BAB 63 : BAPAK

Romance Series 104277

Di Kafe,

Natasya hanya duduk termenung sendirian di kaunter. Otaknya masih ligat berfikir kenapa bapaknya datang mencarinya.

' Kenapa bapak nak cari aku? Diakan dah buang aku. Mesti dia nakkan duit je. ' bisik hati kecil Natasya.

' Ke bapak nak mintak maaf dengan aku. ' bisik hati Natasya lagi.

' Tak mungkinlah. ' hati masih cuba menafikannya.

" Sayang... " terhinjut bahu Natasya apabila tiba-tiba sahaja ada seseorang datang meraih pinggangnya.

"Hey... kenapa ni sayang? " tanya Naufal sambil mengelus anak rambut Natasya.

" Hah... takde apa-apa. " dalih Natasya.

" Don't lie baby... " kata Naufal sambil memberikan renungan tajam dan menggoda kepada Natasya.

Natasya melepaskan keluhan. Nampaknya memang dia tidak dapat menyembunyikan apa-apa daripada Naufal.

" Sebenarnya tadi... " Natasya ingin memulakan cerita tetapi entah kenapa perasaannya mula bercelaru.

Naufal hanya diam menanti isterinya itu menyambung cerita kembali.

" Sebenarnya tadi Wani bagi tahu kat sayang yang dah beberapa hari bapak datang cari sayang kat kafe ni. " beritahu Natasya sambil meramas jari sendiri.

" Bapak? Buat apa orang tua tu datang cari sayang? " tanya Naufal serius.

Natasya hanya menjungkit bahu. Dia sendiri tidak tahu apa motif bapak mahu datang mencarinya di sini.

" Dan Wani ada cakap lagi yang mungkin malam ni bapak akan datang lagi untuk cati sayang. Sebab hari-hari bapak akan datang tanya pasal sayang kat kafe ni. " beritahu Natasya lagi sambil memusingkan tubuhnya ke arah Naufal.

Nuafal melepaskan keluhan kesal.

" Dah sayang jangan risau. Hubby akan sentiasa lindungi sayang kalau orang tua tu cuba apa-apakan sayang. " pujuk Naufal lembut sambil mengelus lembut pipi Natasya.

" Thank you hubby. I love you so much. " ucap Natasya dengan intonasi manja. Dia sudah kembali ceria.

" Most welcome baby. I love you more. " balas Naufal sambil mencuit hidung mancung isterinya itu.

******************************************

Di waktu tengah malam,

Hari itu kafe akan ditutup pada jam 12 tengah malam. Ini kerana walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam masih lagi ada ramai pelanggan di kafe itu.
" Fal... Sya... malam ni korang tutup kafe eh. " kata Nadzmi kepada Naufal dan Natasya yang sedang sibuk menyiapkan pesanan di kaunter.

" Kenapa pulak? Kau ada nak pergi mana-mana ke Nadz? " tanya Natasya kerana selalunya begitulah Nadzmi.

Jika dia ada mahu keluar ke mana-mana seperti selalu di buat sebelum ini. Dia akan meminta Naufal dan Natasya atau staff kafe itu yang menutup kafe itu.

" Taklah. Aku nak balik. Tiba-tiba aku rasa aku sakit kepala. So, aku nak balik rehat kat rumah. " jawab Nadzmi jujur. Memang sekarang ini kepalanya rasa sangat berdenyut sakit.

" Mana tak sakit kepala kalau semalaman tak tidur langsung. " sindir Naufal tiba-tiba.

" Hah... kau tak tidur ke semalam Nadz. " tanya Natasya.

" Haah... semalam aku asyik sangat main games. Tahu-tahu je dah pagi. " Jawab Nadzmi sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

" Kalau tahu kat mama. Mesti mama akan baling kau punya phone tu dalam gaung. Pastu bagi kau pakai telefon Nokia petak tu jelah seumur hidup kau. " provok Naufal sengaja mahu menyakat abang kembarnya itu.

Nadzmi yang mendengar itu sudah bertambah pucat wajahnya yang tadi sudah sedia pucat.

" Ahh... dah la aku nak balik. Korang ingat. Kunci kafe ni elok-elok. " pesan Nadzmi sebelum dia berlalu keluar dari kafe itu.

**************************************

Tepat jam 12 tengah malam. Keadaan kafe itu sudah pun sunyi kerana sudah tidak ada pelanggan dan hanya tinggal menunggu masa untuk menutup kafe itu.

Natasya sedang berada di kaunter mengira hasil jualan untuk hari itu. Sedang dia dia sibuk mengira wang tiba-tiba dia disapa oleh dua orang staff lelaki kafe itu.

" Kak Sya... kitorang balik dulu ye. Dapur semua kami dah kemas dan lantai pun kami dah siap mop." kata Zaid lelaki yang hanya muda setahun daripada Natasya.

" Hmm... yelah. Balik tu hati-hati. " pesan Natasya.

" Baiklah Kak Sya. Aik... mana Bos Kak. Macam mana Bos boleh tinggalkan akak sorang-sorang kat kaunter ni. Biasanya asyik nak berkepit je dengan akak. " tanya Muaz yang sabaya dengan Zaid itu.

" Oohh... Bos korang tu pergi 7-Eleven kat seberang jalan tu hah. Entah apa yang dia beli pun akak tak tahulah. " jawab Natasya.

" Ooo... macam tu. Baiklah kitorang balik dulu. Bye. " kata Zaid sebelum dia dan Muaz pergi meninggalkan Natasya bersendirian di dalam kafe itu.

Tak sampai seminit Zaid dan Muaz beredar. Tiba-tiba kedangaran pintu kaca kafe itu dibuka kembali.

" Aik... korang ada tertinggal apa-apa ke. Cepatnye U-turn balik. " kata Natasya tanpa memandang ke arah pintu itu pun. Perhatian hanya lebih tertumpu kepada mahu mengira duit jualan hari itu sahaja.

" Tasya... " seru satu suara di hadapan kaunter tempat Natasya berada sekarang.

Tiba-tiba Natasya merasakan tubuhnya mula menggigil dan dirasakan sangat lemah ketika itu. Selepas mendengar suara gerangan yang menyeru namanya sebentar tadi. Suara yang tidak asing lagi didengari. Cuma intonasi suaranya yang berbeza. Kalau dulu intonasi suara gerangan itu sentiasa kedengaran kasar dan kesat. Namun sekarang suara itu kedengaran lembut dan sayu bagai sedang menyata hasrat rindu yang mendalam.

Natasya cuba gagahkan dirinya supaya dia masih mampu kekal berdiri. Segala bayangan lalu cuba dilupakan.

Natasya kembali meletakkan wang ditangannya tadi ke dalam mesin tunai. Nafas ditarik dan dihembus dengan perlahan sebelum dia memberanikan diri mengangkatkan kepalanya dan beradu pandang dengan gerangan itu.

" Nak apa datang sini? " tanya Natasya tanpa perasaan. Walaupun hatinya sekarang ini sedang berbolak-balik dengan perasaan takut dan traumanya.

" Tasya... bapak... bapak... bapak datang nak minta maaf dengan kamu Tasya. Bapak... Bapak dah menyesal dengan apa yang bapak dah pernah buat dekat kamu dan mak kamu dulu. Bapak minta maaf sangat-sangat Tasya. " kata Encik Azman yang wajahnya sudah lencun dengan air mata selepas akhirnya dia dapat berhadapan dengan Natasya setelah hampir satahun dia berpisah dengan anak tunggalnya itu.

Natasya hanya diam. Dalam diam dia cuba mentafsir adakah ini semua hanya lakonan sandiwara oleh bapaknya itu. Ataupun bapaknya itu memang sudah betul-betul menyesal.

" Tasya... bapak dah insaf Tasya. " kata Encik Azman sebak.

Tak sempat Natasya nak membuka mulut tiba-tiba ada suara lain yang menyergah.

" Stay away from my wife. " kata Naufal tegas dan kuat.

Terus langkah dilajukan ke arah isterinya di kaunter. Dia perlu melindungi isterinya itu daripada lelaki yang telah memberikan seribu satu duka dalam hidup Natasya sebelum ini.

" Pak cik buat apa kat sini. " tanya Naufal dingin sambil merangkul Natasya ke dalam pelukannya.

" Kalau Pak cik nak kacau Sya lagi saya rasa baik pak cik balik. Kalau tak pak cik sendiri yang akan menyesal. " tambah Naufal lagi tanpa sempat Encik Azman membalas apa-apa. Intonasi suara masih lagi penuh dingin dan sinis. Dan wajahnya juga sudah tegang.

" Maafkan pak cik nak. Pak cik cuma datang nak minta maaf dengan anak pak cik tu je. Pak cik tak ada niat lain. " jawab Encik Azman sebak dan penuh ikhlas.

" Hah!!! Minta maaf ? Lepas apa yang jadi macam tu je pak cik nak minta maaf ? Mudahnyakan. Macam sapah yang pak cik buat tu cuma satu kesalahan kecil je. Ohh... ya. Mungkin salah yang dah pak cik buat tu pak cik rasa kecil. Tapi pada saya. Perbuatan pak cik lagi teruk daripada binatang. " balas Naufal dingin dan sinis. Perkataan ' binatang ' itu sengaja ditekankan bagi mengingatkan lelaki tua itu kembali dosanya dahulu.

" Pak cik betul-betul minta maaf. Dengan kamu pun pak cik nak maaf nak. Dengan ayah dan mak kamu pun. Pak cik tahu pak cik salah. " kata Encik Azman lagi.

" Simpan jelah kata maaf pak cik tu. Saya rasa baik pak cik balik. Kami dah nak tutup. Pintu tu masih belum terkunci lagi. Jadi silakan. " halau Naufal sinis sambil menunjuk le arah pintu kafe.

" Tasya... " sekali lagi Encik Azman cuba memanggil anaknya itu.

Namun Natasya hanya mendiamkan diri di dalam pelukan Naufal.

Encik Azman melepaskan nafas hampa. Lalu memusingkan tubuh dan berjalan keluar dari kafe tu dengan terhincut-hincut.

Natasya baru sahaja perasan yang bapaknya itu berjalan terhincut-hincut begitu seperti orang tempang.

" Sayang... " seru Naufal lembut.

Natasya terus berpaling ke arah Naufal.

" Dah pergi kemas barang. Pastu kita balik. " kata Naufal lembut. Wajahnya sudah tidak setegang tadi.

" Tapi kerja tak siap lagi. " jawab Natasya.

" Tak apa. Biar hubby yang buat. Sayang pergi belakang siap-siap untuk kita balik. Tolong ambilkan sekali barang hubby ye. " kata Naufal sambil membelai rambut isterinya.

Natasya hanya akur dan menganggukkan kepala. Lalu dia pergi melangkah ke bilik persalinan meninggalkan Naufal sendirian di kaunter.

Naufal hanya memandang susuk tubuh isterinya itu sebelum hilang di sebalik dinding.

Wajah Naufal kembali tegang. Nafas dia juga kembali kencang. Rasa marah masih lagi meluap-luap. Namun, dia cuba mengawal amarahnya itu daripada mengganggu emosi Natasya yang mungkin sekarang sedang bercelaru.

" Apa lagi yang orang tua ni nak. Ke betul dia dah insaf? " monolog Naufal sendiri.

Seketika kemudian dia terus mengeluarkan IPhone nya dari poket lalu menghantar pesanan whatsapp kepada salah seorang orang suruhan papanya.

' Aku nak kau siasat pasal bapak isterinya. Jangan miss apa-apapun. Kalau boleh kau ikut je segala gerak geri dia. ' - NAUFAL

Selepas menghantar pesanan itu Naufal kembali menyimpan IPhone nya itu ke dalam poket semula.

after long time hilang mood nak menulis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience