untuk membuat sandwic telur mayonis.
" Sya nak buat sandwic telur mayonis untuk Naufal buat bekal. Sebab rasanya Naufal tak sempat nak sarapan dengan kita semua ni. " jawab Natasya sambil tangan masih ligat bekerja.
Puan sri Afifah tersenyum bahagia. Memang tak, salah Natasya dijadikan isteri Naufal. Walaupun nampak kasar tapi diorang caring antara satu sama lain.
*********************************
Di ruang makan,
"Achum...achum. " dari tadi lagi Nadzmi sedang bersin. Dia selsema selepas balik semalam.
" Kamu ok tak ni Nadz? " tanya Tan sri Nazim risau melihat si anak yang tak habi habis selsema dari semalam.
" I'm OK papa. Just flu. Nothing serious. " jawab Nadzmi menenangkan papanya.
" Yela la tu OK. Dari semalam mama dengar duk bersin je. Sampai mama nak tidur pun tak boleh. " sampuk Puan sri Afifah yang muncul dari dapur bersama Natasya.
Puan sri Afifah dan Natasya mengambil tempat masing masing di meja. Sebaik sahaja Natasya menghenyakkan punggung ke kerusi dia dapat, rasakan ada, hembusan nafas yang, sangat rapat dengan telinganya. Ketika Natasya menoleh rupanya Naufal yang berada di belakangnya tadi.
" Ha... turun pun kamu Naufal. Dah cepat duduk sarapan. " arah Tan sri Nazim kepada Naufal.
" Maaf pa. Fal rasa Fal tak sempat nak breakfast sekali ni sebab dah lewat. Fal makan kat kolej jelah nanti. " kata Naufal.
" Jap! aku ada siapkan bekal untuk kau. Kejap eh! " kata Natasya lalu terus berlari ke dapur mendapatkan sandwic yang dibuatnya tadi uang sudah dimasukkan ke dalam bekas.
Naufal dan Natasya berjalan beriringan ke arah garaj motorsikal Naufal. Sebab harini cuma Naufal yang ada kelas jadi dia buat keputusan untuk, menunggang motorsikal sahaja. Tambahan pula, sekarang dah lewat. Naufal perlu cepat sampai ke kolej.
" Lepas ni aku nak keluar dengan mama pergi shopping barang dapur boleh? " kata Natasya sambil tangan menyerahkan bekal tadi kepada Naufal.
" Boleh je. Pergilah. Kesian mama asyik keluar dengan maid je. Ni dah ada menantu boleh la temankan dia. " kata Naufal pula.
" Nah ambik ni guna. Password dia birth date kau. " Naufal menyerahkan sekeping kad debit miliknya kepada Naufal.
" Eh... tak apa la. Aku pun ada duit yang papa bagi. Tak perlu susah guna duit kau. " tolak Natasya. Dia juga diberikan duit belanja oleh Tan sri Nazim, ayah mertuanya.
" Ambik jela. Ni kira nafkah untuk kau. Lagipun ni duit hasil titik peluh aku sendiri bukannya duit papa. " putus Naufal lalu mengambil tangan Natasya dan kad itu diletakkan ke atas tapak tangan Natasya.
" Dah la. Aku dah lambat dah ni. Aku pergi dulu. " kata Naufal lalu menghulurkan tangannya untuk disalam oleh Natasya. Satu kucupan dihadiahkan di dahi dan satu ciuman lembut diberikan pada bibir merah jambu Natasya. Enjin motorsikal dihidupkan lalu motorsikal itu bergerak keluar dari kawasan villa ini dan terus menghilang dari pandangan mata.
Ketika Natasya sampai di pintu utama dia terkejut apabila Nadzmi sedang bersandar santai pada pintu utama sambil menayangkan wajah poyonya itu.
Natasya berjalan masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Nadzmi. Nadzmi hanya mengikut langkah Natasya dari belakang.
" Amboi! kemain sweetnya diorang tu. Nampaknya cepat la aku dapat anak buah ni. " seloroh Nadzmi mahu mengusik Natasya.
Muka Natasya dah merah menyala sekarang ni.Natasya memusingkan tubuhnya menghadap Nadzmi sambil menayangkan wajah bekunya kepada Nadzmi.
" Kau nak apa sebenarnya Nadz. " tanya Natasya tenang.
Nadzmi dah tersengih sengih sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
" Tadi mama suruh aku panggilkan kau untuk sarapan. Tu je. " jawab Nadzmi.
Natasya malas melayan perangai Nadzmi lama lama. Dia melangkah kembali ke arah ruang makan. Dia lapar sangat sekarang ni.
Share this novel