Di villa,
Ketika Nadzmi sedang bersantai di atas katil. Tiba tiba sahaja pintu biliknya dikuak oleh seseorang. Nadzmi tahu siapa yang masuk ke biliknya tanpa mengetuk pintu itu.
" Kau nak apa Fal? " tanya Nadzmi malas sambil mata memandang ke siling.
" Kau ni memang tak pernah berubahkan. " tembak Naufal.
" Apa yang kau cakap ni? Aku tak faham. " tanya Nadzmi yang sudah terpinga pinga.
" Kau jangan nak buat tak tahu pulak eh. Aku balung kau kat sini sia sia je. " kata Naufal geram.
" Dah memang aku tak tahu macam mana. Kau pun tak cakap apa salah aku. Apa lah kau ni. " kata Nadzmi sebal.
" Kau masih tak berubah lagikan perangai playboy kau tu. " luah Naufal.
" Tadi aku tengok kau dengan Dian kemain lagi berborak macam dah kenal lama. Kau jangan nak bagi harapan sangat kat perempuan boleh tak. Kau jangan buat si Dian tu fikir yang kau ni sukakan dia ke apa. Kesian kat dia nanti mangsa mamat mulut manis macam kau ni. " kata Naufal panjang lebar.
" Mana ada aku bagi harapan kat dia. Aku cuma nak kawan je dengan dia. Kau faham tak kawan. Lagipun Diandra tu pada unik tau. Aku suka kawan dengan orang macam Diandra tu. Tak salah pun kan jadi kawan. Sebab kitorang ni ada kongsi minat yang sama. " luah Nadzmi sambil menekankan perkataan ' kawan ' itu.
" Kau suka kat Dian? Jadi kau nak cakap yang kau dah jatuh cinta la ni? " duga Naufal.
" Eh... mana ada. Kan aku dah cakap tadi yang aku dengan dia kawan je. Not more than that. Understand. " kata Nadzmi. Entah kenapa jantungnya mula berdegup kencang dengan tiba tiba.
" Betul ke ni? " duga Naufal lagi.
" Isy... kau ni keluar lah. Aku nak tidur nanti malam nak pergi kafe pulak. Kau dengan Sya pun nanti pergilah. Esok kan cuti. " kata Nadzmi.
" Hmm... tapi tengoklah kalau aku rasa aku nak pergi aku pergilah. Tapi mungkin tak pergi sebab aku nak bermanja dengan bini aku je aku rasa. " kata Naufal sinis.
" Huh... bermanja bermanja jugak. Bila kau nak bagi aku anak buah ni. Aku dah tak sabar nak ada anak buah ni tau. Tak sabar nak dengar si comel tu nanti panggil aku papa. " kata Nadzmi sambil tersenyum riang.
" Hotak kau. Suka hati nak suruh bakal anak aku nanti panggil kau papa. Kau ingat tu anak kau ke. Nak anak sangat pergi kahwin buat anak sendiri. " kata Naufal geram lalu berlalu keluar dari bilik itu.
***************************
Di kafe,
Malam ini Naufal dan Natasya turut sama datang ke kafe. Kerana mereka sendiri sudah lama tidak datang ke kafe disebabkan sibuk dengan kelas yang padat. Alang alang esok cuti baik mereka datang menjenguk ke kafe itu.
Tapi malam itu kafe mereka dikunjungi oleh seseorang.
" Eh... Dian awak buat apa kat sini? " sapa Natasya apabila dia ingin mengambil pesanan pelanggan. Rupanya pelanggan itu ialah Dian.
" Saya datang nak makan la. Awak pulak. Awak kerja kat sini ke Tasya? " tanya Dian yang sedikit terkejut apabila terserempak dengan Natasya di kafe itu. Bukan ke Natasya ni menantu orang kaya. Takkan dia kerja kat kafe ni pulak.
" Haah saya kerja kat sini. Lagipun ni kafe suami dengan abang ipar saya. " terang Natasya.
" Ooo... " Dian sudah mengangguk angguk.
" By the way. Apa kata awak order dulu. Pastu kita boleh borak borak. " tawar Natasya.
" OK. Tapi apa yang best kat sini. Lagipun saya datang sini pun sebab saya dengar ramai orang cakap yang kafe ni terbaik dari segi makanan dan layanan. Sebab tu saya datang. Kafe ni dah viral tau. " ujar Dian.
Natasya tersenyum gembira apabila mendapat tahu yang kafe itu viral dalam kalangan masyarakat. Natasya mula menerangkan kepada Dian tentang menu istimewa di kafe itu.
*************************
Di kaunter kafe,
" Fal. Sya tengah borak dengan siapa tu? " tanya Nadzmi kepada Naufal yang sedang sibuk menyiapkan pesanan pelanggannya.
" Girlfriend kau. " kata Naufal mudah.
" Isy... kau ni. Aku tanya elok elok kau boleh loyar buruk pulak. " kata Nadzmi kesal.
" Terpulang pada kau lah nak percaya ke tak. Kalau kau tak percaya kau pergi tengok sendiri. " kata Naufal lalu berlalu untuk menghantar pesanan tadi kepada pelanggannya.
Nadzmi cuba memanjangkan lehernya untuk melihat siapa yang sedang bercakap dengan Natasya itu. Nampak Natasya mesra semacam je. Tapi takkan Naufal boleh biarkan je Nataysa berbual dengan stranger. ' lelaki ' pulak tu.
Kenapa Nadzmi kata lelaki. Sebab individu itu mengenakan hoodie hitam dan topi cap di kepalanya.
Nadzmi melangkah ke arah meja yang diduduki oleh Natasya dan individu misteri itu.
" Sya. " panggil Nadzmi.
Tapi alangkah terkejutnya Nadzmi apabila dia melihat gerangan yang dikatakan ' lelaki ' itu.
Jantung mula berdegup kencang apa bila melihat raup wajah orang yang berhoodie hitam itu.
" Eh... Nadz. Jom lah join kitorang sekali. Baru je tadi Dian tanya pasal kau. " ajak Natasya.
Nadzmi pun melabuhkan duduk di sebelah Dian. Nadzmi mula memandang penampilan Dian dari atas ke bawah. Lain sungguh denagn penampilan Dian semasa kali pertama mereka bertemu hari tu
Kalau hari tu. Dian mengenakan jean dan t-shirt putih bersama dengan jaket denimnya. Tapi malam ini Dian berpenampilan seperti lelaki. Dengan rambutnya yang disanggul dan terselindung di sebalik cap yang dipakai olehnya.
" Hai Diandra. Lama dah awak sampai. " tanya Nadzmi sambil menayangkan wajah tenangnya walaupun sekarang ni jantung dia rasa macam mahu melompat keluar sahaja.
" Hai. Tak lah lama sangat. Baru je. Saya tak tahu pulak ni kafe awak dengan kembar awak tu. " kata Dian ramah.
" Ooo... So macam mana dengan makanan sedap tak? " tanya Nadzmi.
Dian sudah mengangguk laju mengiakannya. Memang makanan dan minuman yang dinikmatinya sekarang sedap sedap belaka. Patut la kafe itu viral.
Mereka bertiga mula ramcak berbual. Tiba tiba Naufal datang ke meja itu dan menarik lembut tangan Natasya.
" Sayang boleh tak sayang tolong hubby kat kaunter kejap. " kata Naufal sambil tersenyum nipis kepada isteri kesayangannya itu.
" Hmm... boleh je. Korang berdua berborak je lah ye. " pesan Natasya kepada Nadzmi dan Dian. Lalu meninggalkan kedua orang itu dan mengikut langkah Naufal ke arah kaunter.
Sebaik sahaja sampai di kaunter Natasya bertanya kepada Naufal apa yang mahu ditolongnya.
" Hubby nak sayang tolong apa? " tanya Natasya polos.
" Tak ada apa kerja pun untuk sayang. Lagipun staff staff kita masih boleh handle lagi semua kerja kerja ni. " kata Naufal bersahaja.
" Habis tu kenapa hubby ajak sayang ke kaunter ni. Hubby jangan nak macam macam ye. Kalau ye pun tunggu la kat rumah nanti. " kata Natasya sambil memincinkan biji matanya.
Naufal sudah tertawa halus dengan tuduhan isterinya itu. Dia ni gatal sangat ke dengan Natasya.
" Haubby jawab lah kenapa hubby panggil sayang kat kaunter ni. Sayang tengah syok borak tadi hubby datang kacau. Kalau nak join sekali cakap jelah. " rengek Natasya manja.
Naufal menelan air liur yang mula rasa berpasir. Betullah dia ni gatal sangat. Dengar Natasya merengek je aku dah tergoda.
" OK. Macam ni. Kita bagi lah diorang peluang sikit untuk berdua. " terang Nadzmi.
" Aikk... hubby ni demam ke apa? " tanya Natasya tidak percaya.
" Kenapa sayang tanya macam tu? Hubby mana ada demam. Sihat je kan ni. " kata Naufal.
" Taklah sayang rasa macam pelik je. Sebab sebelum ni bukan hubby tak suka ke kalau Nadz tu rapat atau mengayat mana mana perempuan. Tapi ni terbalik pulak. Siap bagi peluang la bagai. " sindir si isteri
" Alah... saja je. Lagipun hubby dapat rasa yang Nadz tu ada perasaan kat si Dian tu. Lagipun hubby yakin yang Dian ni bukan jenis yang mudah cair dengan ayat cintan cintun si Nadz tu. " jelas Naufal lagi.
" Ye... ye... je hubby ni. Macam la hubby tak kenal Nadz tu macam mana. Dia kan friendly dengan semua orang. " pangkah Natasya pula.
" I know my twin brother sayang. Abang tahu yang dia dah jatuh hati kat Dian tu. Ingat tak maa kita jumpa Dian kat MCD haritu. Hubby tengok si Nadz tu asyik curi curi pandang si Dian tu. " jelas Naufal.
" Takkan sayang tak perasan kut. " kata Naufal lagi.
Natasya sudah terdiam. Apa yang dikatakan suaminya itu ada betulnya juga. Dia juga perasaan masa kat MCD hari tu Nadz asyik tenung je muka Dian tu. Bila Dian ralit bercerita hal games online nya. Dan Natasya juga sedar cara pandangan Nadzmi kepada Dian itu. Langsung tak sama dengan pandangan yang Nadzmi berikan kepada orang lain. Pandangan itu hanya untuk Dian.
Share this novel