BAB 32 : TAK PUAS HATI

Romance Series 104277

Di sebuah Kafe,

Sabrina dan kawan kawannya sedang duduk di salah sebuah meja di kafe itu. Kawan kawan Sabrina tak habis habis lagi menyoal Sabrina tentang apa yang berlaku sekejap tadi.

" Sabrina, apa kaitan you dengan perempuan tadi tu. Kenapa you kutuk dia tadi. " tanya Daisy salah seorang lagi kawan Natasya.

" Yelah Sab. Aku pun nak tahu. Kenapa kau boleh cakap macam tadi tu. Tak pasal pasal pulak pipi kau tu makan pelempang dah. Nasib tak lebam. " kata Lisa lagi seorang kawan Sabrina.

Sabrina hanya diam tidak menjawab pertanyaan kawan kawannya itu. Dia masih lagi marah dan geram dengan kejadian tadi. Tak pasal-pasal muka dia ni makan pelempang. Habis rosak make up nya.

" Sabrina tu bukan adik you ke. Macam mana dia boleh kahwin dengan anak Tan sri Nazim tu. Cuba kau cerita kat kitorang. " celah Wanda pula.

" Yelah... yelah I cerita. " akhirnya Sabrina menceritakan segalanya yang dia tahu kepada kepada kawan kawannya. mulut kawan kawannya terlopong sebaik mendengar cerita Sabrina.

" Bertuahnya adik tiri you tu beb. Tak pasal pasal dapat jadi menantu Tan sri nazim. " kata Wanda tak puas hati tapi masih menayangkan wajah tenang.

" Tu lah. Tan sri Nazim tu orang yang berpengaruh kat negara ni. Dia tu aku dengar ada banyak bisness dia buat. Pastu di banyak saham dalam company company besar kat luar dan dalam negara. Mudah cakap yang Tan sri Nazim tu memang millioner lah. " kata Daisy kagum.

" Sab tadi you cakap yang masa bapak tiri you tu nak jual adik tiri you tu. Ayah pada lelaki tadi tu datang dan selamatkan adik tiri you tu. Takkan you tak kenal yang tu Tan sri Nazim. Kau tak kenal dia ke. " tanya Lisa.

" I kenal dia tu. Cuma I tak tahu dia tu anak Tan sri Nazim. Tapi apa I boleh cakap yang jantan tu memang devil korang tahu tak. " kata Sabrina.

" Kenapa you cakap macam tu. " tanya Wanda dengan wajah penuh curiga kenapa Sabrina menggelarkan Naufal itu devil.

" Korang nak tahu tak dulu dia tu pernah ugut I tahu tak. Kalau dulu memang I takut sangat dengan ugutan dia tu tapi tadi I tak takut sebab semua benda dah selesai. Tapi tak sangka jantan masih ada lagi cara nak ugut. " terang Sabrina sambil menahan geram.

" Dia ugut you pasal apa. " tanya Daisy.

" Jantan tak guna tu ugut I dengan gambar gambar lama I dengan my ex boyfriend. " kata Sabrina.

" Tu je ke. " tanya Wanda macam tak boleh terima yang ugutan sebegitu yang ditakuti oleh Sabrina.

" Beb setakat gambar you dengan ex boyfriend je pun. Ke sebab you tak move on lagi. " tambah Wanda lagi.

" Tu bukannya gambar gambar biasa. Tapi gambar mesra I dengan my ex. Gambar kitorang peluk peluk dan bercium bagai. Dia ugut nak sebarkan gambar tu masa tu. " kata Sabrina melepaskan geramnya.

" Beb macam la you tak biasa bagi jantan peluk ngan cium you. I tengok setiap malam you kena peluk dengan ramai jantan kat club tu. You tak payah nak berlagak suci sangat la we all kenal sangat you tu beb. " kata Lisa penuh sarkastik.

" Sebab tu la tadi I dah tak takut kat dia. Tapi I tak sangka pulak yang dia boleh guna cara lain nak ugut I. " kata Sabrina lagi. Suaranya dah ditekankan penuh kegeraman

" Tapi kan lelaki tu handsome la. Memang type aku sangat. " kata Wanda gedik.

Sekarang ni hati Sabrina rasa panas dan nak meletup. Dia tak boleh terima apabila Natasya lebih daripadanya. Tak puas hati sabab Natasya dapat suami yang handsome dan sempurna dalam pelbagai segi. Jadi pulak menantu kepada orang yang paling berpengaruh kat negara ini.Memang dia tak dapat terima.

********************************

Di rumah Encik Azman,

Sebaik sahaja Sabrina sampai di rumahnya. terus dia berjalan sambil menghentakkan kakinya ke arah pintu rumah. Pintu rumah di buka dengan kasar sehingga mengejutkan Puan Maimun yang sedang menonton televisyen.

" Eh budak ni. Kau dah kenapa nak main hempas hempas pintu pulak ni. Kalau aku ada sakit jatung macam mana tadi? " bebel Puan Maimun.

Sabrina melemparkan handbag ke sofa lalu menjerit seperti orang terkena histeria. Puan Maimun dah terkejut dengan tingkah anaknya itu.

" Kau ni dah kena rasuk hantu ke apa ni Sabrina. Duk menjerit jerit tengah malam buta ni. Cuba kau cerita kat aku kenapa. Ni duk menjerit macam orang gila dah. " bebel Puan Maimun lagi.

Sabrina merengus kasar. Mukanya dah merah menyala kerana marah dan geram. Rambutnya juga dah kusut kalah hantu kak Limah.

" Ibu tahu tak apa dah jadi kat si tak guna tu. " tanya Sabrina kasar kepada ibunya.

" Tak guna mana pulak ni. " tanya Puan Maimun masih tidah memahami apa yang ditanyakan oleh si anak.

" Siapa lagi ibu. Natasya la. " kata Sabrina lagi masih dengan intonasi yang kasar.

" Ohh... budak tak guna tu. Kenapa dengan dia sampai kau boleh melenting macam ni. " tanya Puan Maimun kembali.

" Mak tahu tak dia dah kahwin dengan boyfriend dia tu. " kata Sabrina sambil mengetap giginya.

" Dah tu apa masalahnya. " kata Puan Maimun malas mengambil tahu perihal anak tirinya itu.

" Masalahnya sebab laki dia tu anak orang kaya handsome. Pastu si tak guna tu boleh pulak jadi menantu dalam keluarga orang kaya macam tu. Dia tu mana layak. Memang layak jadi pelacur je. Kenapalah laki ibu tu tak jual je dia dulu. " kata Sabrina lagi. Habis di tengking ke wajah ibunya itu.

" Biar lah dia nak dapat laki kaya ke handsome ke jadi menantu orang kaya ke. Mak tak kesah biar lah dia ni. " kata Puan Maimun malas.

" Mana boleh macam tu ibu. Sab tak boleh terima kalau pompuan tu lebih dari Sab. " Sabrina sudah menghentakkan kakinya ke lantai.

" Lagipun ibu nak ke nanti di pijak kita pulak. Dulu kan kita selalu buat macam macam kat dia. Entah entah sekarang ni dia tengah plan nak balas dendam kat kita. Kan dia dah jadi menantu orang kaya. Mesti nanti dia gunakan pengaruh Tan sri Nazim tu untuk balas dendam kat kita dan laki ibu tu. Ibu nak ke sampai jadi macam tu. " Sabrina cuba memanipulasi pemikiran Puan Maimun.

Puan Maimun terdiam apabila mendengar apa yang dikatakan oleh anak kesayangannya itu. Betul juga apa yang dikatakan oleh Sabrina itu. Nampaknya Sabrina berjaya mempengaruhi dirinya untuk turut campur dalam masalah ini.

" Dah tu sekarang kamu nak buat apa. " tanya Puan Maimun serius. Dia takkan biarkan anak tirinya itu hidup bahagia kalau dia pun tak bahagia.

Sabrina yang sudah berjaya mempengaruhi ibunya itu sudah tersenyum kemenangan. Nampaknya dia berjaya menjebakkan si ibu dalam rancangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience